07 Januari, 2011

~Yang kecil jangan dipandang enteng~

Pagi ini selesai tanggungjawab sebagai hamba aku laksanakan..
Aku mulakan dengan bacaan surah yasin di teruskan dengan bacaan asma ulhusna..
M0ge dengan banyaknya puji-pujian kepada ilahi,
Memberi lebih barakah kepada diri ini..aminn
Termenung seketika apa yang telah aku bacakan pada ayat lepas geram 0leh rakan-rakan di facebo0k,
Selepas membaca aku pula yang jadi panas..
walaupun cuaca di sini sudah mula menunjukkan ragamnya..sejuk tak terkata..rasa macam genggam ais bila ambil wuduk..

Agak terkilan aku pada frasa kata yang digunakan..
Sangat tidak sesuai dan jauh sekali dengan mereka yang bergelar mahasiswa..
Atau mungkin b0leh aku samakan dengan mereka yang tidak menuntut ilmu..
Bukan mahu katakan diri ini yang terbaik..
Tidak sama sekali..
Malah banyak lemahnya pada diri ini..
Mari sama2 kita k0reksi diri..
Adakah sudah sepenuhnya ilmu yang kita pelajari dipraktikkan...??
Atau adakah akhlak kita melambangkan kita se0rang muslim??
Astagfirullahalazim...
Ampuni d0sa2 ku ini ya R0bb...

Kalau kiranya kempen budi bahasa budaya kita di malaysia dilaksanakan..
Aku b0leh katakan ia tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya..
Apa tidaknya..
Andai mereka yang tua begini..
Apatah lagi anak2 kecil..
Mari teman..
Mari kita k0reksi diri..
Muhasabah kembali..
Azam kita pagi ini..
Agar akhlak ini dpt mencerminkan siapa muslim di mata dunia..
Zahirkan indahnya islam pada akhlaknya..
Insyallah..
Sejuk mereka yang memandang..
Tenang hati yang melaksanakan..

Nasihat kecil jgn dipandang enteng,
buat diri yang kerdil,hina lg dina ini...
Cantikkan akhlak ku ya Allah..aminnn

06 Januari, 2011

mudah@susah

setiap perkara yang kita ingin lakukan ada halangan dan cabarannya masing-masing.
mungkin susah dan mungkin sebaliknya.ada diantara mereka yang gemar akan sesuatu yang mencabar,dan ramainya memilih sesuatu yang senang serta mudah untuk dilakukan yang paling penting istiqomah.

ya istiqomah.suatu yang sukar untuk dilakukan kerna perlu berterusan dengan suatu perkara dan melaksana dengan penuh semangat seperti pertama kali kita melakukan perkara tersebut..huhh
tuhan sendiri menyukai perkara yang sedikit tetapi berterusan.
bandingkan perkara yang banyak tetapi tinggal di tengah jalan dengan perkara yang sikit namun lama-kelamaan menjadi bukit..

berbalik semula tentang tajuk kali ini,mudah atau susah???
mudah atau susah untuk kita memberi nasihat???
dan mudah atau susah untuk kita menerima nasihat tersebut???
emmm...untuk soalan pada memberi nasihat pasti ramai antara kita yang meberi jawapan ya..
dan tidak pada menerima nasihat....

persoalanya disini mengapa senang dan susah??
senang disebabkan mulut lebih senang memberi dan telinga begitu sukar untuk menerima..
bak kata kawan2 di sini telinga yang medengar lebih dekat dengan mulut yang berkata2...
yee give and take adalah peraturan disini...
jangan mudah menerima tanpa sukar untuk memberi...
jika disentuh didalam sesebuah perhubungan andai kita hanya menerima tanpa memberi yang terbaik buat pasangan kebarangkalian pemasalahan akan wujud dan membawa kepada masalah yang lebih teruk..
teringat kata ustaz hasrizal erti hidup pada memberi..
katanya ayat ini bukan slogan tapi lebih kepada pegangan hidup..ye..memberi itu lebih sukar untuk di lakukan..

didiklah diri dengan memberi kerna dari situ kita mendidik diri yang keras agar menjadi lembut,
mendidik hati besulam cinta ilahi..
mendidik pemikiran agar sentiasa lurus dijalannya..
aminnnnn...


p/s:pesan buat diri...

03 Januari, 2011

~buat kamu~

hidup bukan ingin akan sedih berlarutan
tapi ingin tawa panjang di bibir sang tua
benci akan satu rasa yang menyakitkan
gembira rasa sayang di hati
cemburu lihat camar terbang tinggi
mahu diikutkan akan lari laju sang kuda
agar dapat pergi jauh pada sebuah ketenangan
meninggal segala apa pada angin yang dilalui
tapi dia bukan lain
dia adalah dia
bermimpi akan seribu satu mimpi
kekal jua dia yang sejati
walau cemburu pada rasa berani sang harimau
ketua bagi segala makluk ilahi
hatinya tetap sebaik rusa pabila dipandangi
memandang biru si langit pagi hari
dia pasti akan sebuah damai yang abadi
cuma perlu setabah cara berjalan si kura2..
lambat itu bukan lembap
tapi saingan yang stabil pada diri..
moga lambat pada itu
bisa die memandang hari ini lebih baik dari hari2 semalam
dan yakin itu buat dia terus melangkah
tanpa berharap pada gembira duniawi
kerna dia yakin akan ukhrawi yang menanti....