06 Oktober, 2012

tangisan itu kekuatan diri

Bila mengenangkan diri ini bakal sendiri apabila di mesir nanti,saya kira itu perkara yang paling sakit dan pedih serta sedih bersangatan yang mahu tidak mahu saya perlu hadapi.

Menjalani kehidupan seharian tanpa siapa menemani pasti seolah di dalam dunia yang makhluknya tidak mampu melihat diri ini.

Barangkali mudah untuk yang memang terbiasa menyendiri,tapi buat saya yang suka mengusik,bergurau dan riuh sana sini...oh suatu yang mustahil!!!

Pasti air mata penguat diri bakal membanjiri bandar cantik iskandariah ini.

Masalah diselesaikan dengan ilmu,dan saya berhadapan dengan perkara itu.
Tidak mudah namun bukan mustahil...kata teman yang berjaya menggenggam segulung ijazah pada tahun ini pada saya,tidak merancang adalah merancang untuk gagal!!ohh

apakah saya sekarang telah merancang untuk gagal??tiada jawapan untuk itu..yang ada hanya saya perlu hadapi segala masalah yang mendatang walau dengan air mata yang mencurah-curah kerana itu saja penguat diri yang sememangnya lemah ini!!

-Allah aku ada engkau dalam menghadapi masalah ini aminn-

05 Oktober, 2012

Tiap-tiap hari motivasi

Bangun pagi mandi,solat,siap ke tempat kerja,rehat,solat,sambung kerja lagi,solat lagi,pulang ke rumah,uruskan diri solat,makan malam,solat dan tidur.
Inilah rutin seharian tatkala bergelar pekerja,dan saya kira saya masih gagal menguruskan diri dengan baik.

Banyak sekali perkara sunat yang patut dilakukan tidak terbuat,sedang mampu saja diri ini untuk mencuri masa yang sedia ada,emm mencuri masa untuk melakukan kebaikan betul ke???

Jadi selepas beberapa bulan berlalu kesimpulannya,saya gagal merancang dengan baik walau tidak secara kesuluruhan tapi ada sedikit tercicir.

Ya,malu dengan diri tapi lebih malu dengan sang pencipta alam.

Masa kecik abuya sering cakap,kenapa tak solat waktu saya bangun pagi.Kalau tak silap waktu tu kecil lagi,akai pun tak dak lagi bak kata orang kedah.Jadi banyak buya nasihat,cakap yang kita ni rezeki Dia yang bagi,makan pagi cukup,tengahari,petang,sampai malam,jadi tak layak diri kita untuk tidak bersyukur.astagfirullahhh...itu masalah buat diri sebenarnya bila diri tidak menzahirkan kesyukuran yang sebaiknya kepada Dia

Kata Prof Dr Muhaya,masalah diatasi dengan ilmu.Bila ada ilmu masalah selesai,bila masalah semakin banyak maka perbanyakkanlah juga ilmu nescaya,masalah dengan sendirinya terhapus.

Oleh itu hiasilah sebanyak yang mungkin kalam-kalam pembangkit semangat.Kata-kata nasihat,dan ayat pembangun diri disamping kekuatan diri yang kamu ambil dari ayat suci al-quran.

Jika tidak banyak jangan tinggal yang sedikit.

Dengar dan amal pasti senyuman indah terlahir di bibir anda....:-)

02 Oktober, 2012

makin dewasa

seseorang itu mungkin dikira lebih layak memberi pandangan apabila telah menghadapi sesuatu perkara.Dalam beribu masalah yang mendatang tetap dihadapi walau bagaimana keadaan sekali pun,dan itulah yang dapat mematangkan diri.

Dibenci dek sikap dan disiplin yang kurang,dan dibantu dengan kelemahan diri yang tidak dipinta bukan alasan untuk mereka menghina tetapi tanggungjawab untuk membetulkan dan tunjuk ajar mana ya kurang.

Ya,mungkin ada yang tersilap langkah kala membetulkan sesuatu yang telah  tersasar dari jalannya,sedang kita sendiri seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan.Tapi berkata di belakang adakah dapat menjernihkan keadaan yang semakin pudar...

ya Allah andai benar aku dijalan yang betul kuatkan aku,andai tidak maka betulkan aku,dan lembutkan hati ini agar dapat menerima teguran dariMu itu aminnn