25 Julai, 2010

suara hati

suara hati
punya tuan untuk di dengari
ade akal untuk dituruti
namun kalah jua dengan nafsu duniawi

aku punya kamu
untuk berdiri
punya bisikan
untuk kembali semangat
kekuatanmu mengalahkan segalanya

kau hatiku
aku ingin kau terus bersuara
mengatakan yang hak dari dalam diri
diri ini milik kamu
usah kau biar ia pergi
tanpa kata darimu

perubahan itu...

sambungan kisah mesia 2........
rasanye dah 3minggu di mesia,emmm tapi baru sekali kua jalan2 dengan kawan2..
macam biasalah orang pun selalu kata jauh perjalanan luas pengalaman..begitula yang kita akan dapat if kita berjalan dan mentafsir..
tadi petang saya dan beberapa kawan yang lain sama2 menghadiri jemputan majlis perkahwinan kawan dan first time juga lah kami..eh silap saya menaiki ktm..heee..
mula naik tu memang rasa agak tersepit...abis diri yang kecil molek ni terhimpit oleh mereka yang beso2 tu..biasalah sapa suruh keluar hari ahadkan..
selesai saja kami berjumpa bersama2 selepas berada agak lama di dalam train yang memenatkan sehinggakan hampir tertidur dibuatnya kami akhirnya bergerak terus ke dewan yang berhampiran dengan muzium shah alam.....

sampai saja di dewan
emmmm...kawan jannah yer??tegur seorang kakak...
dari tafsiran mungkin kakak sedara jannah masakan tidak  muka yang agak muda dan tak salah kalo dipanggil kakak...tiba2 akak tu mreneruskan pertanyaannye lagi
kawan dari uia ea??emmmm...eh tak2 kami kawan sekursus jannah ooooooooo...tersnyum lebar akak tu...heeeee mungkin dalam fikirannye kawan lama jannah...dan kemudian akak tu pun mengenalkan dirinya sebagai mak jannah..........waaaaaaa terkejut akak,ngatkan akak sedara rupenye mak daaaa..(muda2..so kenela kawin muda if nak nampak muda...hohohohoh)

sampai saja di sana kami makan dahulu dan selepas itu barulah jumpa si pengantin yang lawa melecun tu..heee...jeles rasanya

dalam perjalanan pulang tiba2 terperasan rupa2nya banyak jugak perubahan di malaysia ni,ingatkan macam biasa jer dan antaranya kat ktm da ade koc untuk wanita dengan kata temanya"WANITA FOR ALL THE TIMES" (heeeee tak tau betol atau salah)
bagus jugak buat macam tu atleast nampaklah wanita ini dihargai sedikit sebanyak...hukhuk
tapi itu pun masih ade lelaki2 yang berdegil nak jugak dok kat tempat perempuan ni...hadoiiii macam2 laaa biasalah manusia kan...heeeeeeee
bersambung...........

22 Julai, 2010

malam ini...

malam ini.,..
tika langit yang cerah kian gelap
aku disini menantikan cantiknya bulan menyinari bumi dikala malam
saat manusia hilang dari kesibukan dunia
dari memikirkan masalah dunia
sejadah kembali menjadi tempat pengistirahatan

malam ini....
kembali lagi
dengan segala waktu yang telah kita tinggalkan
tiada apa yang terhasil
kecuali apa yang kita telah manfaatkan tika waktu itu
waktu yang ditunggu oleh seorang hamba kepadanya

malam ini..
kita bertemu
adakah masih ada waktu
untuk diri ini berazam dan melaksanakan
segala tugas sebagai khalifah di bumi ini
ditempat yang ENGKAU katakan
makhluk yang terbaik didunia
sedangkan sudah berapa banyak kemusnahan
yang mereka lakukan

malam ini...
aku memohon padaMU
lembutkan hati ini
permudahkan jalan dakwah ini
moge kami istiqomah
dan sentiasa berubah kearah kebaikan
kerana alinsan itu adalah nisyan
aminnnn.....

21 Julai, 2010

menjadi diri sendiri..

sudah lama rasanya nak menulis tentang tajuk ni,tapi bila nak wat je,ade saja bende yang menghalang..ape pun syukur kali ni niat yang tiba2 datang seperti angin yang bertiup kencang dan seperti itulah niat yang membara dalam ati ni...
menulis bukan sesuatu yang susah "secara umumnya"{ bak kata syitah...heheheh} semua orang pun bole menulis..cuma yang membezekan seseorang itu adalah apa yang ditulis olehnye..
dengan zaman moden yang ada sekarang ni..kita boleh memilih pelbagai cara untuk meluahkan apa yang kita rasa..yang penting minat dalam sesuatu kerja itu amat penting untuk kita bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara...cehhh macam pakar motivasi.heeeee...doakan ea
ramai dari kita ingin menjadi seperti orang lain dan sedikit darinya yang  berkeinginan untuk try meniru apa yang orang lain ade..but somtime apa yang ingin mereka tirukan itu tak menjadi pon..coz maybe disebabkan itu bukan jiwa mereka jadi diri yang mengikut,tak dapat menurutt keinginan yang diperlukan oleh nafsu..
dan sebenarnya menjadi diri sendiri itu lebih seribu kali bahagia dari kita cuba menjadi orang lain..kesimpulanya jadi lah diri sendiri dan yang paling penting perbaiki kelemahan diri untuk cemerlang dimataNYA

11 Julai, 2010

kembali semula...

alhamdulillah hampir seminggu di malaysia akhirnya kepeningan di kepala semakin pulih...huhuhhhh..kalau tidak sampai sekarang masih terasa seperti berada di awang-awangan...biasalah jarang2 menaiki kemudahan awam jenis ni.Selalu naik tremco tak pun tut-tut tak pun kereta api di alexandria tu,jadi bile tiba2 naik kemudaham awam yang jenis lain sikit ni apalagi  badan pun baru la mula nak berkenal-kenalan jadi bila perkenalan tak sampai ke penghujung tu yang macam2 di rasa tu..heheheh

apa-apa pun alhamdulillah dapat kembali semula selepas hampir dua tahun berada di negara orang..hemmmm
semuanya terasa kekok seolah2 malaysia ni negara yang baru diduduki walhal lahir disini dan tika itu mulalah diri ini merasakan mesir itu negara aku...ahaks...tak sedar diri...

umur yang meningkat membuatkan perubahan juga bertukar2 seiring zaman...
hemmm...masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki...sometimes kita terlupa yang manusia itu tak akan sempurna walau seribu tahun pun ia hidup tapi manusia itu akan ada sifat cuba untuk sempurna sehingga akhir hayatnya....


BERSAMBUNG............................