30 Disember, 2010

~semangat hilang kembali kuat saat kamu di sisi~



hemm...salam sayang aku pada semua,,,
alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja imtihan bakal berlangsung..
maka tinggal beberapa hari sahajalah fikiran ini akan terus risau dan risau....
buat kawan2 semua ucap aku pada kamu,
moge sama2 dapat buat yang terbaik..
doakan kita sama2 najah insyaallah..
doakan juga moga ilmu yang dipelajari dapat kita manfaatkan untuk orang lain..
doakan aku kuat walau hati ini kadang tak dapat aku kawal sebaiknya..
moga kalian dapat mengejar cita2 seiring ukhwah yang kita bina...

dalam fatrah imtihan ini,
bukan hanya pada peperiksaan di kuliah yang di uji...
malah lebih dari itu..
lebih lagi yang berjauhan ini...
aku yakin kuat akan kita bukan sebab kita
tapi sebab semangat setia kawan yang di bina..
kalau tahun1 dahulu kita sama2 mendaki susah dan senang
kita sama2 ke kuliah
kita sama2 stdy group
kita sama2 pulang usai selesai menjawab peperiksaan..
namun kini semuanya berubah...
kita tak sama2 ke kuliah
kita tak sama2 berstdy group
kita pulang sendirian tanpa teman,tidak seperti di tahun 1..
yang diberi rezeki lebih terus berjaya di tahun 3
yang kurang masih di tahun1 dan 2
jangan sedih teman.
itu lumrah kehidupan...

cari kekuatan kamu..
kerna itu penerus titian yang berliku...
pegang akan kuat itu
jadikan ia benteng yang kuat melawan akan ombak yang memukul

aku adalah kamu...
andai berpaling wajah ini saat di tegur..
aku mohon maaf kerna itu sifat manusia...
sombong saat di tegur...
biarkan dia..
kerna dalam sombong dan ego itu..
adalah fikiran baru untuk dia lebih terarah....

cuma satu ku pinta...
jangan jemu memberi nasihat emas itu...

kawan..
moga kita sama2 dapat jadi yang terbaik..
menjadi hamba yang terbaik buat pencipta..
anak yang solehah dan taat..
dan teman yang berguna dunia akhirat..
salam sayang dan nakal aku..
buat teman serumah...anis
buat kawan senakal...nasirah
buat kawan bermanja...diniy
buat kawan sematang...amnani
dan buat kawan kebudak2kan...hani
lagu ini aku tuju khas buat kamu...
moge semangat kawan kita tak hilang walau kita tak lagi sama.....

Tiada ulasan: