26 Januari, 2012

....

Kita berkenalan secara tak sengaja
adalah perancangan Allah...
Kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun
Allah yang rancang..
kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga
... Allah yang beri..
kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa,
Allah yang aturkan..
kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana
Allah sayang pada kita..
kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga
Dia yang rancang...
kita berdoa untuk kebahagiaan masing2 juga
Allah yang detikkan dalam hati kita..
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan
sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...



p/s:copy paste again..huhu

25 Januari, 2012

wahai mujahid dan mujahidah

wahai mujahid..
redhakan hatimu melepaskanku..
aku bukan milikmu..
kau juga bukan milikku..
namun segala-segalanya adalahh milik Allah..
bebaslah dikau dari janji yang kita bina..
kita merancang Allah la yang tentukan..
teguhkanlah hatimu mengharapkan
cinta Ilahi..
kerana di situ kau akan dapat kekuatan
melewati detik-detik sukar ini..
Belajarlah memberi hati padanya..
bukan sekadar memberi hatimu padanya..
tapi bawalah hatinya bertemu Dia..
Kalian akan bahagia..
cinta dibawah naungan Maha Cinta..

wahai mujahidah..
dirimu begitu berharga..
belajarlah menerima kekurangan..
dibalik kekurangan tersembunyi kelebihan
yang sengaja Allah kaburkan dari pandanganmu..
agar kau belajar menghargai..
fahamilah ini sukar untuk dirinya.
jangan dipaksa2..
jangan dibentak2 hatinya..
bimbang kau mengguris hatinya..
dirimu kelak bakal penyyejuk matanya..
belajarlah dari sekarang untuk jadi
pembantu bukan pembeban..
perlahan2 lah meraih cintanya..
yakinkanlah aku bahawa
pengorbanan ini tidak salah..
kudratku membatasi segalanya..

ku relakan sebuah perpisahan demi sebuah kebahagian..
ku lepaskan sebuah ikatan demi sebuah harapan
ku tinggalkan kenangan demi masa depan..



p/s:copy paste je untuk post kali ni...=)

18 Januari, 2012

Pesanan kecil buat aku

Tidak mudah untuk bangun semula setelah jatuh secara tiba-tiba malah ia sangat memberi kesan buat diri sekiranya ia adalah jatuhan pertama,namun andai sudah berkali-kali tiada apa yang perlu dirisaukan malah berbanggalah kerna kamu bakal dihidangkan dengan makanan baru yang lain rasanya!!!

Oleh itu campakkanlah impian dan angan kamu setinggi awan dilangit,dan intailah sedikit cuma pada laut yang dalam bukan niat untuk mengecilkan sesuatu tetapi biar kita tahu bahawa setiap yang tinggi itu pasti ada rendahnya,dan setiap impian itu ada pasang surut untuk terlaksana akan ia