29 Disember, 2011

kata itu bagai sihir

Kekuatan dalaman seseorang tak dapat kita jangkakan.Boleh jadi kita kuat menghadapi sesuatu perkara pada sesuatu masa dan boleh jadi juga dalam masa tak sampai sesaat semuanya berubah.Ya itulah kuasa tuhan.

Dalam asyik menelaah buku petang tadi aku asyik dengan kerisauan ku terhadap peperiksaan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.Memikirkan banyak lagi yang tidak habis difokuskan buat aku seolah-olah berada diawangan.Bukan sebab kenikmatan selepas imtihan yang dibayangkan tetapi aku seolah mahu melarikan diri dari semua ini.Mustahil mungkin..
Tak apalah bisik hati lalu perhatian ku terus kepada syair banat suad yang terdapat di kitab adab.

Tiba-tiba fikiran ku diusik lagi.Kali ini persoalan lain pula yang terkeluar "bagaimana bentuk soalan adab ye??"..lantas tangan kanan ku segera membuka laju pada soalan-soalan tahun lepas dengan harapan terjawab soalan yang menggangu fikiran ku tadi.Namun segalanya hampa..pencarian itu tidak menemukan jawapan tatkala tiada suatu pun soalan bisa memberi kepuasan dalam diri ini..arghhh

Terus aku teringat pada kawan singapore ku yana.Selepas menghantar pesanan  ringkasnya,aku menyambung kembali pembacaan ku.

Kemudian aku didatangi penggilan telefon dari yana,Agak lama juga berbual bertanya khabar dan terus berbincang dengan madah yang dirisaukan.hemmm serius makin bual makin bertambah kerisauan ini.Aku katakan pada yana akan kebimbangan yang melanda dan berharap agar sama-sama dimudahkan jalannya aminn..dan beitulah pengakhiran kami.

Elok sahaja kaki hendak melangkah keluar menuju ke rumah kawan sambil makan angin mengambil udara luar.Telefon sony ericsson 530i berbunyi tanda ada pesanan ringkas masuk.

"Nadia~dnt ever give up k!! Sama2...Rindu ah nk study sama2..Ya rob.."

Entah mengapa seakan terasa satu semangat yang lain meresap ke dalam jiwa ini secara cepat dan terus.Satu perasaan yang sungguh aku terhutang budi akannya dan berterima kasih kepada Allah rupa-rupanya aku tidak keseorangan...

Ajaib-ajaib bagaimana dengan hanya ayat biasa mampu mengubah hati yang gelisah dan resah bertukar tenang,walau tidak seratus peratus sekurang-kurangnya mampu buat aku normal kembali dan tidak mati dengan pelbagai anggapan lain...Syukran Ya Robb!!!!Alhamdulillah...

Benar kata orang bahawa kata-kata semangat walau sekadar perkataan kosong tapi ia ada maknanya tersendiri..seolah sihir yang memukau dan kita terpukau dek ayat yang dapat mematikan segala rasa lemah dalam diri..dan menghidupkan manusia yang mati akalnya dari berfikir..alfu syukran ya Robb!!!!!

28 Disember, 2011

Berkongsi itu indah

Alhamdulillah dalam kesejukan dan kelelahan melawan cuaca yang semakin sejuk ini aku masih lagi diberi peluang untuk menyiapkan nota-nota sebelum bertemu dengan peperiksaan tidak lama lagi.

Baru pagi tadi nota adab sempurna dilakukan,dan kini tinggal kemas kini dan melihat serta menghadam segala maklumat yang berkaitan dengan sastera arab.Sastera???yee aku suka sastera tapi sastera arab sangat menguji kecekapan lidah bertutur serta kefasihan yang tinggi untuk ku puisikan syair2 nya...tetapi barangkali manis atau tidak ya jika aku yang mendengdangkannya???

Tinggal lagi 4 madah yang masih terumbang-ambing mencari kedudukan mereka.maalish...
Bukan tidak mahu mengfokuskan kesemua madah namun atas kelemahan dan kesilapan aku jua ia jadi begini,tetapi perkongsian rakan-rakan banyak membantu.Sehingga kini nota bi dan manhaj sudah ada yang menyempurnakan.Tinggal balaghah dan tafsir perlu aku fikirkan semula bagaimana nota yang ingin aku corakkan nanti..

Ala kulli hal syukran pada kawan-kawan moga Allah memberkati usaha kalian dan semoga kamu semua najah dan menggapai redha ilahi...aminnnn

Berkongsi itu indah...

27 Disember, 2011

Aku manusia

aku manusia
jadi jangan pandang tinggi pada ku

aku manusia
jadi jangan lihat rendah akan aku

aku manusia
jadi jangan tabur kata manis kamu pada ku

aku manusia
jadi jangan kata aku sepertinya aku tiada hati dan perasaan

aku manusia
jadi tegur aku saat aku terlebih dengan kamu

aku manusia
jadi aku perlu bahu untuk tahan akan air mata ku

aku manusia
jadi aku perlu teman untuk kongsi suka duka aku

aku manusia
aku tetap dan takkan pernah untuk berpaling harap pada yang tidak mati!!!!

selamanya ya Ilahi...

16 Disember, 2011

Jatuh Hati!!

pertama kali lihatnya
aku jatuh hati
gagah perkasa badannya
malah tegap
dan macho tika ia berjalan
sifat si hero jalanan

jatuh hati lagi
pada muka garang
dan..
manja yang terselit pada suara garau
oh aku jatuh hati!!

dia sangat setia
patuh dan taat
serta tak mudah berpaling

sifat sayang
memahami
yang terlahir dek mata yang merenung
buat aku cair

kamu pintar
kamu bijak
kamu cerdik
untuk mengawal sesetengah waktu
yee aku jatuh hati!!

walau kamu tidak sempurna yang lain
tidak cukup baik mungkin pada mata mereka
tapi kamu
istimewa bagi aku

kamu lihat aku
seperti aku selamat dengan kamu
kamu tak benar yang lain untuk menganggu aku
yee aku jatuh hati!!

kalau aku bisa pegang
sentuh
dan peluk kamu
aku pasti ada kamu kini

aku jatuh hati
namunnn
saat kini
jatuh hati itu hanya impian ku
impian yang tak mungkin dimiliki hingga kini
jadi terusku menjadikan ia angan-angan
pabila melihat manusia lain disini bermain dengan kamu
aku jatuh hati

dan jatuh hati itu
buat aku hanya mampu
tersenyum melihat kamu
dan bermimpi akan rindu untuk berada bawah jagaan mu
kerna kau
kerna kau
kerna kau
errrr
hanya sekadar haiwan bernama anjing..!!!!
huhuhuhu

15 Disember, 2011

Berpagian

berpagi-pagian sudah keluar mengintai rezeki yang ada
usai subuh ditunaikan
siap segera mahu berguru si alim ilmunya dari anak

berpagian juga bunyi hon keretapi menjadi tempatnya bermain
melangkah anak kecil
melalui landasan
melompat si gadis itu riang
gembiranya bagai seisi alam mengetahui

berpagian yang indah
berlumba bersama raksasa besar
merebut ruang jalan
tidak mahu ketinggalan
walau genit di zahir mata
tapi itu keistimewaannya
untung badan selit saja sana sini
tak mahu kalah walau pada batin
tersisip semangat tinggi
biar seakan semut dimata
hakikatnya gajah yang menakutkan

berpagian begitulah hariannya...
bersapa dek alam yang menghijau
bertukar senyum pada mereka yang bisa
dan gadis itu gembira dalam penat dan syukur yang panjang

08 Disember, 2011

Best!!!!!

P/s : demam lagu ni...hohoho
        mode = stdy@exam2...huhuuhuh

04 Disember, 2011

Jom iftor jamaie

Alhamdulillah syukur kita kehadrat ilahi kerna masih diberi peluang bernafas didunia milik tuhan ini..
so kawan-kawan puasa ke hari ni??
yang puasa tahniah penulis ucapkan..sekurang-kurangnya berjaya melawan nafsu zahir dan batin untuk terus berpuasa pada 9 muharam ini sejajar dengan seruan nabi dalam sabdanya....


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,
“Ketika Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa padanya, mereka menyampaikan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nashrani.’ Lalu beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam sudah wafat.” (HR. Muslim, no. 1916)

Oleh itu sebaiknya untuk kita berpuasa pada 9muharam dengan nama lainnya hari tasu'a.Galakan untuk berpuasa sebelum 10 muharam ini sebenarnya mempunyai hikmahnya tersendiri.Antara yang paling terkuat sekali adalah kerana untuk membezakan antara puasa orang yahudi yang juga berpuasa pada 10 muharam dan supaya 10 muharam itu sendiri tidak bersendirian seperti galakan nabi untuk tidak hanya berpuasa pada hari jumaat sahaja.

Jadi ayuh kawan-kawan kita niat pada malam ini untuk berpuasa pada esok hari walaupun ada diantara mereka yang tidak sempat berpuasa pada 9muharam yang baru saja meninggalkan kita,maka kita gantikan dengan keesokan harinya selepas 10muharam moga-moga dengan niat ikhlas pada amalan kita ini diterima Allah amin....

Justeru itu penulis mewakilkan diri bagi pihak markaz dpmi menjemput semua anak malaysia yang berada dibumi mesir ini untuk turut serta dalam iftor jamaie di iskandariah.Selesai itu kita akan adakan sekali solat hajat dan bacaan yasin bagi majlis kesyukuran..namun sedikit pemberitahuan agar juadah makanan disumbangkan oleh pihak individu,ini kerana bagi melipat gandakan lagi pahala puasa dengan memberi makan pada mereka yang berpuasa walaupun tidak dapat berpuasa pada esok hari ..kerna pahalanya sama seperti oarang yang berpuasa dan tidak terkurang walau sedikit pun...

Akhir kalam moge kita sama-sama dapat manfaat atas apa yang kita usahakan...wallahualam


p/s : maalish ya gamaah atas penulisan yang sedikit caca merba hakikatnya ini adalah apa yang penulis ingin sampaikan.Segala info penulis ambil dari hari tasu'a.

25 November, 2011

Perlu ada rasa mahukan sesuatu

Assalamualaikum..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...



Apabila kita buat sesuatu,kita perlu ada rasa..
mahu main perlu ada rasa hendak bermain
mahu makan perlu ada keinginan untuk makan
hendak tidur perlu ada rasa untuk melelapkan mata
hendak belajar perlu ada keinginan untuk menelaah buku
hendak berjalan-jalan perlu ada keinginan kearah itu
hendak masak perlu ada rasa lapar supaya masakan terlahir dengan enaknya

Namun terkadang ada juga yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan terpaksa.Contoh pelacur yang terpaksa melayan pelayannya seperti watak izzah dalam cerita ombak rindu,atau mungkin pengemis jalanan yang diarah oleh agen.Barangkali ada juga yang terpaksa untuk makan dan minum dengan kadar yang telah ditetapkan oleh ibu dan ayah pada setiap hari macam kawan penulis suatu ketika dahulu.

"Kita dipaksa" itu saja sudah cukup untuk menggambarkan betapa paksaan itu sebenarnya bukan jalan sepatutnya untuk menarik minat seseorang kearah sesuatu perkara.

Lain sekali apabila melakukan sesuatu perkara dengan keinginan kita.Kita mahu belajar dengan sendiri tanpa suruhan sesiapa hatta ibubapa sendiri.Kita mahu makan dengan rasa lapar yang datang dalam diri tanpa had-had yang ditetapkan,kita luangkan masa bersama-sama keluarga tanpa kita benci waktu bersama itu.Hasilnya pasti melahirkan kemanisan dari apa yang dilakukan disamping kita akan tersenyum pada natijah yang akan diperoleh.

Oleh itu pentingnya untuk kita lakukan dengan rasa dan keinginan dalam diri.Tetapi bagaimana pula ada yang mengatakan untuk melakukan sesuatu yang baik kita kene paksa diri?Satu persoalan yang bermain diminda tatkala kita sendiri yang meletakkan negatif dalam minda kita.Penulis bertanya kembali kenapa perlu dilontarkan ayat paksa diri dalam minda??Ini bermakna kita kurang positif dengan diri dan kita seolah-olah kurang keyakinan dalam diri.Jadi bagaimana orang akan yakin dengan kita apabila kita sendiri sudah meletakkan negatif dalam diri sendiri??Mungkin pada zahirnya mereka akan dilihat sebagai orang yang baik,orang yang sempurna namun saat ayat "paksa diri" itu masih berlegar-legar dalam diri,maka penulis pasti akhirnya akan ada sesuatu yang sedikit tercela disebalik kesempurnaan yang diingini.

Positifkan diri dalam apa jua keadaan sekali pun.Buang ayat paksa diri tetapi ganti dengan mesti lakukan.Atas alasan kita punya pencipta,kita punya tanggungjawab dan kita punya tempat bergantung.Manjakan diri untuk  lakukan yang terbaik bagi mengukir senyuman diakhirnya.

Jadi manusia yang kreatif dalam mencari postif.Kita positif dengan diri maka kita peroleh seribu satu kebaikan.Antaranya bila kita cuba sehabis daya usaha dan berdoa serta bertawakkal pada sesuatu perkara ini bermakna kita telah meletakkan "redho" itu yang pertama.Apa pun yang terjadi kita boleh menerima dengan tenang tapi ingat!!amalkan dahulu konsep yang tiga tadi.

Bayangan yang baik-baik sebelum melakukan perkara yang kurang disukai mampu membantu kita untuk lebih positif disamping dapat menambah keinginan kearah itu.Misalnya sebelum baca buku bayangkan yang keputusan  yang bakal diperoleh pasti cemerlang.Tentu ayah dan mak tersenyum lagi best kalau bayangkan kehidupan akan datang akan bertambah senang.Tak salah membayangkan seperti ini tapi jangan terlampau-lampau sampai lari dari tujuan asal.

Guna sepenuhnya minda manusia anugerah tuhan ini untuk terus berkreatif dalam mencari helah melawan negatif diri.Kita yang mentadbir diri maka kita yang perlu berikhtiar mencari yang terbaik buat diri.

Kesimpulannya tiap sesuatu yang  dilakukan apabila ia segaris dengan keinginan yang diri sendiri mahu akan perkara itu maka ia akan dimudahkan atas sebab kita mahukan ia..wallahualam..

p/s : pesanan untuk diri terutamanya..

18 November, 2011

Jadual year 3

assalamualaikum.....pagi yang ceria....=)
semalam sedih-sedih sikit tapi hari ini alhamdulillah syukur kepadanya jiwa dan emosi mampu dikawal sebaiknya..(macam teruk je bunyi)

ok..untuk pengetahuan rakyat di malaysia hari jumaat adalah hari cuti macam sabtu ahad,means ahad dah start sekolah balik,tak macam malaysia yang mengambil hari sabtu dan ahad sebagai hari cuti..(sekadar makluman).Jadi hari ini penulis akhirnya berjaya menyelesaikan beberapa kerja yang patut dilaksanakan sebelum kuliah semakin rancak dan diri semakin serabut dengan bahas.hohhoo

Antaranya jadual ke kuliah dan kalendar untuk bulan 12.=)
hehe..even tak cantik but atleast handmade ok!!!

Oleh itu sekarang apa yang diperlukan ialah semangat dan usaha yang membara semerah bara api.

ok guys good luck!!!!

17 November, 2011

rindu itu menyakitkan

salam...
huhu...alhamdulillah penulis selamat sampai ke iskandariah dengan baiknya.Lebih kurang jam 6petang bumi iskandariah berjaya penulis jejak semula selepas bercuti hampir 4bulan..lamanya!!!
                     mungkin terlalu rapat membuatkan penulis terasa sesuatu kehilangan



                                              makan malam bersama saat2 akhir


Sepanjang perjalanan dari Malaysia ke bahrain segalanya ok.Begitu juga Bahrain ke Mesir....lagi seronok bila transit yang agak lama membuatkan penulis berpeluang menetap di hotel sendirian kebetulan kawan-kawan yang ada 5 orang semuanya,jadi penulis sengaja untuk tidak berkongsi memandangkan yang lain masing-masing sudah mempunyai pasangan.

                                                     yasmin rindu kakyah tak???



3hari berlalu meninggalkan keluarga tersayang...huhuhu penulis masih lagi dihurung hiba..rasa sayu je hati ni waktu-waktu petang begini.Selalu di Malaysia pasti akan keluar berjalan-jalan dengan mereka.Penulis tersangat rindu dengan adik-adik mak ayah dan pastinya si gendut kecik yasmin..ouhh tak perasan air mata mula bergenang dan menitik sikit demi sikit..huhuh

...
....
......
.......

Ya Allah..kuatkan hati ini...yes awak kuat nadia!!
ingatkan sibuk dengan menelaah kitab akan membuatkan penulis lupa.namun perasaan tu makin kuat...hemm mungkin sementara cuma..selalunya memang akan memakan masa,,,
yang pasti penulis tak sabar untuk bertemu pada 2,3 minggu akan datang..kerna kala itu keadaan penulis sudah stabil insyallah....arghhhh rindu itu menyakitkan!!!!!!!!!!!!!!


mood : bila nak berhenti hujan renyai2 ni...uhuhuh

10 November, 2011

Kami di Broga



alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

Suka penulis memulakan sesuatu dengan kalimah tuhan pencipta alam,sekurang-kurangnya penulis terasa dekat denga DIA walau terkadang alpa dengan tanggungjawab selaku HAMBA...astagfirullahalazim...

Penulis tika ini baru saja sempurna menghabiskan sisa baki sebagai guru di Al-Rahman.Seribu satu pengalaman yang dapat ditimba dalam tempoh mengajar kanak-kanak.huhh terasa manis pahit masam kelat segalanya ada.Namun kini semuanya berakhir dengan selamat,selamat tinggal anak murid insyallah lain kali tak jumpa da (tak nak mengajar lagi) huhuhu

Lama tidak bercerita di ruangan ini terasa rindu sekali,banyak yang ingin dikongsikan seperti apa yang telah penulis lalui pada minggu-minggu terakhir di bumi Malaysia tanah air ku.
Syukur sekali bukit Broga berjaya ku tawan dengan adik-adik yang seperti kawan seandai dapat kalian melihat kemesraan gurau senda lembut kasar kami.hehe..seronok!!

Permulaan perjalanan kami ke sana sudah dirancang seawal pukul 6 dan berjumpa di petronas sebelum ke bukit broga.Jadi kami masing-masing merancang untuk bangun pukul 4.Malam hari sebelum bertolak sudah penulis siapkan bekalan untuk makan pagi diatas puncak kononnya tetapi segalanya hampa.Biasalah kalau dikatakan melayu,pasti ada saja janji tak ditepati hahah betulke???tak semestinya..apa-apa pun terpulang pada individu itu sendiri.

Akhirnya dalam pukul 7pagi kami 5orang termasuk cikgu k aka datuk k menaiki bukit broga.Diawal perdakian nampak baik dan tiada yang semput2..gembira dan excited adik-adik penulis..namun di pertengahan jalan mulalah adik penulis yang sorang ni penat dan semput!!!lupa penulis bahawa dia mengalami asma suatu ketika dahulu,jadi tak mustahil dia semput dan cepat penat..dan mungkin faktor kegemukan menjadi penyebab???hehe(jangan marah)

Mendaki gunung atau bukit secara berkumpulan memang memerlukan kepada kerjasama yang kuat.Semua mempunyai peranan masing-masing sebagai ahli dalam kumpulan.Kebiasaannya pasti ada dalam sesuatu kumpulan itu ahlinya mempunyai kekurangan mungkin barangkali mudah penat dalam mendaki,atau kurang laju dalam berjalan atau mungkin ahli yang lain mempunyai kelebihan oleh itu dengan kekurangan serta kelebihan yang ada kita gabungkan agar dapat melahirkan suatu kumpulan yang terbaik.Bak kata ahli agama hidup dalam berjemaah itu lebih aula,maka disinilah kita praktikkan segalanya..ewahhh

Kami berhenti sebentar untuk mengalas perut di puncak yang ketiga.Sampai saja di puncak masing-masing melayan  perasaan..ada yang mengambil sedikit masa menghilangkan penat yang ada dan ada yang terduduk memuji keindahan alam yang sungguh menakjubkan azzimmm!!!!Allah...Allah...


Sesudah habis melayan diri,cikgu k mula menjalankan kerjanya melayan anak murid.Cikgu k sangat berpengalaman dalam ekspedisi pendakian sebegini..katanya sebulan sekali pasti aktiviti ini akan menjadi tajuk utama dalam catatan diarinya.Dengan kemahiran yang dimilik kami dapat merasa khemah kuning sambil melayan angin sedap dipuncak bersama hidangan minuman teh cameron bekalannya...thanks cikgu!!!sayang cikgu k!!!hehehe...



Perut sudah dialas tenaga makin bertambah alhamdulillah,lega rasanya maka kami meneruskan pendakian sehingga sampai ke puncak bukit yang teratas sekali..Walau ada yang jatuh tatkala memanjat bukit (penulis la tu) tetapi dengan semangat dan sokongan moral dari kawan-kawan disekeliling membuatkan diri penulis terasa begitu mahal harga ukhwah yang terbina sesama kami walau hanya sebentar cuma.Ini semua gara-gara terguran sepupu penulis kepada kumpulan pendaki yang lain,cabaran yang berbunyi selamba namun sangat terkesan pada jiwa-jiwa kelakian mereka menjadikan mereka sampai kepuncak lebih awal dari penulis sedangkan penulis seperti arnab dalam mendaki..=)


Sampai di puncak teratas kami bergambar bersama dan turun semula secara perlahan,risau pula kalau-kalau ada yang terjatuh buat kali kedua.Menurut cikgu k di tempat inilah isteri angkawasan negara kita Syed Muzaffar bergambar untuk pernikahan beliau..dan kami sempat menaiki buaian yang dihayunkan Dr Halina...wahh terasa disyurga..heheh...pada hemat penulis tempatnya besar namun saat berhadapan dengan realiti tidaklah sebesar mana namun sederhana dan cantik selepas diedit..

Ala kulli hal pedakian kami untuk pertama kali bersama ahli keluarga ini sangat menyeronokkan disamping adanya gurau senda lagi tipu menipu antara kami dengan cikgu k yang memeriahkan lagi suasana...moga ukhwah yang terjalin dapat merapatkan hubungan yang telah terbina disamping kita dapat mengenali sesuatu yang baru dalam kembara di bumi Allah ini...wallahualam

03 November, 2011

Harga seorang pengajar

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
Pejam celik pejam celik dan akhirnya penulis berjaya menempuh hampir 3bulan mengajar kanak-kanak di sekolah kafa Al-Rahman.Tak sangka begitu cepat masa berlalu,ye itulah ayat yang sering manusia ungkapkan namun apakah setiap masa yang pergi telah dijalani dan dipenuhi dengan sepenuh kebaikan untuk diri dan insan yang lain???wallahualam

Saat ini penulis sedang sibuk menanda kertas murid-murid.Baru semalam hari terakhir mereka menjalani peperiksaan akhir tahun.Sepanjang tempoh peperiksaan penulis merasakan gurulah yang paling penat secara zahir dan sedikitnya pada batin.Geram dengan murid yang agak nakal maka ia berjangkit dengan hati kepada diri ini.Namun pabila dikenangkan kembali penulis tersenyum sendiri.

Seperti yang penulis katakan mengajar budak-budak perlu lebih menahan emosi dengan karenah mereka.Suara serak itu barangkali menjadi lumrah bagi seorang ustazah atau ustaz yang mengajar,lebih-lebih lagi kami disini bukan mengajar mengikut madah tetapi memengang sesebuah kelas.Pengalaman demi pengalaman membuatkan penulis matang dan masak dengan karenah murid-murid.

Antara pengalaman mencabar buat penulis saat dikehendaki untuk membaca soalan periksa kepada pelajar ketika tempoh peperiksaan baru-baru ini.Ia seolah-olah seperti penulis harus memberi jawapan percuma kepada mereka.Mana tidaknya,membaca serta menerangkan tiap soalan agar murid dapat memahami dan boleh menanda jawapan dengan betul.Itu waktu peperiksaan namun lain jadinya pada waktu biasa,guru adalah ibu,guru juga adalah pembantu rumah kalau boleh penulis katakan begitu.

Perkara pertama yang menjadi kata kunci untuk guru mudah mengajar ialah sering mengulang apa yang dikatakan.Misalnya hari ini mengajar nama-nama haiwan didalam bahasa arab oleh itu untuk hari ini sahaja biar mereka ulang sekurang-kurangnhya 5 kali,malah lebih dari itu adalah lebih baik.Untuk keesokannya cuba kita tanyakan sekali imbas,ini untuk mengingatkan kembali apa yang diajar.Dengan cara ini ia akan memudahkan proses pembelajaran dan kita tidak pening apabila menjelang peperiksaan nanti.

Semua sukakan akan kecantikan diusia yang masih muda,seperti kata Ustaz Azhar Idrus "barang muda barang baik" maka dengan alasan itu kita praktikan apa yang ada.Untung sebenarnya menjadi guru.Dalam masa yang sama kita juga adalah saintis yang sering menguji sesuatu produk.Produk kita adalah murid dan kita yang menjadi saintis untuk menguji dan melahirkan produk yang berkualiti.Justeru itu fokus pertama apabila saya mula mengajar ialah saya inginkan produk saya mampu menulis dengan baik serta mampu menjawikan dengan cepat dan sendirinya.Kini alhamdulillah latihan yang berterusan sedikit sebanyak menjadikan murid-murid mampu menulis dengan cepat dan menjawikan dengan sendiri walaupun kadang kala tulisan mereka tidak semuanya cantik.

Selain dari mudah mengingat dan pandai menjawi serta tulisan yang cantik,antara lain fokus yang perlu dilihat ialah bagaimana tahap murid-murid dalam membaca iqra'.Ini adalah penting untuk kita melahirkan generasi quran.Jadual dikelas perlu dibahagi seadil-adilnya paling tidak 3 perkara penting ini terlaksana tiap-tiap hari supaya murid tidak ketinggalan apa-apa dalam bidang ilmu agama.Namun penulis agak sedikit kecewa apabila berbicara tentang ini.Penulis malu sendiri dengan apa yang terjadi apabila gagal dalam menyusun tentatif yang terbaik untuk murid-murid serta kurang memberi masa lebih pada murid untuk membaca iqra dan Al-Quran.Penulis akui ini adalah kelemahan diri ini,dan ini juga pengajaran buat penulis untuk penulis lebih berhati-hati dalam melihat sesuatu mengikut seluruh aspek insyallah.

Ironinya mengajar bukan sesuatu yang mudah.Pengajar bukan hanya perlu mengajar tetapi perlu mndidik anak bangsa.Ia tidak sama,apa lagi sekiranya kita tidak memahami dua perkataan yang berbeza ini tetapi masih dalam satu tujuan yang sama.Mengajar beerti kita ajar sesuatu ilmu yang baru namun mendidik lebih mengfokuskan kepada gerak kerja dan memerlukan untuk kita mempraktikkan sesuatu yang telah diajar.Jadi sangat penting untuk kita ketahui bahawa mendidik perlu lebih banyak dalam mengajar sementelah mengajar tidak boleh dipandang engteng.

Hakikatnya harga sebuah pengajar sangat besar sumbangannya kepada agama,bangsa dan negara.Walaupun ada yang memandang rendah pada pendapatan guru yang tidak seberapa ini tetapi nilai pengajar adalah sangat tinggi dalam melahirkan modal insan yang berguna pada agama khususnya.Andai kita inginkan anak bangsa yang berkerjaya sebagai peguam biarlah kita lahirkan peguam yang bertakwa,kiranya sebagai arkitek biarlah arkitek yang bertakwa dan kiranya sebagai juruterbang  biarlah juruterbang yang bertakwa dan inilah yang kita inginkan,melahirkan modal insan yang bertakwa disisi Allah dan berjaya dunia akhirat wallahualam.

01 November, 2011

Rindu sang pencipta

Alhamdulillah..hampir begitu lama di tanah air menyebabkan diri ini banyak sekali melakukan salah dan silap pada makhluk yang lain.Tak kurang juga kisah-kisah yang menjadikan diri ini matang dalam menghadapi ujian.

Seperti peperiksaan juga perlu banyak latihan untuk mendapatkan kesempurnaan dalam jawapan maka begitu juga manusia perlu banyak ujian dari tuhan agar kita mampu menempuh dengan jayanya setiap yang berlaku.

Ujian sebenarnya mematangkan diri,dan membuatkan kita lebih dekat pada pencipta.Itu bagi mereka yang hidup bertuhan.Namun andai kita tiada rasa tersebut(minta dijauhkan) pasti manusia kini begitu senang untuk mematikan hayat hidupnya yang begitu berharga.

Memilih sesuatu bukan semudah yang kita jangkankan,kita tidak tahu apa yang akan terjadi masa kini apatah lagi masa akan datang.Kadang-kadang nampak baik secara zahir,cantik indah bahkan mampu mengundang pujian dari sesiapa,namun apa yang akan terjadi hanya Dia yang mengetahui.
Begitu sebaliknya,pandangan zahir tidak mampu memberi jaminan bahawa kita akan selamanya dikondisi yang selamat.

Oleh itu perlu pengharapan kepada tuhan yang mencipta.Perlu ada usaha di pihak diri,seterusnya kita tiupkan doa dan serahkan segala yang akan terjadi pada tuhan..wallahualam

mood : Aku rindu sang pencipta...aku betul2 lemah..maaf atas penulisan yang sangat2 caca merba..=(

17 Oktober, 2011

Pengalaman mendidik kanak-kanak

Mendidik anak-anak kecil bukan semudah yang kita sangka.Makin mudah kelulusan yang diperlukan dalam sesuatu pekerjaan sebenarnya adalah makin susah untuk kita menghadapinya.

Mungkin dimata secara zahirnya bagi bidang perguruan sekolah agama rendah darjah satu kita hanya perlu mengajar alif,ba,ta atau iqra dan al-quran serta beberapa mata pelajaran mudah yang lain.Tetapi untuk memahami dan masuk kedunia kanak-kanak adalah saat yang sukar dan sangat memakan masa yang panjang.

Emosi perlu dijaga,perasaan marah,suka,geram dan sedih segalanya bercampur.Lebih-lebih lagi apabila mendidik kanak-kanak yang masih kurang sempurna akalnya.

Inilah yang dialami penulis apabila berpengalaman hampir tiga kali mengajar dan kali ketiga diberi tugas mengajar kanak-kanak yang berada di kelas darjah satu.Tugas yang amat berat saya kira untuk menggalasnya.Tiap hari pasti terasa sesal pada diri dengan apa yang berlaku dalam kelas yang hanya memakan masa selama 3jam.Amat singkat namun sangat mencabar.

Setiap peringkat kanak-kanak lain caranya.Kalau ditahap dua seperti darjah empat,lima dan enam dengan sekali arahan sudah didengar namun untuk darjah satu belum tentu akan diikuti.Otak mereka masih tidak mampu untuk belajar dengan serius.Perlu psikologi yang lebih dan ugutan untuk mereka menyiapkan kerja sekolah.Terkadang kagum dengan teman-teman yang lain apabila hampir beberapa tahun di dalam bidang ini namun masih mampu bertahan dan seolah tiada masalah yang melanda.

Perhatian bagi setiap murid harus lebih fokus dari biasa.Sekiranya kerja diberikan kepada 30 orang murid maka setiap satu buku tulis harus disemak ketika itu juga untuk kita mengetahui kesalahan yang dilakukan.Setiap kesalahan harus dibetulkan sebelum buku tersebut disimpan kemas didalam beg agar mereka tahu dan belajar dari kesilapan.

Selain dari strategi yang baik tindakan dari satu kesatu harus diperkemaskan,dan kadang-kadang berlaku beberapa perubahan mengikut kemampuan murid dalam menjawab latihan.

Terpulang pada guru yang mengajar dalam memberi latihan untuk memantapkan teknik dalam mata pelajaran yang diajar.Namun bagi saya dengan lebih banyak latihan yang diberikan disamping ajaran-ajaran bagi setiap tajuk mampu membuat mereka lebih mahir dan cepat untuk membaca dan menjawikan perkataan.

Rintihan seperti penat,dan banyak latihan itu biasa didengar.Tetapi segala yang dilakukan tidak lain hanya untuk melihat mereka pandai.Kita boleh mengambil contoh pembelajaran orang cina.Mereka rajin dalam membuat latihan walau dimana mereka berada hatta di pasar malam sekalipun masih khusyuk menyiapkan kerja sekolah.Cuma jangan lupa memberi keterangan yang logik untuk anak-anak kecil ini berfikir,sekurang-kurangnya mereka puas hati dan dapat memikirkan segala yang diarahkan guru mereka adalah untuk kebaikan diri sendiri.

12 Oktober, 2011

suara hati manusia

Manusia adalah mahkluk yang terbaik.Dikurniakan akal untuk berfikir.Malah punya citarasa tinggi dan inginkan sesuatu yang terbaik bukan semata-mata untuk diri malah apa yang berkaitan dalam hidupnya..ya itulah manusia.

Kejadian manusia yang sempurna itu telah melalui beberapa peringkat unik lagi teliti.
Enam peringkat bersamaan sembilan bulan yang diciptakan Allah untuk menghidupkan makhluk bernama manusia ini sudah cukup sebenarnya menggambarkan kehebatan dan kekuasaan Allah sebagai pencipta.

Namun manusia yang lahirnya ia dari segumpal darah dan asalnya dari tanah itu tetap juga ada yang menyombong kepada Allah pencipta alam.Sombong untuk menadah tangan berdoa kepada tuhan.
Hidupnya kosong tanpa doa.Sedangkan Allah sudah berjanji akan mengkabulkan segala permintaan dari hambanya.Bukan hanya umat islam sahaja yang berdoa tetapi seluruh manusia yang beragama pasti bersetuju untuk mengatakan bahawa doa adalah penguat diri dan jalan untuk kita bertemu dengan tuhan. 

"Dan tuhanmu telah menyatakan,Berdoalah kalian (seluruhnya)kepada-Ku,nescaya akan aku kabulkan.Sungguh,orang-orang yang sombong dari meminta kepada-Ku,mereka akan masuk ke dalam neraka Jahanam dalam keadaan terhina,"(Qs.Ghafir 40 ):

Rugilah pada mereka yang berlagak sombong kepada tuhannya.Pertama dia akan dianggap sombong disisi Allah dan keduanya ia akan dimasukkan ke dalam neraka atas sebab sombongnya itu.Secara logiknya kita sebagai manusia tidak akan mampu hidup sendiri atas muka bumi yang bukan diri sendiri menciptanya

Analogi mudah untuk kita bayangkan adalah doa sebagai sejadah atau lebih manis didengar sebagai alas hidup seorang manusia.Dari kecil kita menggunakannya sehingga ke penghujung nyawa.Diibaratkan kehidupan manusia itu seperti sejadah panjang yang membentang bermula dari buaian hingga ke tepian kubur.Ini bermakna sepanjang hidup manusia adalah ibadah dan doa.Serta usaha yang keras oleh manusia adalah sekadar minuman yang kita tegukkan untuk menghilang haus didunia.

"Doa adalah suara hati".
Suara hati manusia.Keinginan manusia tentu akan terbit dibenak dan bersuara di hati terlebih dahulu.Makanya lahirkan lah suara hati kamu wahai manusia kepada Allah.Usahla bersuara saat hati kamu resah sahaja,walau pun Allah itu maha pengampun andai kita mengingati dia di saat kesenangan itu adalah lebih baik kerana kesenangan akan datang dikala kesusahan.

09 September, 2011

konserto terakhir

cerita darah
cerita darjat
   birunya darah
   pongahnya darjat
cerita lagu dan irama
   lagu jasad tegar
   irama nurani sunyi
cerita cinta
cerita luka
cerita konserto terakhir
sebuah intermeso di pentas hidup

Buku sastera yang menceritakan perjalanan hidup anak muda yang minat akan seni muzik.Kehidupan susah bukan penghalang baginya utnuk terus berjaya dan menempa nama sebagai anak seni.Cemuhan dan celaan tidak dipedulikan malahan sikap rajin dan lebih matang yang menjadi prinsip hidup anak seni ini.

p/s  : hampir 6kali baca buku ini namun tak pernah bosan..syabas penulis Abdullah Hussain!!!

07 September, 2011

Alhamdulillah Ya Allah

Syuku..syukur..syukur...itu yang mampu diucapkan tatkala hati resah gelisah bertukar ceria dan gembira mendengar natijah peperiksaan bulan jun yang lepas berjaya aku tempuhi..

Kata orang siapa berusaha dia pasti dapat apa yang diusahakan..(man jadda wa jada)..yup barangkali sedikit orang yang akan menyatakan ketidakbenaran pada kata hikmah sebegitu.Namun usaha,doa dan tawakal itu juga berkait rapat.Kata kawanku kalau usaha sahaja tanpa doa tiada guna,seolah-olah kita ini hidup tiada bertuhan.Menyandar takdir pada dua tangan kecil manusia yang tiada apa-apa.Doa tanpa usaha juga tidak berguna..dan usaha serta doa tanpa tawakal itu dibimbangi akan makan diri kalau-kalau kekecewaan yang mengundang pada masa akan datang.

Ketiga-tiga prinsip ini manis pabila diguna pakai sepenuhnya..contoh saja dalam cerita ketika cinta bertasbih.Aku kira filem ini mencerita hampir banyak juga keadaan pelajar-pelajar di Mesir,dan yang paling membuatkan kita tersentuh saat natijah azam diberitahu najah oleh kawannya.Sekelian lama menantikan kegembiraan ini..akhirnya selama beberapa tahun baru diberi oleh Allah..Azimmm...sungguh manis sekali..sehingga bisa menitis air mata kita semua.

Ujian yang diberi Allah ada hikmahnya.Manusia itu tidak penyabar,mudah melatah.Aku ada terjeling lantas  terbaca tajuk sebuah buku "indah andai tiada derita" begitu rasanya tajuk buku tersebut namun sehingga kini  masih belum berpeluang untuk membacanya.Memang indah andai tiada derita namun kehidupan kita seolah-olah hanya makan dan minum tanpa rasa..kosong sehingga ke penghujung.Tiada manis, masin dan masam yang melewati.Ujian akan melahirkan pengalaman yang berharga.Melalui pengalaman sebegitulah manusia akan menjadi matang dan lebih rasional dalam membuat keputusan di masa akan datang.

Dalam usia ku 22 tahun ni..Alhamdulillah saja aku bisa memberi senyuman pada ibu bapa ku sekali lagi selepas gagal gara-gara sikap lalai dan leka dalam diri ini.Gagal tak semestinya kita tidak berpeluang untuk berjaya.Sepanjang masa yang terluang aku penuhkan diri ini dengan kelas-kelas yang mendidik diri.

Untung sebenarnya aku dicampak di bumi barakah para anbia.Selain dipenuhi lautan ilmu,kita duduk didalam kelompok mereka yang cinta akan islam.Aku diperlihatkan dengan bermacam ragam kadang-kadang tangis,sedih,tawa,dan senyum sendirian.Cuma terserah pada diri bagaimana kita menguruskan masa yang terluang.Sama ada sekadar tidur di rumah kemudian bangun melayan internet atau subuh pagi lagi kita ke kelas-kelas syeikh yang ada.Semuanya terserah pada kita yang mengurus diri ini.INGAT!!!Kita adalah KHALIFAH dalam erti kata lain kita adalah PEMIMPIN!!Pemimpin untuk diri,dan seterusnya anak-anak yang bakal kita lahirkan.

Buat mereka yang gagal percayalah hati,jiwa dan semangat kita yang perlu kuat.Cakap-cakap orang disekeliling andai untuk menyakitkan hati kamu,kamu lawan!!!Kamu bukan seperti itu!!Kamu hanya tersilap langkah malah mungkin cara dalam belajar tapi buktikan kamu bukanlah orang yang seperi mereka katakan..kita adalah apa yang kita fikirkan...mereka hanya pandai mengata tetapi mereka tak merasai..Rebut peluang selagi ada di sana.

Ilmu itu luas andai tidak berjaya kali ini,kita cuba lagi,cari kelemahan dalam diri.Perbaiki dan jangan pernah ada malas dalam diari hidup selagi bergelar manusia.Allah berfirman yang mafhumnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.

Maka oleh itu mari sama-sama kita tajdid kembali niat kita dan terus fokus apa yang kita ingini untuk agama islam ini sendiri.Moga jalan yang dipilih adalah jalan yang diredhai.

Untuk kawan-kawan..Khairunnisa,Amnani,Hani,Nasirah,Diniy,Sara n Nasyitah mabruk aku ucapkan..walau apa pun terjadi kita masih punya Allah,kawan dan keluarga..moga ukhwah yang terbina kekal ke akhir hayat..dan moga kita dapat ke kuliah sama-sama lepas ni...(anis duk alex je k)heheh....

mood : lepas ini mesti ada yang update borang bait muslim..smile..=)

03 September, 2011

faktor utama badan berisi

Baru saja lepas bersembang dengan adik sebentar tadi,macamana entah tiba-tiba boleh masuk bab gemuk kurus tinggi rendah.Topik hangat yang sering dipersoalkan.Ia juga ada kaitannya dengan nafsu yang sukar untuk dilawan bagi sesetengah individu.

Biasalah dalam banyak-banyak jihad,jihad melawan nafsu adalah yang paling sukar untuk kita hadapi.Setakat ambil senjata kemudian ajak berperang itu mungkin boleh kita asah bermula dengan keberanian yang mesti ada dalam diri serta semangat kuat dalam menghadapi musuh yang mendatang.

Berbalik pada tajuk kali ini.Selepas berbual tak sampai dalam 5minit tadi mampu saja membuatkan otak ku berfikir ada betul apa yang diperkatakan.
Aku bertanyakan kenapa lelaki mudah gemuk,lebih-lebih lagi apabila sudah kahwin,wow badan dia sama naik dengan bini.Macam dia pula yang mengandung.Maka dengan pantas dan mudah adik ku mengatakan

"kau bayangkan,perempuan lepas makan ada juga buat kerja,macam sapu sampah atau basuh pinggan.Tapi lelaki lepas makan relax dan lepak tengok tv kemudian tak sampai setengah jam terus badan macam ular tidur...tapi tak semualah,ini kebanyakannya".."lagi pula lelaki makan banyak,yang ni aku tak khususkan pada lelaki je.Sebab siapa-siapa pun yang makan banyak akan mudah gemuk."

"betul-betul aku sokong juga,cara pemakanan terbaik ialah makan sedikit tetapi kerap.Contohnya makan nasi dalam satu senduk dan lauk tak kisah banyak mana.Aku pernah cuba dan hasilnya sangat memuaskan..."

Sembang kami hanya terhenti disitu setelah aku diam dan menyambung kerja di depan komputer riba(terus buka blog..heheh)

Jadi kesimpulannya,benda ni tak kisah terjadi dekat lelaki atau perempuan.Yang penting kita sama-sama sedar betapa pentingnya kawalan makanan yang masuk dalam tubuh kita.Andai kita mampu melihat sendiri apa yang tubuh kita sedang proses tatkala tangan kita memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan kemudian kunyahan kita meneruskan lagi perjalanan sehingga ke perut maka pastinya kita akan seram melihat kerana apa yang tidak diperlukan oleh badan kita akan keluar,sebaliknya jika ia tidak keluar maka dengan itu ia akan menghasilkan suatu penyakit yang menggerunkan...haishhh aku pula seram...jom kita jaga pemakanan untuk hidup yang lebih sihat serta ibdah yang lebih seimbang insyaallah.....senyum-senyum selalu...pesanan ikhlas dari Dr. Nadiah Shafie....=)

18 Ogos, 2011

"ayah baik anak tak bising"

Tahun ini saya kira adalah tahun yang banyak sekali dugaan dan penuh dengan liku permasalahan dalam sesebuah negara.Memang tidak dapat dinafikan perkataan sempurna itu tidak akan pernah ada dalam diari hidup manusia apatah lagi kita ini memang dilahirkan tidak sempurna melainkan Yang Maha pencipta.

Satu demi satu kita lihat negara-negara di dunia ini mengalami kebangkitan rakyat secara tiba-tiba mahupun melalui perancangan teliti yang telah dilakukan.

Bermula dengan Tunisia,Mesir,Libya,Siria dan kini di London mengalami rusuhan menjadikan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab resah gelisah atas pemerintahan yang dikatakan menindas rakyat secara senyap.

Bak kata pepatah "kalau ayah baik anak tak bising" mempunyai makna yang mendalam serta membuat kita terfikir seolah sama juga "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang".
Bagi pendapat penulis sendiri kebajikan rakyat perlu diutamakan hatta sekalipun mahu memerintah sehingga beribu tahun andai keadilan yang menjadi tunggak dalam pentadbiran pasti tiada suara-suara yang akan menentang.

Hakikatnya penulis lebih terasa manisnya apabila membaca kisah-kisah sirah pemimpin terulung Nabi Muhammad SAW kita waktu dahulu


p/s : ye sejarah akan berulang andai kita lupa pada sejarah dan pengajaran sesebuah sejarah tidak diambil iktibar.

05 Ogos, 2011

10 MUWASOFAT TARBIYYAH



'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’ (Hassan Al-Banna)
1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Sangat menjaga masa
5. Mampu berdikari
6. Sihat tubuh badan
7. Teratur urusannya
8. Bermanfaat kepada orang lain
9. Pengetahuan yang luas
10. Mujahadah nafsu
 
muhasabah kembali mana yang kurang agar dapat dipertingkatkan dan yang sedia ada dapat ditambah untuk menjadi hamba yang lebih berkualiti dihadapannya...insyallah....:)

02 Ogos, 2011

wanita hamil dan asam???

Dulu masa kecik-kecik mama selalu minta asam lepas saya pulang dari sekolah,saya rasa macam pelik juga.Mama jarang makan benda-benda yang tak elok ni dan dalam masa yang sama suka sebab ada geng untuk makan benda-benda ni semua....

tak lama kemudian baru la saya tahu yang mama saya ni rupa-rupanya hamil.Padanlah mintak asam kerap sangat..

Rasa pelik makin menjadi-jadi,dan timbul persoalan yang membawa seribu sangkaan pada jawapan dalam diri saya ini..Mengapa asam sering menjadi satu makanan ringan yang sering diminta-minta oleh wanita hamil..uishh kenapa ye???kan tak elok...lagilah mereka mengadung..hemmm

Hari bertambah hari dan kini saya sudah menjadi anak dara..maka sedikit demi sedikit persoalan yang sering timbul dahulu kala kini terjawab..

Bagi saya sendiri asam dapat menghilangkan loya yang dialami ketika mengandung...loya ni satu rasa seperti nak muntah tetapi tiada apa yang nak dimuntahkan..dia seolah-olah rasa geli pada semua rasa yang sebenarnya hanya orang yang mengalami saja berperasaan begitu.Sedangkan orang lain tidak.Sehinggakan barangkali bau yang pelik-pelik pun seakan menjijikkan...

kenapa ia terjadi???mungkin disebabkan bawa budak atau perubahan hormon,hakikatnya jawapan yang tepat mungkin boleh bertanya kepada doktor yang lebih pakar..

yang penting asam dan wanita hamil seolah-olah menjadi kawan rapat ketika itu...namun tidak elok diambil secara berlebihan cukup sekadar dapat mengurangkan sedikit rasa loya tersebut..sekian....

21 Julai, 2011

bicara aurat

satu petang yang tenang
duduk bersembang sambil akal mencari bicara modal kita hari ini
dari satu ke satu
bualkan tentang apa suka kita
apa menarik dunia
dan apa nilaian yang kadang hanya emosi semata
hingga sekali
terhenti pada bicara ilmiah yang kita sedia maklum
dek gara-gara hanya kerna
mata yang melilau
maka bicara aurat menjadi tajuk tengah lewat petang ini

ramai faham pada makna aurat
menutup kepala saja
sudah dikatakan memadai
sudah manis dan mencukupi
dan engkau juga berkata demikian
tapi hati ini memberontak
dan ingin saja kata bukan,tidak
jiwa ini seakan terbakar
tapi kadang-kadang amalan ku seakan merajuk dan sering bergaduh
akhirnya sekadar bincang ilmiah
dan doa bersama agar apa kata ku tentang bicara aurat ini
bisa aku perbaiki kedalam diri lebih lagi

aku katakan
sempurna aurat kita ditutup
bukan hanya pada kepala
namun tidak berpakaian ketat itu juga adalah syariat perlu diikuti
labuh serta menutup apa yang wajib bagi kita
dan hanya tangan serta muka saja yang boleh sering bermain dengan angin tanpa halangan
lembut..
dan berhikmah cara aku menyusun ayat
takut-takut ada saja termakan hati
dan sesekali mulutku cuba bermanja dengan kopi manis buatan si genit di warung ini
mereka pula mula bergatal tangan pada kueh mueh yang terhidang buat jamah petang-petang ini

syukur saja bicara aurat kini selesai
masing-masing setuju dengan apa kata semua
walau mungkin tertinggi suara seakan gaduh sebenarnya gurau
namun tawa ceria pembangkit rasa
buat kita tak pernah jauh
dan hakikat islam itu indah sering beri senyum buat kita semua....

19 Julai, 2011

mimpi ku akan lena denganmu

tempat yang tak sepatutnya untuk kita tinggal bila pergi mana2 shoping mall ialah kedai buku...
terasa bagai disihir tatkala menyinggah di sana..
bila mata terpaut maka hati turut sama merasa...
berdiri tak rasa penat,malah seperti dipinjam kepak burung dan terus melayang...
seolah itu juga seronok pada bacaan kita pada sesebuah buku yang dibaca..suka kita lahir atas minat yang mendalam...
baru ini saja..buku yang hati ini terpikat masih lagi menganggu mimpi tidurku,tajuknya manis sekali.."mengapa kejayaan selalu bermula dengan kegagalan"
buku yang didalam bahasa inggeris itu tak mungkin bisa difaham tanpa merujuk semula kepada kamus yang sentiasa aku jadikan sebagai pendamping...
tak mengapa,mungkin intaian aku bisa jadi kenyataan..
dan mungkin tidurku akan lebih lena dengan buku yang akan kupeluk kemas suatu hari nanti..

16 Julai, 2011

buntu

buntu..
masalah yang datang buat kita tak senang
hati gelisah
jiwa kacau
fikiran melayang
apa lagi rasa buat kita resah
ohh buntu
buntu dengan apa yang datang
buntu pada sebuah permainan mudah dunia
aku buntu!!!

13 Julai, 2011

pengalaman

alhamdulillah selepas selesai musafir sekitar kaherah kini akhirnya bahrain aku teroka jua..hemm
penat terasa tu pasti sekurang-kurangnya bagi aku tahun ini adalah tahun yang sangat susah untuk aku lupakan..
banyak sekali kenangan pahit dan manis...yang seronok pasti sedikit sebab seronok itu tak menjanjikan kenangan yang berkekalan atau mungkin kenangan yang bisa aku ingat sampai bila2..
tetapi kenangan pahit membuat pipi aku dihujani rintik air entah suke atau sedih terpulang pada fikir aku tika itu.

bergerak sendirian di bumi orang tak pernah ku minta,namun dalam susah sendirian aku terkadang tersenyum dalam tangis..
kurang-kurang aku tak susahkan orang..
mungkin kerna kerja yang aku lakukan itu semua kerana kehendak aku..keinginan sendiri..jadi malu bila terpaksa menyusahkan orang...ahhh manusia memang begitu..malu dan bersalah tak lari dalam diri...merepek suda

hari pertama dari alex ke cairo,
cukup memberi erti..alhamdulillah saja ada yang sudi menolong.Kalau tidak bagaimana rasanya diri genit ini mengangkat barang banyak ke sana sini...seperti kura-kura barangkali...

hari kedua aku tak terus duduk berdiam,perancangan demi perancangan aku susun rapi...husin dan atabah hala tuju hari ini...tema yang kujumpa sepanjang perjalanan ialah CAIRO nadia punya..
menunggu bas yang tak jua kunjung tiba buatkan diri ini mengambil inisiatif lain dengan menaiki bas menuju ramsis dahulu baru selepas itu menaiki metro(ktm) ke attabah..penat???usah dikira selagi tidak sampai rumah jangan harap tidur menjadi kenyataan....
macam2 pengalaman....ya..walau dengan bahasa ammi yang kadang tunggang langgang namun itu bukan penghalang,biasalah dan nama pun bahasa arab..bukan bahasa ibunda...

dan hari ketiga di kaherah...sekadar keluar ke tempat berdekatan walidain...

dan kini aku di bahrain...yee masih seorang belum berdua..hehhe tapi ada la kawan2 dari medic yang ku kenali sepanjang permusafiran aku ini.
alhamdulillah tahun ini pasti tak dapat aku lupakan...banyask sekali kenangan sepanjang aku eadah ini.
cukuplah bagi ku sekali..moge selepas ini aku najah ala tul dan bisa mengambil pengalaman di negara lain pula...aminnn
banyak...dan banyak sekali angan2 mat jenin yang kuharapkan menjadi realiti...


p/s : pengalaman berniaga pun ada,boleh jadi tokey lah lepas ni...hehhee

09 Julai, 2011

siapa kisah

rasa macam nak pergi satu tempat
yang semua orang tak tahu mana kita pergi
dan kemudian hanya kita yang rasa susah segala..
hidup mati siapa kisahkan??
hanya diri saja yang rasa..
makan ke
minum ke
tinggal rumah atau tepi jalan
siapa kisah???
dan hidup ini pasti sunyi
atau mungkin riuh dengan alam sedia ada
tak siapa kisah
tak siapa peduli
cari kekuatan sedia ada
atau pasrah tanpa usaha
siapa kisah???
tak siapa...
marah
menangis
senyum
ketawa
semua rasa
kongsi dengan alam milik Tuhan
siapa kisah
tak siapa
dunia begitu bahagia diri saja yang rasa
siapa kisah
tak siapa



p/s : siapa kisahkan?????.....
        betullah kawan berkata siapa kisahkan kau....

08 Julai, 2011

onde-onde sayang


Selesai segalanya hari ini,walau keadaan sedikit sesak dari jalan mandarah menuju ke mansyiah.Lupa pula hari ini rakyat Mesir kembali memadukan lagi semangat yang telah lama terbina untuk menegakkan kebenaran dan meminta hak mereka sebagai rakyat disempurnakan..syabas mesir...!!!!

Namun begitu semangat kuih onde-onde ku tak pernah hilang selagi ia tak sampai ke tangan akak iparku.Membuat kuih ini tak susah pun dalam 10 minit pun dah siap..kalau sikit lah...jadi sekejap je lepas zohor tadi tong tang tong tang kat dapur dan akhirnya siap!!alhamdulillah..so apa lagi terus pecut kemas diri dan keluar dengan beg silang pakai baju tak sama warna,kalau kat malaysia mesti dah kena bahan dah ni...heheh

Hari-hari akhir ku di bumi mesir ni,rupa-rupanya baru ku perasaan yang aku sering bergerak seorang ke mana-mana.
Tidak mengapa..cuma kadang-kadang keselamatan sahaja yang dirisaukan aku..mohon doa kalian moge diri ini  selamat dari segala yang tidak dipinta-pinta...:)
Selamat menjamu selera kak long....sedikit buah tangan sebelum pulang ke malaysia...

kalau kamu hanya senyum

kalau kamu hanya senyum
luka ku tak berdarah lagi
sakit hilang dibawa pergi

kalau kamu hanya senyum
bengis wajah bertukar ceria tawa 
senyuma manis aku ganti kerut muka dulu

kalau kamu hanya senyum
hilang arah tiada
berubah hala tuju jelas nyata

kalau kamu senyum
jalanan hidup sukar
takkan ada pada rungut kata 

kalau kamu hanya senyum......
bahagia itu pasti...
kalau kamu hanya senyum....

07 Julai, 2011

simple

kalau cantik just say alhamdulillah....=)








suka semua lagi2 yang dua akhir ni....simple and nice...

kelemahan itu sukar ku bendung

manusia tak ada yang sempurna
itu kata ku
sejak awal penulisan ku
itu juga yang dipesan pada diri ini
macamana pun kita
lahir lemah itu bukan kita mahu
tapi kita akan rasa
ia mengalir sama dengan merah darah kita
kita tak pernah pinta
apatah lagi bangga akan sifat lemah manusia
jadi???
mahu rasa benci sekali pada ia
atau kutuk buruk kamu pada itu

kamu kata kita manusia
kamu kata kita tiada sempurna
kamu kata maaf pada segala
ia...
lafaz tidak sama pada tindakan yang ada
aku manusia
barangkali akan takut pada rasa lemah itu
tunduk tatkala berjalan seorang di dataran luas
tak bisa mengangkat muka
melangkah longlai 
dan tak yakin pada kaki yang berpijak di bumi nyata
mungkin juga rasa lemah itu
menolak aku untuk terus senyum ceria saat dulu kala

kata hati mahu begitu
biar medan tulis aku cerita segala
tapi aku adalah aku
bukan senantiasa ceria
bukan juga bisu tanpa kata
kamu???teman rapat???adik???sedara???
siapa lagi??
bilang saja empunya diri yang rapat pada ku
tak pernah beza pada komen minta mereka
jujur aku bisa sakit kamu semua
maaf pinta aku
malu rasanya
aku tak pernah layak jadi pendengar setia kamu semua
biar diri ini jauh membawa diri
kerna tak ingin luka kamu berdarah kembali
kerna tak ingin air mata sedih tumpah membasahi bumi

ya
mungkin juga keras sifat diri
jadi begini
ohhhh alangkah indah
berjalan
bermain
bernyanyi sendirian
di rumah usang
di atas bukit
di tengah padang luas menghijau
bak kata bapa ku
hidup dengan monyet di hutan
bisa kau ceria mungkin????


p/s : hohohoh...lepas ni nak diam jela....aci tak????huhuhuhu

02 Julai, 2011

Misi pertama berjaya

Baru sudah membeli tiket untuk pulang ke cairo,segalanya berjalan lancar.
Dengan kelancaran berbahasa arab ammi kadang-kadang buat saya tersenyum seketika,memang diakui dengan mengetahui sesuatu bahasa menjadikan kita tidak sukar untuk bergerak ke sana sini walau seorang.
Jadi misi pertama ini berjaya saya tempuh,tak sampai 10minit tiket ke cairo sudah pun bertukar tangan.
Memang saja beli awal,takut-takut nanti ada perkara yang lagi penting hendak dilakukan,dan yang paling utama,adalah saya bergerak seorang untuk misi kali ini,mohon dimudahkan segalanya,lebih-lebih lagi untuk keselamatan diri kecil yang tak tahu molek ke tidak...

P/s: berani,yakin,banyak bertanya dan doa...kita ada yang memegang..Allahu robbi..mustahil bagi kita tidak bagi Dia..

Kawan-kawan doa juga kak long saya..moga sentiasa dibawah jagaan Allah..amennn

01 Julai, 2011

ammu sur'ah mumkin!!ana mutaahhor..ammu sur'ah mumkin!!ana mutaahhor..

sebenarnya masa tengah menaip sekarang ni,saya berada di depan kedai ammu(pakcik) untuk membeli firoh mashywi..masa keluar rumah dah pukul 7malam,asalnya nak keluar awal sikit tapi disebabkan ada study group jadi nak tak nak kena juga keluar terlajak dari perancangan asal.. Kelam kabut keluar rumah,dalam perjalanan tadi di fikiran ni penuh dengan pilihan yang perlu dibuat,antara hadralmaut atau firoh masywi..jadi akhirnya selepas bergaduh bertumbuk dalam benak ku ini,saya pun akhirnya meneruskan perjalanan yang da tak rupa apa ni menaiki tremco terus ke assofirah,katanya firoh masywi di sini besar dan sedap.
Sampai saja ke tempat tersebut saya menyatakan hasrat meminang anak daranya..ingatkan boleh kejap tunggu,tapi tak mahunya..paling-paling pun setengah jam ini..dah cakap dah dengan ammu,ana mutaahhor lakin ammu cakap tadi ba'da iznik,usolli(minta izin aku nak solat dulu) memang macam aku buat muka sikit tapi dengar je dia nak solat terus aku kata ok!! Lembut terus hati dengar sebab dia nak solat..so selepas beberapa minit,ammu pun datang..jadi sekarang ni dia tengah sambung bakar dan saya terus menunggu anak daranya bergolek-golek diatas api..

P/s: korang doakan saya selamat sampai ke rumah kak ipar..(takut terserempak ngan ustaz,malas kena bebel)..hehe,jahat kan saya

29 Jun, 2011

harap doa kamu

aku kira pasti banyak sekali limpahan air mata jatuh saat semua pulang dari kuliah sebentar tadi...susah sangat ke soalan????
aku tak tahu bagaimana hendak digambarkan...bukan tidak berusaha..tapi...entah,
ketika menjawab,dua kali telefon ku bergetar,dalam hati berkata..itu pasti abuya..tak apa la biarkan dahulu sehingga aku betul selesa menjawab...berfikir dan terus menunggu idea tapi tak jua keluar..aku buntu..apa yang dibaca bagai hilang dan..........ya Allah

dalam perjalanan balik segera tangan ku menaip pesanan ringkas kepada ayahanda di malaysia..
"salam,abuya sori tadi kakyah tengah exam.sekarang baru habis..tak tahulah macamana..takut sangat,doakan ya moge najah dan diterima..."
terus tanda send ditelefon aku tekan..
tak sampai berapa minit report mengatakan mesej yang kukirim selamat sampai..pasti abuya tengah membaca barangkali,dan sekarang aku hanya menunggu deringan telefon berbunyi tanda ayahanda tersayang mahu tahu akan keadaan aku.

selesai beras ku beli di markaz mandarah (tempat budak-budak malaysia berkumpul),getaran seiring dengan lagu di dalam beg buruk berwarna hitam berbunyi...
abuya..salam...terus berbual kami anak beranak...

ku nyatakan kerisauan yang tak terhingga...aku takut sekali,takut terkecewakan mereka,walau bukan itu yang dipinta...yup..masih punya doa untuk diusahakan...itulah pesan terakhir oleh abuya tadi,dan abuya menyarankan untuk fokus pada madah lain...dan akhirnya salam aku pada mama ku nyatakan..dan lafaz assalamualaikum tanda berakhirsudah perbualan ringkas kami,,pasti sudah lewat malam disana bisik hati kecil ini.. .

dan aku kembali berjalan longlai..lemah rasa diri ini...
bagai bukan kaki ini yang bergerak..

faiza azamta fatawakkal alallah....
wamakaruwamakarallah...wallahu khoirun makirin....




p/s : kawan doakan ya najah semua madah...sangat berharap doa kamu semua....aminnnn

26 Jun, 2011

kurang mengerti

hari ni aku tak mengerti..
banyak sangat persoalan timbul
sampai rasa seolah
aku ingin pergi di tepi laut
biar ku muntahkan segala disana
atau mungkin
biar aku pergi ke tempat air terjun yang tinggi
bisa aku lompat dari atas melepas segala
atau ingin sekali ditinggal di padang pasir
biar seorang diri megembara
andai mati tiada siapa yang tahu
mungkin itu lebih baik
tapi
ku kenang sekali lagi
aku manusia penuh dosa
ku kenang kembali
hadis nabi pada 3perkara yang membantu manusia
saat hilang tiada bernyawa di dunia
ilmu yang bermanfaat
sedekah
doa anak soleh
huhhh
ilmu yang aku ada apalah sangat
sedekahku rasanya apa boleh buatku tersenyum???
atau punyakah aku anak soleh bisa doa buat aku..
lemah.....
aku makin kurang mengerti
biarlah
biar pergi dan terus hilang akan rasa itu

24 Jun, 2011

bosan....

nota yang comot lagi comot dan comot....tapi inilah yang dibawa kemana-mana...sampai jadi kertas apa sudah...minyak kapak merawat pening yang datang masa exam syafawi hari tu,,,nasib ada,kalau tak kena letak minyak masak saja lah....dan pensil itu adik punya,masa diorang g indonesia sambil-sambil kemas nak balik mesir, tak sempat beli pensel lain dan tangan terus laju je ambil diorang punya
 bila da bosan study inilah yang jadi.....hohohohohohho 
layan komik kadang-kadang dapat hilangkan tension....
 


kemudian baring dan berehat di bilik sepah siapa entah ni...tapi nampak la perempuan punyakan sebab warna pink..tapi lelaki pun ada bilik warna pink kan...kan...kan...??????


sambil makan puding coklat yang tak berapa sedap...(tak boleh kahwin lagi.:(..hahahah)




p/s: macam teringin makan agar-agar mishmish(apricot)..jom beli buah then buat petang ni ok????

soksek soksek sana sini

soksek..soksek,...
sana sini
orang berkata
baik kata kamu
sopan cara kamu
lembut langkahan
tapi tegas dalam pilihan

soksek...soksek..
sana sini
orang juga bicara
tentang kamu
singkat kain tubuh kamu
kasar cara kamu
buruk tutur kamu
langkahan apa lagi

soksek...soksek...
sana sini
semua bual apa???
zahir kita
atau batin tiada???

peduli soksek soksek manusia
jadi kamu apa mahumu...
kita bicarakan soksek soksek kita
semalam
hari ini
sekarang
namun esok belum ketahui...

22 Jun, 2011

usah lena adikku

buat adik-adik diluar sana
belajar sungguh-sungguh
pertama niat kamu untuk agamamu
kedua harapan ibu bapa yang menggunung
lain-lain untuk kesenangan kamu

muda umur kamu
semangat jiwa baru yang datang
usah kau terlepas pandang
itu pendorong tiap kekuatan yang datang
usah terlena
dek kesenangan sebentar
tapi bayangan panjang pada gembira yang akan kunjung
sekira engkau bersabar sebentar
itu lebih baik
percayalah adikku
kataku ini kau pasti ingat
bila mana 5 tahun yang mendatang
kau baca semula puisi nasihat aku ini


usah lena adikku.......

21 Jun, 2011

Maryam,Yusuf,Luqman



Anak anugerah Allah yang saya kira ia mampu mengubah kehidupan suami isteri ke arah lebih sempurna.Perkahwinan itu saja sudah sempurna,apatah lagi ditambah dengan tangisan dan tawa anak-anak pasti lagi menggamit suasana.

Namun mendidik anak-anak itu perlulah dari mereka kecil lagi,bak kata pepatah mendidik anak seperti mengukir diatas batu,ukirannya takkan hilang dek hujan dan panas yang sering menyinggah.Jadinya alat untuk mengukir itu perlu betul dan sesuai dengan ukiran tersebut.

Permulaan yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik, begitu juga bagi si ibu tatkala membawa budak,atau mengandung,digalakkan agar sentiasa menjinakkan diri serta mendekatkan diri kepada amalan-amalan yang memberi impak yang baik kepada janin yang bakal menjadi manusia luar biasa insyallah itulah harapan semua ibu-ibu.Walau ibu itu barangkali biasa saja.Tetapi katakan pada saya siapa yang mahu perkara yang tidak baik terjadi pada kandungan yang dibawa kehulur kehilir itu???

Oleh itu islam sendiri telah menggariskan beberapa jalan antaranya mempertingkatkan amalan berzikir.Islam itu sempurna dan tiada yang lebih sempurna melain dia.Maka cara hidup Islam itu melengkapi segala apa yang kita inginkan.

Diturunkan al-quran itu sebagai panduan dan sunnah itu sebagai contoh yang lebih dekat untuk kita ikuti.Banyak sekali surah-surah yang menceritakan kisah-kisah nabi terdahulu.Dan disini saya senaraikan beberapa surah sebagai panduan kita bersama untuk kaum-kaum ibu (walaupun gelaran ibu itu lambat lagi mungkin untuk diri ini).....

1) Surah Al-Fatihah : Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2) Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat.

3) Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yg cerdik akal dan cerdik jiwa.

4) Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yg cantik rupa dan cantik akhlak.

5) Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

6) Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat.

7) Surah Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara drp maksiat.

8) Surah an-Nahl : Untuk melahirkan anak yg berdisiplin



Surah yang dinyatakan boleh diamal dengan berperingkat atau disusun mengikut kesesuaian diri ibu-ibu.Andai tidak mampu tiap-tiap hari untuk diamalkan,mungkin dalam seminggu pasti ada mulut kita melazimi akan ia.Disamping kita membaca terus dari mulut barangkali dengan menggunakan teknologi yang semakin canggih mampu membantu agar pembetukan janin itu sentiasa dalam jalan yang baik dan diredoi Allah insyallah.

Peringatan ini bukan sahaja saya khususkan untuk ibu-ibu mengandung,malah sebagai peringatan kita bersama.Persediaan yang boleh kita lakukan sebagai manusia yang bergelar wanita,kita boleh mula menghafal surah-surah seperti surah Maryam,Luqman dan Yusuf.Supaya sekurang-kurangnya kita tidak akan terasa berat ketika mengandung.Contohnya sambil menunggu giliran untuk bertemu doktor kita boleh membelai perut yang semakin menuggu masa dengan bacaan suci A-Quran.Kemana kita pergi walau tanpa Al-quran di tangan tetapi kita sudah meletakkan surah ini didalam diri.Bukankah ia akan memudahkan lagi gerak kerja melahirkan baby yang cantik.kacak dan pandai dan yang paling penting melahirkan pemuda untuk menegakkan agama islam...insyallah....

p/s:walau sebenarnya sukar diamalkan..manakan tidak untuk baca bismillah tiap-tiap awal pekerjaan pun payah..huhhh muhasabah bersama..


20 Jun, 2011

akal waras

manusia tidak dapat tidak,pasti punya otak,akal,dan hati.Ketiga-tiga ni sangat berkait rapat dalam menghasilkan sesuatu keputusan selain dibantu oleh deria yang lain,seperti mata,telinga,lidah,hidung,dan apa entah lagi satu.
Jadinya kesemua yang dinyatakan mempunyai fungsi masing-masing walaupun kadang-kadang tanpa kewujudan salah satu dari deria tersebut kita masih lagi boleh hidup didunia ini,cuma mungkin hanya akan melambatkan proses pekerjaan.Misalnya seorang manusia yang cacat matanya,masih lagi boleh berjalan dan bergerak ke sana dan ke sini dengan menggunakan alat bantu yang lain,cuma seperti yang saya katakan tadi pergerakan mugkin tidak selaju manusia yang cukup fizikalnya
Kelemahan fizikal bukan suatu masalah yang besar untuk meneruskan hidup dan menjadi hamba yang taat kepada sang pencipta yang satu iaitu Allahurabbi,tetapi kehilangan akal yang waras sangat-sangat memberi kesan kepada individu dalam menjalani kehidupan yang sangat mencabar masa kini.
Beza kita manusia dan haiwan hanya pada akal,namun akhir-akhir ini banyak sekali manusia seolah-olah hilang anugerah yang satu milik tuhan abadi iaitu akal yang waras.
Kita katakan kita manusia,tapi perlakuan kita tak ubah seperti binatang tatkala megawan,kita katakan kita punya akhlak tapi kasih sayang kita kadang-kadang patut kita tunduk malu pada ibu kucing kepada anaknya.
Allah berikan otak untuk kita berfikir sesuatu agar menjadi khalifah contoh dimuka bumi,namun otak itu perlu bergabung dengan hati yang sentiasa mendahulukan penciptanya dalam apa jua sekalipun,dan kata akhir dalam sesuatu permasalahan perlulah ditentukan dengan akal yang waras supaya hasilnya yang utama sekali ialah redo pencipta pada kita dan kemudiannya moga memuaskan hati manusia yang lain..wallahualam....

19 Jun, 2011

ustazah rainbow


suara serak...

biasalah tu..kali pertama mengajar..lagi-lagi mengajar darjah satu,memanglah suara kalau tak hilang tak sah
dan yang paling dimusykilkan lagi ialah.kenapa bila jerit tadi suara ni macam tak ada..errr memanglah...
takpelah dugaan namanya...seronok tapi geram.....budak2...nasib comel....

gelaran untuk kali ni,ustazah rainbow.....hohoho

ustazah rainbow

suara serak...
biasalah tu..kali pertama mengajar..lagi-lagi mengajar darjah satu,memanglah suara kalau tak hilang tak sah
dan yang paling dimusykilkan lagi ialah.kenapa bila jerit tadi suara ni macam tak ada..errr memanglah...
takpelah dugaan namanya...seronok tapi geram.....budak2...nasib comel....

gelaran untuk kali ni,ustazah rainbow.....hohoho

17 Jun, 2011

ustazah rainbow

suara serak...

biasalah tu..kali pertama mengajar..lagi-lagi mengajar darjah satu,memanglah suara kalau tak hilang tak sah
dan yang paling dimusykilkan lagi ialah.kenapa bila jerit tadi suara ni macam tak ada..errr memanglah...
takpelah dugaan namanya...seronok tapi geram.....budak2...nasib comel....

gelaran untuk kali ni,ustazah rainbow.....hohoho

12 Jun, 2011

jauh

jauh
kita makin jauh
kamu kutub utara
aku kutub selatan
jauh
kamu di atas langit tinggi
aku di bawah lautan
jauh
kamu mencerah seputih-putihnya
aku makin gelap sehitam-hitamnya
jauh
kamu besuara ceria
aku diam membisu
jauh
kamu ketawa riang
aku sunyi tanpa kata
kita makin jauh....
jauh...
jauh...
dan akhirnya jauh....

10 Jun, 2011

kunci mana kau menghilang

Suatu petang selepas waktu persekolahan,Cikgu Ismail meraba-raba dalam poketnya mencari kunci kereta.Sambil mencari sambil itu juga dia mendengar leteran Cikgu Rohana mengenai sikap pelajar di sekolah menengah tersebut.

Sejak akhir-akhir ni,pelajar di sekolah tersebut sering kali melakukan masalah yang hampir saja memeningkan guru-guru di situ.Setakat melanggar peraturan sekolah itu biasa sekali dilakukan malah yang terbaru masalah sikap degil mereka yang tidak mahu mendengar kata.

Cikgu Rohana : Cikgu tak boleh bersikap begitu dengan murid-murid,dia orang tu memang macam tu.Tapi kita mesti kena ada cara,baru budak-budak boleh berlembut dengan apa yang kita sampaikan,kalau salah caranya maka makin keraslah hati mereka nak ikut segala ajakkan kita.Benda baik ni,kena guna psikologi cikgu.

Cikgu Ismail: Alah Cikgu,dia orang tu memang degil susah nak dengar kata,(sambil tangan mencari-cari di dalam beg pula)

Cikgu Rohana : Iya,betul apa yang cikgu katakan.Tapi sebelum kita meletak hukum pada mereka.Kita patut kaji dahulu mengapa mereka jadi seperti itu,mungkin saja permasalahan yang barangkali kita sendiri tidak tahu..mesti ada kunci penyelesaian dalam masalah mereka ini.

Cikgu Ismail : Kunci apanya Cikgu Rohana???Kunci kereta saya yang tak jumpa-jumpa lagi ni...(sambil menambah lagi) dah mereka memang susah nak dengar kata.Budak-budak zaman sekarang tak macam dulu.Susah betul nak dididiknya.

Cikgu Rohana : Jangan macam tu cikgu,apa tugas kita sebagai guru...??kalau tak kerana untuk mendidik mereka,bukan takat mengajar tapi perbetulkan akhlak buruk mereka kearah kebaikan.Cikgu,mana ada manusia yang lahir-lahir terus sempurna.Semuanya belajar,belajar menjadi yang terbaik..baby pun merangkak ni kan pelajar yang dah tahu berjalan tinggal arah mana yang patut mereka ikut..dan kitalah yang kena tunjukkan jalan dan arah mana yang betul cikgu.

Cikgu Ismail : Alah cikgu sama je...haishhh mana pula kunci saya ni...(membebel seorang diri)

Cikgu Rohana : Cikgu cari kunci ke???

Cikgu Ismail : A...ah la dari tadi saya cari kunci kereta ni,tak tahu mana hilangnya...haishhhhh

Cikgu Rohana kemudian membuka beg tangannya.tak sampai 5 minit.......

Cikgu Rohana : Nah cikgu,ni dia..(tangan yang memegang kunci kini bertukar milik)

Cikgu Ismail : Eh mana kamu jumpa kunci ni !?

Cikgu Rohana : Saya jumpa kat bilik guru tadi....lihat cikgu penting tak kunci ni untuk buka kereta yang terkunci rapat tadi????

lama mendiam baru beliau bersuara
Cikgu Ismail : emmmmm..nanti kita bincang kemudian la ye....(sambil menahan malu dari perli yang hampir saja memakan diri)

cikgu rohana : baiklah...assalamualaikum cikgu...

cikgu ismail : walaikumussalam...

09 Jun, 2011

aku tak pandai..tapiiiii


"aku tak pandai"
ohhhh itu lah ayat yang aku ungkap dalam hati kemudian aku menyambung lagi
"tapi aku ada usaha dan aku ada otak dan akal untuk berfikir"
makanya sebentar lagi aku akan menghantar baju yang siap aku potong dan aku reka sendiri walau pada asalnya aku sekadar mahu jadikan ia baju yang biasa-biasa saja,tapi disebabkan tersalah potong jadinya aku tambahlah jadikan baju yang lain sikit.
kemahiran???huhh memang dari segi kemahiran aku tak ada la dalam bab-bab menjahit ni..tapi minat aku untuk mereka sesuatu buat aku tahulah siki-sikit nak mereka dan menjahit baju sendiri.
kebetulan pula mama pun jarang menjahit kat rumah yang ada hanya mesin jahit hadia dari mana entah.

dengan keadaan di luar negara ni nak dapat sesuatu baju yang kita minat sangatlah susah,yang ada hanya jubah..jadi aku ambil inisiatif buat sendiri.
ligat juga otak nak fikir cara terbaik untuk mengukur baju di badan sendiri..hohoho
cuma untuk menyempurnakan lagi kerja ini aku perlu kepada tukang jahit,disebabkan ketiadaan mesin jahit..
hohohoh so awak semua doakan ye ciptaan baju yang tak berapa ni menjadi...
manalah tahu suatu hari nanti dapat buka butik sendiri ke..uwwww heeee

07 Jun, 2011

PAU

pau yang bakal di kukus

aku yang buat tapi tangan anis yang luka???ohhh mengapakah???


dan akhirnya..siap pun walaupun tak la sedap mana,sebab aku memang tak suka inti kelapa..tapi ala kulli hal ahli bait semua suka pun dah kira ok la sekalipun anis kata juzhin tersebut melekat kat gigi lol...hehehe
lain kali aku buat inti kentang tak pun sambal ikan bilis..ada best tak???
so pau pun tengah bermain di atas api sekarang ni(dipanaskan)
selamat bersarapan semua.....yang nak menjawab exam pagi ini aku doakan yang terbaik tuk awak semua ye....