28 April, 2012

Kuasa Perkataan

Kuasa Perkataan

Sejak kecil
Kita terbiasa difahamkan
tentang mesra itu
Lebih rapat dengan bahasa tubuh

Saat kita dimeriahkan
Dengan suara anak kecil menangis
Ibu bapa begitu mudah untuk mengerti
lebih senang untuk memahami
Tanpa perlu terang segala yang dipinta

Tangisan si kecil
Tetap satu
Namun punya maksud yang pelbagai
Itulah tanda bahawa
Mereka sedang lapar
Dahaga
Marah
Geram
Sakit
Dan seribu satu rasa
Namun
Kita tak pernah ingkar pada setiap keinginan mereka

Berbeza tatkala mereka membesar
Ada saja kata mereka kita bantah
Apatah lagi berselisih pendapat
Mak ayah kata Ya
Tapi dibalas Tidak oleh anak
Bila tidak dipihak orang tua
Namun beriya si anak mahu ditunai segala mahu mereka

Salahnya apa?
Silapnya dimana?

Adakah makin betul
Makin banyak salahnya
Atau
Kuasa perkataan telah hilang tempatnya?

Ingat!!!
Mendidik itu bukan hanya pada tindakan
Tapi lebih mesra dengan perkataan
Marah kita jangan tertewas dek geram yang melanda
Tapi kawallah dengan kuasa kata yang berharga

P/s : Ohh,rasa takut mula melanda..


25 April, 2012

aku bisa!!!

disebalik kesusahan yang datang
aku cuma tahu pada kuat dan kudrat yang ada
kurang pada sesuatu bukan sebab untuk aku lemah pada segala

aku tak harap pada belas orang
saat diri kurang sempurna
aku sedar pada tidak sempurna aku kini
sangat berbeza
tidak seperti dahulu lagi

bukan ku harap layanan indah untuk segala
sedang aku tahu pada lecehnya diri ini
bukan menunjuk pandai
mengarah segala.

kalau bisa aku atur sendiri
kira aku
kau usah pandang
apatah lagi menjeling
pada kerdilnya diri ini
aku bisa
ya
aku bisa

namun kadang aku terkalah pada batas-batas baru yang tercipta
cukup sekadar memahami
aku tak kuat
walau zahir selalu kau lihat
aku seolah mendabik dada
sedang kaki tak punya tulang
seperti duduk kemas bersimpul tegak
sedang ada tiang disebalik badan

aku kalah dalam diam
tapi aku degil depan semua
biar...
aku tak mahu susahkan sesiapa
aku bisa!!!
aku bisa!!!!
aku bisa!!!!!

biar tangis itu teman saat susah bersama
biar degil itu terus mendahului
kerna ku tak mahu kamu semua terbeban dek lemah aku
biar jerit hatiku meluah segala
kerna aku tahu kuat kita bukan pada manusia
tapi kerna aku masih punya DIA...

mohon ku dalam sujudku
moga aku kuat mendepani segala
aminnnn


22 April, 2012

jari aku kenapa???

Sambil tgn kiri memegang daging burger untuk dipotong,tgn kanan sedia dengan pisau untuk menolak supaya daging tercerai antara dua..tiba-tiba...ouhhhh anissss!!! kuat aku menjerit nama sahabat serumah yang berada di bilik...
Tidak tahu apa yang ingin dikatakan saat darah merah mengalir laju keluar dari jari manis ku...terkejut dengan apa yang berlaku dan seolah mimpi..walhal baru sebentar tadi pisau yang tajam lagi besar menghiris hujung jari belah kiriku...ouhh...apa yang berlaku ni!!
Anis mula gelabah melakukan apa yang sepatutnya sedang aku hanya mampu melihat kulit terkoyak dan daging ku sendiri..
lalu kain kecik berwarna sudah mula menutupi luka yang masih disaluti darah..
"Anis lagi apa nak buat ni?hahhh gamat-gamat..cepat nis.."
"ouh..ok..eh gamat kat mana..?? anis mula meraba-raba di dalam almari..sedang aku menahan kesakitan yang dialami..
Sebenarnya aku tak merasakan sakit yang teramat sangat sedang psikologi itu lebih memberi kesan bahawa merah itu tandanya sakit..sedang waktu itu aku hanya merasakan yang perkara ini tak pernah terjadi..huhhh

Setengah jam berlalu,gamat sudah setengah botol dituang ke tempat luka,tapi darah masih tidak henti-henti keluar..aku mula bimbang...
"Anis macam mana ni,darah tak henti-henti ni..nak buat apa ni?"
"emm...kita pergi hospital ya nanti"
"emm..ok tapi nis betul ke tangan aku ada lagi ni,jari ni tak putus kan..ke aku mimpi nis?"bermacam-macam lagi yang keluar dari mulut orang yang baru bergelar pesakit ini.
Anis sekadar melayan kerenah..
"Nadia cuba bawa istighfar,selawat ke apa ke...dari cakap benda bukan-bukan tu bukan dapat faedah pun.." kata anis.
"tahu.." balasku,lalu istighfar dan selawat mula menjadi mainan bibirku..
namun hanya untuk seketika aku mula dilanda risau dan bimbang...

Selepas makan dalam keadaan mulut ku yang bising sana sini..aku dan Anis bersiap ke hospital.Nasib hanya 5minit berjalan kaki lalu kakiku muka menjejak bangunan hospital..elok sampai di sana tiada pesakit barangkali kerana senyap sunyi membuat aku berfikir sebegitu,tambah pula doktor siap tidur di tempat sakit..ketika aku sampai barulah dikejut untuk merawat diriku yang dalam kesakitan ini.

Ketika dirawat aku tersangat yakin bahawa luka itu akan dijahit..tak banyak yang ditanya doktor,sekadar berbasa basi bertanya nama dan studi di mana..
Tiba waktu untuk dijahit,jariku dibius,huhh takot pula rasa hati ni,tak pernah seumur hidup dijahit pada badan ini apatah lagi dibius..inilah kali pertama..inilah juga dinamakan pengalaman.

Satu persatu jahitan diselesaikan,ketika doktor menjalankan tugasnya disuruh juga untuk aku tidur atau baring,namun ku tolak dengan baik,bagiku inilah waktu yang ditunggu-tunggu.Ketika jari yang hampir terkeluar isi ini dijahit semula dan sekaligus menghentikan aliran darah dari terus keluar.

Sampai jahitan keempat doktor bertanyakan pada ku,cukup ke empat jahitan.Dalam hatiku eh..aku pula doktor hee
Ku balas dengan baik,mungkin lagi satu jahitan.Doktor hanya mengikut kehendak ku tambah pula memang sepatutnya ditambah.
6jahitan kini siap dijahit tidak berapa kemas ditangan ku..=)...
Jururawat mula mencuci sedikit kekotoran yang melekat dijari dan membalut luka dari terdedah dek kuman yang melata.

Aku menarik nafas lega sekurang-kurangnya darah berhenti walau aku tahu bius yang akan hilang ini bisa buat aku tidak duduk diam..ya aku mula melangkah ke alam baru dari yang sebelum ini..terima kasih banyak sahabatku anis yang sudi melayan karenah macam-macam dari diri ini..moga najah milik kita bersama,doakan ana juga dapat fokus walau jari yang tidak sempurna seperti biasa ini bakal buat mu susah selepas ini......thanks anis n diniy serta kawan-kawan lain...

19 April, 2012

nasib tak putus jari

kawan2 doakn jari cepat sembuh...sedih..
sakit semua ada....dugaan...sambung la..
makkk........

senyumlah kembali

memahami perasaan seseorang memang tak semudah yang disangka
tak semua mampu faham hanya kerna riak muka yang terpamer
namun
perlukah kata-kata untuk diungkap segala resah hati??
agar apa terbuku pada luah aku kau tahu
atau kita memang tidak akan pernah sama?

kau kata
kita kongsi satu jiwa
tapi kita lain pada rasa
kita sama pada semua yang terlihat
tapi lain pada semua fikir yang terlintas
sama pada segala macam benda
namun kenapa tidak sama pada segala macam suka

kita tak mungkin sama
malah barangkali berbeza pada semua panndang aku dan engkau
duduk sama rendah
namun aku bawah
dan kamu atas
dalam satu rumah
seperti tiada pintu untuk bersama


saat ungkap luah rasa aku terluah
bait-bait lafaz mula terkeluar laju
namun tetap lembut
dan manis pada senyum aku
perlahan perlahan..
dilontar segala
.....
....
hingga kini kau masih terdiam menyepi
hanya pandang aku dengan kosong tanpa kata
apa salah aku
atau hilang makna aku untuk kamu??
.....
.....
......

ayuhhhh la wahai diri
usah layan jiwa yang sepi
masih banyak bukan teman bual kamu
masih ada haiwan-haiwan jalanan yang akan jadi teman mu
atau mungkin pokok senyap tanda dia sedang memahami
ahhhh
lagi untung andai bulan bisa menemani
dan matahari bisa buat aku senyum pada kacak dan gagah akan ia...
senyumlah kembali....=)


16 April, 2012

Jatuh hati

alhamdulillah..masuk hari ni baru selesai tutorial untuk 2madah bagi fasa dua ini.Selesai ustaz tadi mengajar terpancar kegembiraan di wajah kawan-kawan tanda bersyukur pada Allah sekurang-kurangnya kitab setebal hampir 300 muka surat itu berjaya dihabiskan.Dengan bantuan ustaz yang baik dan anak murid yang nakal sedikit makanya segalanya berjalan lancar.

Pada akhir kelas tadi ustaz banyak berpesan itu dan ini moga masing-masing memperoleh manfaat dan ustaz juga meminta agar dia dimudahkan dan najah bersama..aminn..

Cumanya untuk kali ini aku kira sudah jatuh hati padanya..opss jatuh hati pada ilmunya.tak salahkan..;)
moga segala doa yang ku pohon selepas kelas tadi dikabulkan aminnnn...
kawan-kawan doa sama ya....

mood:menunggu ustaz yang seterusnya...=)