31 Disember, 2010

~bezday gurl part 2~


syukran awi2 pada mereka yang mendoakan diri ini..
terima kasih bagi yang mengigati..
hampir tak terbalas komen2 pada peminat...
heee...agak mengge ye di situ..
part 1 dimulakan oleh amnani paiman..
yang kedua di susuli oleh penulis sendiri...
untuk bezday gurl kali ini berada dalam fatrah imtihan..
jadi sambutanye pun ala2 imtihan gitu...
ringkas tapi penuh bermakna..
cuma agak sedih disebabkan seorang dari kami tak dapat sama2 menghadiri majlis kali ini
tapi tak pe urusan ummah perlu di aulakan...
akhir kata aku nak ucapkan satu ucapan yang mungkin ramai orang tak suka
tapi ia adalah hakikat
"selamat hari tua"
huhhh...moge hari tua aku lebih diberkati oleh allah
dan moge dapat menjadi hamba yang terbaik
anak yang solehah dan taat
dan makhluk yang dapat beri manfaat pada makhluk yang lain...
tanx korang atas kek yang sedap hingga menjilat jari...

30 Disember, 2010

~semangat hilang kembali kuat saat kamu di sisi~



hemm...salam sayang aku pada semua,,,
alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja imtihan bakal berlangsung..
maka tinggal beberapa hari sahajalah fikiran ini akan terus risau dan risau....
buat kawan2 semua ucap aku pada kamu,
moge sama2 dapat buat yang terbaik..
doakan kita sama2 najah insyaallah..
doakan juga moga ilmu yang dipelajari dapat kita manfaatkan untuk orang lain..
doakan aku kuat walau hati ini kadang tak dapat aku kawal sebaiknya..
moga kalian dapat mengejar cita2 seiring ukhwah yang kita bina...

dalam fatrah imtihan ini,
bukan hanya pada peperiksaan di kuliah yang di uji...
malah lebih dari itu..
lebih lagi yang berjauhan ini...
aku yakin kuat akan kita bukan sebab kita
tapi sebab semangat setia kawan yang di bina..
kalau tahun1 dahulu kita sama2 mendaki susah dan senang
kita sama2 ke kuliah
kita sama2 stdy group
kita sama2 pulang usai selesai menjawab peperiksaan..
namun kini semuanya berubah...
kita tak sama2 ke kuliah
kita tak sama2 berstdy group
kita pulang sendirian tanpa teman,tidak seperti di tahun 1..
yang diberi rezeki lebih terus berjaya di tahun 3
yang kurang masih di tahun1 dan 2
jangan sedih teman.
itu lumrah kehidupan...

cari kekuatan kamu..
kerna itu penerus titian yang berliku...
pegang akan kuat itu
jadikan ia benteng yang kuat melawan akan ombak yang memukul

aku adalah kamu...
andai berpaling wajah ini saat di tegur..
aku mohon maaf kerna itu sifat manusia...
sombong saat di tegur...
biarkan dia..
kerna dalam sombong dan ego itu..
adalah fikiran baru untuk dia lebih terarah....

cuma satu ku pinta...
jangan jemu memberi nasihat emas itu...

kawan..
moga kita sama2 dapat jadi yang terbaik..
menjadi hamba yang terbaik buat pencipta..
anak yang solehah dan taat..
dan teman yang berguna dunia akhirat..
salam sayang dan nakal aku..
buat teman serumah...anis
buat kawan senakal...nasirah
buat kawan bermanja...diniy
buat kawan sematang...amnani
dan buat kawan kebudak2kan...hani
lagu ini aku tuju khas buat kamu...
moge semangat kawan kita tak hilang walau kita tak lagi sama.....

23 Disember, 2010

~sanah helwa sayang~


alhamdulilah bulan december adalah bulan yang sangat aku suka,bukan apa mungkin di sebabkan bulan ni bulan yang banyak masa kita satu keluarga boleh berkumpul merapatkan kasih sayang yang kian dipenuhi oleh bulan2 yang lain..
mungkin juga bulan cuti kalau mereka yang duduk di malaysia,dan yang paling penting adalah disebabkan bulan kelahiran my lovely dad...huhhh
so pada 18december yang lepas satu pesanan ringkas dari telefon bimbit milik peribadi nadiah shafie telah menjalankan peranan sebaik mungkin dengan membantu tuannya menghantar pesanan sebagai tanda memperingati hari lahir ayahanda iaitu shafie bin juri...

mula2 ingat nak kol je..tapi sejak balik dari mlaysia hari tu memang aku tak pernah beli pon smatvoip or lowrate jadi ak ambil keputusan untuk menggunakan jalan lain bagi memperingati hari tersebut...
tak sampai dalam 5minit maka akhirnya aku mendapat isyarat dari telefon bimbit ku menandakan selamat sampai pesanan ku itu..
dalam hati tika itu berharap moga2 ayahanda membaca ucapan sayang dari anakanda yang jauh dari mata ini....(mood:sedih la plak)

aku meneruskan bacaan aku terhadap tafsir ayat ahkam...
saat khusuk dengan apa yang di baca tiba2 lagu the show dari lenka berbunyi memecah kesunyian pagi di rumah kecil akhawat di bumi iskandariah ini...ku fikir kawan dari assofirah yang menelefon,tapi jangkaan ku meleset sama sekali,malah lebih dari itu...
memang ayah ku tiada masalah dalam menelefon aku,sejak aku tahun pertama di sini ayah sering telefon..biasalah anak perempuan katakan,
takot die kadang2 bisa buat aku seolah2 kanak-kanak darjah 3...
aku mulakan perbualan dengan salam pembuka kata,moge barakahnya dapat diambil bersama...
usai  bertanya kabar,
lalu ayah terus ketawa,
aku jadi musykil namun ku diam dan terus melayani insan yang ku sayang itu...
ayah katakan beliau langsung tidak sedar bahawa hari itu adalah hari lahirnya..
ayah katakan lagi terima kasih sangat2 ingat hari lahir ini,dan memberitahu abuya akan ke india bulan 1 nanti....
dari jauh aku kedengaran ayah begitu gembira degan kehadiran pesanan ringkas yang tidak seberapa dari aku itu...
tidak lama kami berbual,
mungkin dalam 15minit,
akhirnya ayah pesan kepada ku jaga diri,
banyakkan doa dan abuya doakan untuk k.yah juga insyallah....aminnnn kata ku penutup akhir bagi perbualan ringkas kami anak beranak...

aku matikan telefon,
niat di hati mahu terus sambung stdy,
tapi ku rasakan jasad dan mataku saja yang memberi perhatian terhadap madah yang di baca,
tidak untuk fikiran ku yang kala itu terbang mengingati pengorbanan ayah sejak aku kecil hingga kini..
ayah memang seorang yang tegas,
siapa yang tidak kenal pekataan garang tu menjadi kebiasaan untuk didengari..
ayah memang begitu,
tapi ayah penyayang,
ayah suka sangat bawakan hagah2 pabila melawat aku di asrama...
yang paling aku suka ayah suka bawakan buah epal dan oren..
sekali bawak bukan main sikit,2,3kilo la jugak..
boleh la kalo nak buat kawan2 disebelah pandang pada tangan comel yang membawa buah tersebut masuk ke bilik...
kalau tiada buah pun paling tidak ayah akan bawa aku kua makan diluar...
hemm...dan yang paling aku tak suka bila ayah nak balik dari asrama...
aku seakan tidak mahu membenarkan ayah pulang...
hemmm...bergenang tiba2 ayat mata ini di pagi hari...
i miss u dad...
moga abuya panjang umur n murah rezeki...
moga k.yah dapat jadi anak yang terbaik buat kamu dunia akhirat....
maafkan anak mu ini sepanjang hidup di bawah jagaanmu..
walau selalu hatimu terluka kerna aku,
sikit pun kasih sayang tidak kau padam dari hati bergelar ayah..
malah kau cuba hilangkan perasaan sakit hati itu dari dalam diri mu...
moge kau diberkahi Allah sepanjang hidup mu...
aminnnn....
love u so much...

17 Disember, 2010

~bezday gurl part 1~


salam pembuka bicara aku kali ini...
di pagi yang sejuk menggeletar tangan dan kaki ku ini..
aku masih cuba menggaagahkan diri untuk cerita 5kupang yang tak seberapa ini...
kali ini aku mahukan santai mantai itu milik aku,
aku mahukan ceria peria pemanis rasa saat ini...
hee...dah mula da...ok2 jom kite terus dengan cerita 5kupang aku....

alhamdulillah semakin kita menjalani kehidupan yang penuh sibuk dengan  urusan duniawi dan ukhrawi  kadang2 kita terlepas pandang akan satu hal pembangkit jiwa pada setiap hukum kita berkawan...
aku kira hukum ini bukan pada mereka bergelar kawan malah lebih umum pada setiap mahkluk ciptaan ilahi,
tapi atas dasar aku seorang hamba,
dan aku seorang manusia,
dan aku seorang anak serta seorang kawan maka aku kecilkan skop hukum ini pada mereka bergelar sahabat...

sejak aku dicampakkan ke iskandariah,awalnya aku tak suka duduk di sini...
ye aku akui bosan,boring dan rindu aku pada keluarga di malaysia terubat bila aku berada di kaherah...
mungkin kerna rapat dengan sahabat2 dan kakak2 di sana..
mungkin juga kerana ukhuwah itu sendiri...

namun saat aku menjejakkan kaki di sini,maka aku tahu aku perlu lebih berukhuwah dengan orang baru...
nasibla pada ketika tu kawan2 selangor dalam 12orang ke alexandria yang aku cintai ini...
dan dalam 12orang ni..aku lebih rapat pada enam orang teman yang memang sejak dari tahun 1.kitorang sama2 dalam bermesra...seakan2 adik beradik pun ada...maka hukum manusia berkasih sayang itu memang terzahir pada wajah2 ceria penuh bermakna...
kalau boleh aku sebutkan namanya seperti ini...
nadiah shafie(akulah),
amnani mohd paiman(am),
khairunnisa helmi azhar(anis),
nurdiniy judah(diniy),
hani(hani),
nasirah nashir(nas),

maka dalam berkawan mesti ada pahit manisnyakan....
sebab bagi aku dunia takkan sempurna andai pnya manis tanpa garam pelengkap rasa...
maka hidup takkan pisah dengan gembira
takkan pergi tanpa sedih..
kerna saat hujan lebat membasahi bumi...
tanah perlu matahari penyubur kehijauan dari ilahi...

selama 2tahun lebih la kitorang memang akan kekalkan adat resam kitorang yang satu ni,,,iaitu...
sambut menyambut...
bukan baling2 orang ea nak sambut2..
tapi kitorang akan lebih perihatin pada bulan2 yang dalam enam orang ni punya bezday(ayat ape entah)

maka pada petang jumaat penghulu segala hari pada bulan muharam ni...
tersambutlah keraian sempena hari jadi yang dah lama sebenarnya,
tangguh punya tangguh tadilah baru Allah izinkan untuk sama2 makan sambil berkasih sayang,(heee...cam apa je)

bezday gurl die iaitu amnani mohd paiman..
am seorang yang tabah dan kuat serta matang dalam menguruskan sesuatu perkara...
kematanganya itu terserlah pabila beliau kini masih terpilih sebagai pemimpin kepada rakyat jelata di iskandariah ini...
menguruskan hal orang lain tak semudah menguruskan anak di rumah...wah2 macam da ade anak je...heee
tapi hakikatnya begitu...
am sentiasa mementingkan kehidupan yang lain lebih dari segalanya...
bagi beliau isar itu lebih bermakna pada diri....
dah tak de modal nak puji lebih2...
jadi aku sayang ko lah am....
silap...
kitaorang sayang amnani...
moga panjang umur n murah rezeki n cepat2 kahwin...
aku nak jaga anak buah....heeee


p/s:ayat mengge je hari ini......

15 Disember, 2010

jawab dia kerna ilmu

situasi di dalam kelas,seorang pelajar khusuk melihat nota sambil telinga dipasang sebaik mungkin agar tak tertinggal satu pun kalimah yang di berikan oleh dukturah...
pelajar perempuan itu barangkali tidak selesa dengan kedudukan yang berbeza dengan kawan2 yang lain,sewaktu kebanyakan pelajar duduk dengan tenang ada juga kawan2 yang berdiri akibat kelalaian diri untuk tidak berdisiplin dengan datang awal ke kelas...biasalah bila diri tidak di atur oleh sesiapa maka di situ hanya diri yang memain peranan untuk mengatur segala,
tanpa kekuatan iman dan keutuhan jiwa untuk istiqamah dengan janji pada diri maka iniilah yang berlaku...

pada awalnya kedudukan pelajar itu di hadapan sedikit dari ruangan di belakang kelas,namun kini bertukar dalam masa kurang satu muka surat dukturah berhujah,mungkin bersandar di dinding lebih selesa saat kaki mula lenguh berdiri...
hemmm lama ku perhati,cantik juga kalau2 mahu dibuat cover majalah bak kata kawan di sebelah,
lantas membuat aku termenung,mungkin bisa diambil fotonya dan ku simpan jadikan koleksi..pasti klasik sekali.

kelas berjalan diam seperti biasa,fokus terhadap tajuk yang dikupaskan..isu semasa tentang muamalat bertajuk taqsit bunyinya di dalam bahasa arab iaitu ansuran dalam jual beli..
ku fahami satu persatu takrif yang diberikan,dalam hati berkata ohh ada yang mengatakan haram kerana berbentuk muamalat yang dilarang dan seakan-akan menyerupai riba,ada juga berpendapat harus atas alasan ia diperlukan oleh manusia dan bukan bahagian dari riba yang menunjukkan haram syar,an..
leka dengan apa yang di baca tiba2 mataku seolah-olah diganggu oleh pergerakan2 yang berjaya menghilangkan fokus aku terhadap tajuk yang ditelaah..
terus aku curi2 mendengar perbualan perempuan yang asyik menjadi bahan bebola mata saat aku mula2 masuk ke kelas...hemm

mana kau dapatkan nota tu???dukturah bagi ke???tanya seorang gadis arab lembut menutur kata...
oh,tak aku ambil nota tahun lepas,aku eadah...
gadis arb itu senyap sambil membalas pandang seakan-akan ada sesuatu hendak diucapkan...
tiba2 pencuri yang terhendap2 mendengar itu malu seketika pabila tersedar diri dilihat oleh pelajar perempuan...lantas aku membalas pandangan dengan senyuman yang memalukan diri..
3minit berlalu,niatku ingin terus melihat buku sekali lagi terganggu dengan pertanyaan yang diajukan arab tadi kepada pelajar tersebut..
kalau engkau eadah kenapa masih mahu belajar di sini??dalam bahasa arab lagi???aku sendiri pun tak faham apa yang di ajar..huhhh mengeluh gadis arab tersebut,nampak seperti meluahkan sesuatu...
betol juga kalau diikiutkan apa yang terluah itu..tapi aku masih menantikan jawapan,,,
dan akhirnya telingaku di hadiahi jawapan indah penuh berhikmah,tidak sampai seminit namun penuh bermakna...
kerna aku mahukan ilmu itu....sambil mulut mengujir senyuman tanda sedekah yang mampu diberikan kala itu......
kalau aku terdiam sambil otak ligat memikirkan kembali jawapan yang diberi apatah lagi gadis arab tersebut....
arghh...ku biar ia tersimpan barangkali akan aku fikir2kan jawapan matang pembuka minda itu....dan ku lihat gadis arab itu terus bersemangat menyalin nota dan aku mengambil keputusan untuk peka dengan apa yang di ajar.....

09 Disember, 2010

hadaf itu apa ye bu????

Hadaf itu maksudnya apa ye bu???
adik rasa hadaf tu ape???balas ibu sengaja tidak diberi jawapan sebenar
adik rasa hadaf tu tujuan..sebab adik cari dalam kamus maksudnya sasaran,tujuan,matlamat..tapi yang sebenarnya apa bu????manja anak itu tatkala diletakkan kepalanya di atas paha ibu yang melahirkan.
sambil membelai rambut si anak,ibu itu meneruskan perbualan mereka..begini,hadaf itu maksudnya seperti yang adik katakan tadi,sasaran,tujuan,matlamat.tapi dalam kata mudahnya ibu ambil maksud tujuan dan matlamat..adik faham tujuan dan matlamat itu apa??
emmm...tujuanlah bu,macamana adik nak terangkan ye...diam si anak seakan-akan mati dengan jawapan sendiri..
tersenyum si ibu melihat kening yang berkerut-kerut dari wajah si anak..
adik tanya mak akan soalan ni kenapa???
sebab adik tak tahu jawapan dan sebab adik nak jawapan yang lebih tepat bu.
si ibu bertanya lagi,jadi apa tujuan pagi2 adik ke sekolah???
sebab ibu suruh...
lagi???
sebab nak jumpa kawan..
itu je??takkan tak nak tuntut ilmu???dalam hati si ibu berkata,inilah jawapan anak bila belum matang dalam sesuatu perkara...
mestilah nak ilmu juga bu...

jadi adik faham dah apa itu tujuan???
ooo...maksudnya tujuan tu apa yang kita nak bila kita lakukan sesuatu ye bu..
hemm...pandai pun anak ibu,macam tulah maksudnya,
jadi adik rasa selama ni adik hidup dengan tujuan atau tak???
emmmm...kadang-kadang ye,kadang-kadang adik rasa hidup main-main..
apa adik rasa bila adik tak de tujuan dalam hidup???
adik rasa hidup sekadar hidup,tak de apa yang adik peroleh...
jadi adik rasa penting tak tujuan dalam hidup???
pentinglah bu..kalau tak mesti lepas ni adik pergi sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan dan sebab ibu yang suruh...
berderai tawa ibu dan anak tersebut di pengakhiran cerita mereka.....

08 Disember, 2010

kerna dia yang menciptanya

sikap manusia itu pelbagai..
baik sehinggakan tak terbalas rasanya pun ada
sederhana itu lumrah
bila yang baik ramai pasti lawannya begitu
jahat sehingga takut kita untuk hidup di dunia ciptaan ilahi....

itulah mainan kehidupan
nafsu jahat,baik,semuanya bergantung pada iman...
bagaimana iman kita ditentukan oleh sikap kita...
hemm...bermuhasabah seketika...
terukkan...
sepatutnya manusia itu perlu bermuhasabah selalu...
kerna kita adalah insan yang pelupa...
astagfirullahalazim....

dalam banyak2 perkara
kita senang terleka kala kita kesenangan..
lupa asal usul diri yang kerdil
terasa besar atas sebab kuasa diri..
walhal semua itu pinjaman semata..
adakah kita ingat semua itu????
atau cuma sekadar laluan udara di tepi telinga????

namun bila kita kesedihan...
siapa yang kita cari sebagai tenang hati kamu???
kawan???
teman????
kekasih????
suami??????
atau siapa??
kamu pasti mereka dapat memberi ketenangan sebaik ilahi????

kata kawan..
bila kita mengambil barang tanpa keizinan
kita berdosa..
ia seakan2 mencuri
jadi kawan bertanya..
awak rasa awak gembira mendapat barang itu
pasti gembira
kerna dapat apa yang aku nak
kalau saya kata kamu bohong kamu percaya???
kenapa awak kata begitu???
dalam hati si kawan berkata,pura2 bertanya..
beginilah andai saya ambil barang kamu tanpa izin
kamu suka tak???
pastilah tidak..
nah sekarang nampakkan sesuatu itu ada tuannya..
bila keizinan tidak di beri
masakan kita mampu bertenang...

jadi bila hati resah
siapa yang patut memberi izin supaya ditenangkan???
siapa tuan punya hati???
siapa yang menganugerahkan hati???
kawan terdiam jauh termenung...
aku pergi meninggalkan suatu persoalan
yang bagi ku
jawapan lengkap terhidang
cuma tinggal ambil dan suap sahaja...
hem...jauh aku bermonolog...

tiada salah berkongsi
dan meluahkan segala yang terpendam pada sesiapa pun
tapi sebaik2 pendengar
adalah pemilik yang menciptanya....
kerna yang menjadikan itu mampu membaiki mana2 yang rosak...
kerna dia yang menciptanya....

03 Disember, 2010

~ku kenang mu MAMA~

ustaz yang ajar tafsir hari itu selalu kata,perempuan ni senang masuk syurga tapi lelaki susah...
banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..
ustaz kata lagi perempuan kalau tak buat yang sunat pun dah boleh masuk syurga...
yang belom kahwin taat ibu ayah...
yang punya suami cukup redonya janji syurga buat kamu...huhhh
senangkan....
nampak senang..tapi tak semudah lidah menutur segalanya...
tersenyum kecil aku dalam hati...
tatkala teringat ibu di rumah mengurus kami adik beradik
pagi2 usai laksana perintahnya..
maksurat jadi bacaan harian ibu..
argghh...manja sekali panggilan itukan...
kemudian kami takkan pergi ke sekolah dengan perut yang kosong..
bila pulang saja dari sekolah pasti makanan tengahari tersedia rapi,
baju sekolah usah dikata..
ibu sedia segala keperluan itu..
makan minum lengkap segala...
bukan setakat itu mak juga guru kami di rumah...
teruk juga bila ibu bertukar jadi cikgu
cubit tu makanan ketika belajar
marah pula seakan2 wajib ke atasku
bila aku bermain2 dalam belajar....
aku rindu semua itu...
ibu sediakan walau ibu juga bekerja..
bila ustaz kata mudah masuk syurga kala taat suami,
maka aku yakin pegorbanan yang besar sudah tersedia saat itu..
jauh di hati aku panjatkan doa
moga aku mampu jadi seperti itu...aminnnn
terima kasih mama....I LOVE U.......

~perempuan dan sakit~

entry 5kupang kali ini tentang perempuan dan sakit,saya rasa benda tu amat normal sekali terjadi...bukan nak kata lelaki tak sakit tapi apa yang nak disampaikan ialah betapa kuatnya perempuan tu bila dia dapat menahan sakit yang dialami kadang2 hampir tiap2 bulan...

masa sekolah dulu2 ustazah saya selalu kata,kalau kamu nak rasa sakit ke tak mengandung tu.nanti kamu balik kamu ambil tembikai kemudian letak kat perut dan bawak selama 9bulan...wah memang terbaik...
nak tahu sakit atau tak cuba la sekali bawak...

jadi kalau kamu semua dapat memahami keadaan perempuan ketika mengandung kamu pasti takkan rasa marah bila isteri kamu marah atau bermasam muka dengan kamu,senang cerita kamu diamkan je bila die tengah masam muka macam 5kupang...nanti lama2 baiklah tu....

memang rasa tabik springlah dengan perempuan ni,coz ramai perempuan bisa hidup tanpa lelaki dan bangun kala kaki tak kuat berdiri..
lihat saja di luar sana berapa ramai ibu tunggal seorang diri menyara anak 5,6 orang...pelik jugalah kan..
itulah hakikat...

tapi itu tak bermakna saya mengatakan perempuan tak memerlukan lelaki...cumanya perempuan,ku
at dan sakit itu berkait rapat...