27 April, 2011

bila rindu itu datang


alhamdulillah sejak akhir2 ni aku sibuk dengan perkara yang mendatang..
sampai terlupa hendak menghubungi mereka yang merindui di mesia..berdosa rasa buatkan mereka merindui aku di sini....
sebenarnya bukan aku tidak cuba menghubungi namun tatkala aku cuba untuk mendail saja pasti panggilan aku seolah-olah tidak disambungkan ke sana..tidak tahu apa masalahnya...
mungkin masalah internet atau laptop comel ku ini yang bermasalah..apa2 pun segalannya selesai kini..

mula-mula aku yang baru sahaja selesai kelas bahasa sambil berjalan pulang menuju ke rumah mula mencari-cari telefon bimbit lama lagi buruk kepunyaan ku di dalam beg untuk melihat kalau-kalau ada yang menghubungi ketika aku di dalam kelas...
ternyata tekaan aku tepat sekali..
di paparan telefon k530i sony ericsson ini terpampang satu pesanan ringkas....sebelum menekan papan kekunci bagi membolehkan aku membaca siapakah gerangan yang memberi pesanan ringkas itu..
sambil di benakku mula berteka-teki...di sebelah jantungku seolah2 berdegup kencang bagai menanti suatu jawapan yang terlalu penting...

mula tangan ku bergerak pantas....aku terdiam lama......
sekali baca..hanya yang aku ingat k.long dan abuya..kemudian aku baca lagi....pesanan itu berbunyi begini...

nama tertera : kak long

"salam,kakyah dear..td abuya call kaklong.pastu abuya tnya knp susah nk call kakyah..nnt free,kakyah call buya k. =) Abuya dah rindu.

yeee..dalam hati ku membalas..kak yah pun rindu buya..
banyak kali cuba menghubungi namun bila harapan yang menggunung di balas dengan usaha yang tidak berjaya,aku makin mengalah..namun bila ayah dan ibu ku sudah mula berkata begitu aku tidak boleh terus membiarkan tanggungjawab ku pergi tanpa apa2 tindakan...

pulang saja ke rumah terus aku mengadap laptop buat apa yang sepatutnya...dua tiga kali mencuba tapi masih tetap sama....
kecewa!!!!!

namun rindu yang memuncak kali ni membuatkan aku tekad untuk terus menerus mencuba,dan aku yakin kalau-kalau doa hambanya itu akan dikabulkan..
akhirnyaaaaa
aku berjaya...
alhamdulillah sempat aku bergurau senda dengan buya dlm bahasa arab...heee kali ni agak laju juga..walaupun terselit sedikit tahfit syuaiaa ammu oleh abgku yang pertama...hampehhh!!!!
walau tidak lama sekurang-kurangnya perbualan ku kali ini memberi senyuman yang penuh bererti bagi aku abuya dan mama barangkali...alhamdulillahhh

aku ingat segala nasihat abuya..yeee ilmu perlu penuh di dada..dan tuntut segalanya demi Allah..bukan kerna pekerjaan!!!hemm....syukran lillah ya abuya....love u mama n buya...kamu tetap pendorongku...

alhamdulillah rindu itu terbalas.....

26 April, 2011

impian semua...


sejak akhir2 ni aku sering lihat di laman fb tentang info wanita ni..
banyak sangat..
tentang wanita solehah.
wanita idaman,
isteri solehah..
dan macam2 lagi..
pasti setidak-tidaknya akan dibuka oleh ramai manusia yang mahu melihat akan ia..
biasalah benda2 tentang hati dan lebih2 lagi tentang wanita..
siapa yang mahu rugi melepaskan peluang dari membaca kan.?????.

apa yang aku mahu katakan..
hanya satu
tiap kali terpandang tajuk mngenai wanita
otak dan akal ku mula memproses satu perkataan..
iaitu mampukah aku???
huhhh...bukan senang untuk menjadi..
wanita solehah
isteri solehah
ibu mithali

syarat pertama-tama sekali perlu ada ialah..
hati..badan..semuanya sudah kita serahkan pada Allah..
maknanya bila kita dah serah pada Dia..
segalanya akan kheirrr insyaallah
selagi kita faham makna serahkan pada Dia itu..

kedua mahu tidak mahu
kita kena sabar..
yup sabar...
bukan semua ada sifat sabar yang kuat taw..
ok..now kita bayangkan..
kalau kita remaja pun tak dapat sabar dengan kerenah kawan2 inikan pula mahu melayan sifat manjanya seorang suami dan anak2...
lagi2 bagi mereka yang bekerja,Mereka yang berkerja ni lagilah penat,kerja di dua tempat.
pertama di tempat kerja....
fail2 dokumen jadi barang mainan
kena marah dengan bos tu benda biasa
ditambah lagi dengan sikap kawan sepejabatyang berbagai..hemmm
semua memeningkan....
dan kedua di rumah..
siang berpenat lelah di pejabat
pulang ke rumah selesaikan segalanya tentang keluarga..
baju perlu dibasuh..
makanan perlu di hidangkan..
tempat tidur perlu dikemas..
rumah perlu di bersih..,.
anak-anak perlu diberi perhatian...
warghhhhh!!!mampukah????

dan ketiga untukmu apa sahaja!!!
bukan dengan kekasih je malah dengan anak-anak..
anak-anak tahu jelah mulut senantiasa ada soalan..
hari ni soalan lain..
esok lain pula..
kalau tak ada soalan mesti aduan yang menjadi bualan.....
hahahha...
tak percaya?????cuba kawin dan rasa sendiri..(macam dah kawin je,,heee pengalaman adik ramai)

keempat cari sendiri........................

hemm...itu sedikit gambaran kecil aku untuk mendapat gelaran wanita solehah...kerna apa???
kerna bukan semudah itu untuk mendapat gelaran dan hadiah atas segala pengorbanan yang di berikan...
taat dan patuh..????huhhh mudah sekali lidah menutur segala tapi berat bahu mahu memikulnya...
doa aku moge gelaran itu layak buat ku...
walau terpaksa berkejaran seribu batu...
walau tangan ku dulunya lembut bakal bertukar kasar...
walau muka cerah bertukar kusam...
aku akan cuba...
segalanya akan aku alami....
masanya akan tiba..
wahai muslimah sekalian....
kalau fatimah anak kesayangan nabi juga mahukan pembantu dalam mengurus hal rumah tangga
inikan pula kamu wanita biasa yang tiada apa-apa..
tapi kerna kau mampu akan itu...
jadi kamu dilahirkan sebagai wanita..
mampu menanggung segala..
kamu ibu dan ayah....
anak akan sunyi tanpa kamu..
suami tidak tenang andai berjauhan dari kamu..
bahagialah kamu...
kerna bahagia akan datang selepas jalan yang susah lagi sukar itu kamu lalui....
kamu mamapu akan itu~~~~~~~~~~~~

19 April, 2011

kerna badan kamu punya hak akan itu...


alhamdulillah.pagi ini masih diberi nikmat oleh Allah pencipta sekalian alam untuk bernafas dan menjalani kehidupan sebagai hambanya di muka bumi ini.
usai solat dan membaca quran..perut ku terus terasa lapar..biasalah pagi-pagi begini..burung-burung pun keluar berkicauan mencari makanan tanda perut perlu di isi((walhal tiada kene mengena),inikan kita manusia yang banyak tugasnya...

jadi terus aku menuju ke peti ais..mengintai apa yang ada..hemm
lama aku mencari apa yang enak untuk di jamah..sementara mataku mula menular ke sini sana..kanan kiri atas bawah depan semua ku lihat namun harapan untuk menemui makanan yang sedap lagi enak tiada..
dalam peti ais yang berhawa sejuk lagi dingin mustahil akan ku untuk menemui nasi goreng panas...apatah lagi untuk menjamu mataku dengan ayam bakar segala..hampaaa!!!

akhir sekali selepas puas melayan hati yang sedikit kecewa,tiba-tiba aku teringat akan bungkusan semalam yang dibeli di fathallah..kalau kalian ingin tahu fathallah adalah tempat penduduk di sini membeli barang..seperti econsave juga..barangnya banyak dan harga juga berpatutan(bukan promote ea..)

aku panjangkan tanganku mengambil bungkusan yang berisi zaitun...sedap walau agak masin..aku pelik juga kenapa begitu masin zaitun di sini sedangkan ketika kecil,aku makan rasanya tidak begini..mungkin juga jawapan yang sepatutnya adalah kerana arab di mesir ini suka sesuatu yang masin..
jika dilihat jeruk2 yang ada sangat masin dan begitu sangat berbau cukanya...pelajar2 malaysia yang disebelah perempuan hampir 90% tidak menyukai jeruk begini..tetapi aku yang tidak kisah kadang layan juga jeruk lobak..sedap!!!

sebelum tangan ku menyuap 3biji zaitun ke mulut ku ini,aku mulakan dulu dengan susu di campur madu  beserta bacaan bismillahirrahmanirahim moge segalanya diberkati tuhan..aminnn,
aku sendiri tidak menyukai susu,baunya amat mengasyikkan sehingga membuat ku muak akan ia tapi demi tulangku ku gagahkan jua minum dan pintaku moge ia berterusan.
air susu madu dalam setengah gelas ku teguk..lalu terus zaitun masin ku makan sedikit demi sedikit..alhamdulillah selesai tanggungjawab ku pada badan kecil molek ku ini..

makanan berkhasiat
sebenarnya mahu tidak mahu tubuh kita amat memerlukan makanan yang berkhasiat.bayangkan umur kita yang sudah mencecah 20an ini,apa saja yang tidak ada???minyak berlebihan itu pasti,gula apatah lagi..banyak antara kita yang kurang peka dengan semua ini..jangan katakan orang lain..yang tengah menulis ini pun kadang tidak perasan..

makanan seperti oat,susu,zaitun,madu,kismis,sangat-sangat elok untuk kesihatan selain kebanyakannya menjadi makanan nabi kita muhammad saw..jadi sambil makan sambil kita ikut sunnah nabi..dan sambil menyambil juga untuk kita memanfaatkan kelebihan yang ada pada diri sendiri..
dan beruntunglah pada mereka yang belajar di mesir ini..kerana makanan seperti yang disebutkan sangat mudah untuk ditemui..malah murah lagi..ambil peluang yang ada,selain memenuhkan ilmu di dada kita penuhkan juga badan dengan makanan-makanan yang berkhasiat..
yang penting air masak perlu cukup dalam badan..kerana tanpa air segalanya tidak mampu diubati..

jadinya aku amat menyeru mari kita sama-sama menjaga pemakanan kita..andai tidak mampu tiap2 hari..seminggu tiga kali pun sudah mencukupi..(lebih-lebih lagi buat ku ini)...

kerna badan kamu punya hak akan itu....wallahualam...

17 April, 2011

fitrah manusia


sejauh mana kita melangkah kita tetap akan balik pada fitrah manusia
fitrah suka akan bahagia
fitrah suka melihat seronok dan gembira
fitrah suka pada tawa panjang tanda ceria
sekalipun kepuasan diri yang  dikejari
walau hati sebusuk dan sekeji-kejinya
fitrah ini,jangan ada yang cuba menafi akan ia
apatah lagi menolak sementah-mentahnya
walau hanya sekadar setitis perasaan ini
ia tetap wujud
namun kita yang cuba menepis segala bahagia milik semua

katakan pada ku
siapa yang tidak sunyi bila dirumah hanya seorang
jalanan hidup sepi tiada harga..
tiada warna-warni bunga-bunga ceria 
kosong dengan jeritan anak kecil yang memecah kesunyian pagi
tiada tangisan meriuhkan hari
siapa yang mahukan hidup sendiri
hatta penuh berharta sekalipun
pasti akan ada niat di hati
untuk hadapi fitrah insani
mahu mendengar akan bebelan sana sini
melihat barang mainan anak-anak berselerak kadang hari
kalau mungkin itu yang menjadi pilihan
tegas aku pada mereka
jangan menolak hadir akan bahagia pada diri kamu
kerna kamu tetap manusia yang punya pelbagai rasa
lontarkanlah sedikit senyuman walau hati sekeras batu di lautan
dan selitkan sedikit ruang di hati untuk rasa dan hadapi akan fitrah ini

14 April, 2011

~pandangan sebuah ketenangan~

~udara pagi iskandariah yang sejuk,tidak putus-putus terus menampar pipi lembut sang ibu di tepian...~ 
~punya masalah sendiri namun tetap memandang tenang pada penciptaan ilahi...~
~kerna tahu akan setiap yang datang itu punya hikmah tersendiri~
~itulah pandangan sebuah ketenangan dari seorang ibu~
~aku sayang kamu wahai ibu....~

perpisahan tak selalunya sedih!!!!


perlu ke untuk berasa sedih pada perpisahan yang terjadi???
perlu ke menangis meratapi segala..
dengan hilang segala tawa ceria dalam diri..
dan menukar pelangi menjadi mendung
gelap,
suram,
tiada lagi warna-warni kehidupan yang dulu menghiasi taman-taman hati


adakah akan bertukar ganti pada taman itu
lemah diri bila bertemu dengan siapa
mengurung diri tidak berjumpa teman..
sedang hari terus pergi
bulan berganti jua
tahun ke tahun
seperti ini kamu mahukan??
sedihh dan terus sedih..

(lagu ni bila dengar banyak kali macam sebuah motivasi buat diri)

adakah seperti itu ungkapan pada sebuah perpisahan??
bagi ku sedih itu biasa kerna tanpa sedih kita bukan manusia.manusia dikurniakan perasaan yang pelbagai.
itulah manusia.
saat mereka gembira ketawa peneman diri.
senyum bebas bermain di wajah nan suci
hati berbunga indah seharum bunga kasturi..indah..segalanya indah

tapi awas,bila manusia itu bersedih..nafsu diri peneman hati..jika tersalah langkah..itulah yang sering terjadi pada mereka di luar sana.
wang bukan segala tika ini..
manusia senang-senang membelanjakan nyawa hadiah paling berharga
siapa mampu memberikan nyawa untuk manusia..
hatta serangga mahu pun sekecil-kecil ulat pasti tidak mampu..
kerna Allah itu maha berkuasa...

perpisahan itu bagi ku punya sedih sendiri.
namun biar aku tentukan gembira yang terselit pada sedih itu..
biar gembira membunuh akan sedih yang melanda.biar ego mu kini yang meninggi diri
usah pandang akan sedih yang mengemis ditepian..
campak sejauhnya sedih yang tidak layak menjadi peneman kerna ia sengsara berpanjangan andai kamu tidak menepis saat ini.
kerna kamu ada tuhan...

kehilangan..

hari ini mesti ada yang...
merasa gembira sangat-sangat,bagai dunia ni dia yang punya..
merasa kejayaan hak milik kekal
merasa dirilah paling pantas dalam segala perkara
merasa pandai itu milik dia sahaja
merasa hari nilah hari yang paling kalut sekalimerasakan dia yang paling kecewa sekali
merasakan diri tiada harga
merasakan diri terlalu hina
merasa kesedihan yang teramat sangat pada sebuah kehilangan
kehilangan???
yuppps..kehilangan...
kesedihan pada sebuah kehilangan..
kehilangan kucing yang disayangi sebab dilanggar kereta..
kehilangan orang yang paling kita sayang..
kehilangan harta kerna banjir yang melanda..
kehilangan jiwa kerna masalah yang terbeban..
kehilangan dara kerna leka dengan keseronokan duniawi..
kehilangan segala yang ada pada diri
walau sebenarnya segala yang kita ada semua milik TUHAN...

ingat kembali..
siapa pencipta kita??
siapa pemberi rezeki??
siapa yang menguji kita..??
siapa yang mendatangkan seribu satu masalah dalam diri??
siapa yang mendatangkan hidayah??
siapa yang memberi segala yang kita ada kini??

istighfar kembali saat kita terleka dengan nikmat yang ada..
muhasabah itu yang perlu dikerapi..
dari dia kita dilahirkan
dan kepada dia juga kita kembali..

p/s : moga sama2 dapat membil manfaat dan peringatan bersama..amennnn

09 April, 2011

seronok dan semangat!!!!

syukur itu banyak caranya untuk diucapkan,
syukur kita pada tuhan, kita zahirkan dengan menguap alhamdulillah dan amalan2 ibadat yang lain
syukur kita pada manusia, melakukan kebaikan kepada mereka sambil mendoakan kesejahteraan mereka
begitulah seterusnya pada makhluk-makhluk yang lain

alhamdulillah ucap aku tatkala keluar sahaja dari masjid amru assofirah
selesai dari kelas talaqqi syeikh ala
sekurang-kurangnya aku mampu senyum bahagia kerna berjaya menjejakkan jua kakiku ke kelas ini
ikutkan hati lama sudah ingin sampai ke sini
tetapi disebabkan sebab-sebab yang tak dapat dielakkan
jadi tadi akhirnya,
berjaya juga menjejakkan zahir badanku ke sana walau batin hatiku kala itu merewang-rewang juga ke tempat lain atas kelemahan diri ini dalam bersikap profesional...hemmmm

seronok dan semangat!!!!
itu yang boleh aku ucapkan bila sampai saja di sana...
meriah bila melihat pelajar wafidat ni membaca bersama-sama syeikh
tapi aku yang datang buat kali pertama ini sedia dari awal terkunci mulut..
masakan tidak kuncinya itu belum siap ditempa
jadi harusnya selalulah untuk aku sering menghadiri majlis ilmu sebegini..
mohon istiqamah darimu Ya Robb...ameeennn

di pengakhiran majlis aku terus menuju mendapat ke Sara
katanya mahu menunjukkan tempat membeli kitab
sampai saja ke tempat tersebut terus aku tanyakan harga bagi kitab yang diguna pakai sepanjang kelas...
murah dan berbaloi
ye buku-buku di sini memang murah dan berbaloi
rasanya urusan pembelian tiada masalah
sesiapa pun mampu,
namun persoalannya adakah semua orang membacanya???
kerajinan yang kuat dari dalam diri sangat-sangat diguna pakai saat ini
kerna bukan kitab sahaja yang dibuka malah mungkin sekali berserta ibu yang menjadi panduan iaitu kamus
alhamdulillah dengan harga 18genih aku berjaya mendapatkan dua buah kitab
yang satu besar yang satu lagi comel seakan-akan aku..huhh gelak kamu ye membaca ayat aku tadi...

istimewanya di masjid ini sering memberikan bungkusan-bungkusan makanan untuk mereka yang hadir
semalam saja barangkali di fikiranku adalah rezeki dari Allah
baru datang pertama kali sudah mendapat sebungkus daging lembu dan beras arab
kira untung sangatlah
dengan harga daging yang agak mahal
bukan tidak mapu namun seronok dan puas lagi rasanya membeli ikan..
semua yang hadir tersenyum riang gembira tatkala pulang membawa sesuatu untuk dijadikan kawan buat sang peti ais di rumah..
dan aku meneruskan langkahanku dengan beribu persoalan yang bermain di benakku...
aku rindukan pelangi di awan biru....
melayang~~~~

07 April, 2011

so meaningful...


p/s: thanks yana coz bg lagu ni...sgt2 bermakna..huhuh sob2...

~kasih sayang~

Amat malang bagi seorang manusia yang hilang akan sebuah rasa kasih sayang..
kerana dengan kasih sayang kita bahagia..
dengan kasih sayang kita merasakan dunia ini kita yang punya..
dengan kasih sayang kita lihat akan cantik pada bulan yang mengambang..
walau sebenarnya wajah bulan tidak seindah yang kita lihat..
dengan kasih sayang kita dapat sebuah tawa milik kita semua...
dengan kasih sayang kita lupa akan seribu satu masalah yang melanda..
dengan kasih sayang buat kita kuat menghadapi cabaran..
dengan kasih sayang kita akan menagis...
namun tangisan kegembiraan syukur kita pada nikmatnya..
tangisan yang akan merubah segalanya selepas itu...
seperti dunia akan segar tatkala matahari menyinari setelah puas awan gelap meliputi langit..
segar selepas hujan membasahi bumi...
dengan kasih sayang akan merubah di antara segalanya pada hidup kita..
nikmati akan sebuah kasih sayang yang tercipta untuk sekalian makhluknya..
jangan padam akan bahagia milik kamu..
kerna itu hadiah tiada nilai dari ilahi.....

02 April, 2011

ammu zaittt gargirrr fii????...

alhamdulillah semalam berjaya juga ke kuliah walaupun cuaca mendung-mendung manja macam kawan aku entoy n mumtaz...hahaha tibe2 masuk nama,nasib la kan...
tak lama pun saya ke kuliah pukul11 lebih pergi n pukul satu gitu kot saya balik...kuliah pun dekat jadi makan masa pun tak lama...
so dalam perjalanan pulang tu saya n najwa (kawan budak kedah) balik bersama kerna mempunyai hadaf yang sama ..mencari sesuatu yang ingin di cari...ayat tak sedap langsung,
apa2 pun kami pulang berjalan kaki...memang dah biasa pulang berjalan kaki...jarak perjalanan dalam 10minit macam tulah..
dan kedai aator yang dicari tidak megikut jalan kebiasaan yang kami lalui untuk kerumah..dia agak-agak kampung sikit...maksudnya bila kampung dia macam agak serabut sedikit permukaan jalannya..
jalan yang agak berlecak terutama musim sejuk sebab hujan banyak kali turun..
pernah sekali masa exam abis baju kotor sebab lecak-lecak yang ada...hahaha time tu gerammm je...abiss mekap akakkkk...hahaha

sambung kembali.....
kami sama2 mencari minyak gargirr...kalau tak silap dulu senang je nak cari sebab saya selalu tgk bende ni bersepah...tapi la ni macam nak cari dadah pula ye...payah naa nak jumpa..
masa pergi kat satu kedai ammu yang baik ni...dia cakap harga botol kecik ala-ala botol minyak wangi tapi besar sikit tu dalam 3genih mahal jugalah...mahal tu bukan persoalan sangat tapinye kalau nak digunakan rasanya amat sikit dan tidak mencukupi jadi kami tinggalkan ammu dengan lafaz assalmualaikum sajalah...

perjalanan diteruskan kali ni..kami masuk lorong haji taib...hahah terkejut laa pula saya cakap cam tu..
tak,kat sana memang tak ada lorong tersebut..cuma kecil dan gelap membuatkan ia persis seperti yang dikatakn..kami bertanya dalam dua buah kedai aatorr yang ada di lorong tersebut dan kemudian dalam dua buah kedah kami menjumpai minyak tersebut dengan kuantiti yang agak baik dan bersesuaian dengan kehendak kami...disamping minyak yang dicari najwa juga mencari halba untuk kegunaan peribadi...

selesai sudah pencarian dua benda penting tersebut..tapi mesti pelikkan nak buat ape dengan minyak tersebut sampai sanggup bersusah payah masuk ceruk kampung mana entah...hahaha macam lah susah sangat...heee
ok...kelebihan dan kegunaan minyak gargir ialah ia amat berkhasiat untuk rambut means nak rambut cantik,lebat,hitam nmenawan...serta panjang sangat disyorkan untuk pakai minyak tersebut...kalau kat mesir ni ia dinamakan minya gargir...di malaysia tak tahulah ada ke tidak...tapi mengikut sumber-sumber yang telah mencubanya memang kesan ia sangat memberangsangkan mungkin disebabkan rambut orang tu dah cantik kot..mungkin!!!

ala kulli hal..kita mencuba keputusan dia biar Allah yang tentukan...hahaha macam apa je..
dan halba yang di cari bagi tujuan panaskan badan...dan baik juga untuk mengeluarkan angin dan orang kata untuk tambahkan susu dalam badan bagi ibu-ibu yang bersalin...jadi bolehlah untuk mencuba...harga bagi satu botol minyak gargir adalah 4.50genih dan halba stgah kila 3genih tapi semalam suku pun dah banyak..so hanya beli suku pun da ok....ok selamat mencuba...