31 Mac, 2011

masam manis adik-beradik ramai...


abang jual tudung : ni cantik dik..

adik : wey cantik ke ea nii??

saya : bolehlah sesuai jugak dengan ko..

abang jual tudung : dik cakap kat kawan tu cantik tudung ni untuk dia,sesuai dengan muka..

saya cakap dalam hati...kawan???hahaha...sama muda ke????heee..

ni antara dialong yang sering akan saya dengari tiap kali keluar bersama adik-beradik..tak kisahlah ke pasar malam,kedai makan,atau pun pergi kenduri siap makcik-makcik boleh cakap lagi saya ni adik ke???heee serronok jugak dengar nampak lah muda sikit anyway tajuk kita hari ini tentang adik beradik masam dan manis...

tapi sejujurnya saya mengatakan yang adik beradik ramai ni sangatlah seronok dan banyak kelebihannya,walaupun sering bertengkar mulut tapi itu normal la..kalau tak,tak mesra ye dop?????

MANISNYA RAMAI NI...

seperti rakan sebaya
pertama yang saya nampak ialah bila besar nanti kita tak nampak seperti adik beradik means orang akan anggap kita ni rakan sebaya.
mana tidaknya kalau dah tinggi masing-masing lebih kurang je dan dibuat pula kakak yang pertama rendah comel je..adik-adik semua tinggi bagai galah....heee...so orang akan anggap yang kamu orang memang seperti kawan,lagi-lagi ditambah pula dengan muka yang tak berapa nak sama...
yang lagi best pada kakak pertama la..sebab nampak awet muda gitu...siapa setuju???ahaks...

boleh buat team bola sepak
ramai-ramai ni senang,,ok antaranya bila kamu orang nak main bowling atau futsal ke kan..kamu orang tak adalah asyik bermain bersama kawan je..lagi pun kadang2 payah nak ajak kawan-kawan mainkan..yela sorang kerja sampai lewat malam sorang lagi masih stdy dan lain-lain ada kerja masing-masing so tinggallah yang dua tiga orang jer yang berminat nak main pun ..so kalau ada adik beradik ramai cam saya ni tak susah-susah nak cari kawan ajak jer adik2 main cam dalam gambar ni...seronok tak???


kalau yang laki pulak tak payah susah-susah mahu ajak kawan main bola..ajak je adik-adik laki awak tu main bola..
dah save timed kan..ajak perempuan pun boleh jugak tapi nanti kalau menangis tanggung sendirilah ye,,,,heee


senang buat kenduri
bila kat rumah saya buat kenduri,perkataan yang pasti akan terkeluar walau sekali.kat mana-mana mulut makcik-makcik yang datang ialah...
"senang kak ani (mak saya)  buat kenduri macam ni ada ramai pembantu(pembantu tu kami2 lah yang dah besor-besor ni).."
saya yang kebetulan ketika tu sedang membasuh pinggan tersenyum kecil je..dalam hati kata tak nak buat menantu ke..hahahaha

fungsi ramai adik beradik ni bukan sekadar membuat bising di rumah tetapi dalam bab tolong menolong kami ada caranya..
mungkin yang seorang boleh uruskan bahagian depan yang lagi seorang dapur dan tugas-tugas yang lain dan secara tak langsung menjimatkan tenaga dan duit sebab dah ada tenaga buruh yang secara sukapaksa disuruh untuk membuat kerja...nasibla siapa suruh adik-beradik ramai..haaaaahahaha


rumah jadi meriah
dari kecik sampailah ke besar..perkara yang tak dapat dipisahkan bila ramai ni..mesti rumah jadi meriah...
masa kecik-kecik ni adik-adik la buat bisingkan..tambah pula kalau yang perempuan suka na jerit sana sini..kalau takat kena marah tu biasalah....ramaikan...

bila dan besar..time raya la jadi tempat untuk bising sana sini..wah gamat,tu tak campur yang dah ada anak..huhh poning kepalo..dengan yang menangis..gelak tawa...anak laki dengan perempuannya memang seronok!!!

MASAM APA PULA????
masam dan kelat serta pahitnya...


belajar untuk berkongsi
yee..nama pun ramai jadi kene la banyak kongsi-konsi sebab kalau tiap2 orang nak yang baru mungkin ibu bapa tak punya kos yang banyak..contohnye buku teks sekolah...macam kami.memang akan kongsi-kongsi sampai la buku teks ditukar silibus baru..kalau tak tukar memang alamatnya ke adik yang bongsu pun akan gune buku yang sama..

kalau mengikut pakaian jarang pula mama kami memberikan baju yang sama..paling2 pon mama akan bagi baju raya dua pasang tiap-tiap tahun tu masa kecil lah..bila dah besar ni ekonomi pun makin stabil adik-adik bawah saya lebih banyak dapat keuntungan berbanding kami akak-akak dan abang-abang yang dah tua ini...hemmm


 berjimat-jimat dalam belanja
dulu tak sama dengan sekarang,masa saya kecik belanja harian ke sekolah pagi dan petang ialah dalam rm2 tak pun kadang-kadang rm1.50..hahaha tu pun kira ok lah..sebab saya jenis bawa bekal ke sekolah..tapi adik-adik la ni aishh...rm5 sehari pg petang mak aiii seronok tak seronok la...banyak kot belum masuk pau duit akak diaorang yang dah kerja ni..memang manja...!!!!!
difahami jugalah mungkin peredaran masa banyak merubah segalanya....

kesimpulannya banyak lagi masam dan manis bila beradik-beradikkan ramai ni!!
kalau nak dituliskan memang tak larat..tapi ala kulli hal..seronok tu mungkin lebih banyak dari masamnnya...jadi alami dan rasailah sendiri....

29 Mac, 2011

freedom@kebebasan

pagi-pagi dilanda bersin yang tak henti-hanti ni..akibat demam yang masih tak surut lagi..tapi seronok juga demam kali ni...alhamdulillah syukur aku panjatkan kepadaMU...

tapi lagi seronok bila terdengar lagu ni..entah kenapa tiba-tiba terasa syahdu sangat..
mungkin nikmat kedamaian itu lebih terbaik kala peperangan berlaku sejak akhir2 ini,.doaku pada umat islam diluar sana  moge diberi yang terbaik dan moge kamu semua tabah dalam apa jua keadaan..
Allah pasti bersama kamu..aminnnn....hayatilah...




Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

senyum kecil pada sebuah kesakitan

alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi yang Engkau cipta ini.
walau tidak sesempurna semalam sekurang2nya hari ini aku mampu untuk mengucap syukur tak terhingga dengan segala yang di anugerahkan oleh mu..alhamdulillah...

semalam kita ada..hari ini begitu jua..namun esok belum pasti jawapannya..
apakah ujian yang mendatang dan kuatkah kita untuk menghadapinya???
persoalan sebegini jarang sekali diberi perhatian..barangkali mungkin peratus yang cuba untuk bermuhasabah teramat kecil sehinggakan acap kali terlalai gara-gara kesibukan dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar..
ahh apa yang dimengarutkan aku petang selasa begini..
dengan badan yang suam-suam panas begini memang tak mampu buat sesuatu yang berat tapi aneh sekali bisa pula kau menaip didepan komputer riba kecil milikku ini..huhhhhh

hem..sakit itu ujian ke kifarah?????hemmm
aku harapkan sakit ku ini menjadi kifarah bagi dosa-dosa yang aku lakukan tanpa disengajakan atau sebaliknya...aminnn...
moga ia akan mengugurkan dosa2 ku seperti hadis nabi...

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

kenangkan kembali saat sakit menghadapi sebuat kesakitan dan perit menanggung segalanya pasti diri ini lemah tanpa segala kekuatan tapi bila difikirkan sakit itu kifarah dosa aku jadi tersenyum sendirian kadang ketawa kecil dalam kesakitan....andai semua tahu akan nikmat sebuah kesakitan pasti tabah dan kuat itu milik kita bersama...
 
sakit itu milik Allah..dia yang memberi dan kepada dia jua kita kembalikan segalanya...

25 Mac, 2011

pendorong kamu siapa???

semangat diri selalunya datang dari pendorong yang memberi seribu satu idea untuk melakukan sesuatu yang baik dalam apa sahaja perkara yang dingini.
seorang pendorong mampu memberi kesan yang amat besar kepada mereka yang menjadikan ianya sebagai tulang belakang dalam sesuatu pekerjaan.

contoh yang amat jelas kita lihat sahaja betapa ramai lelaki di luar sana yang berjaya dengan begitu membanggakan,dan jika dilihat  pasti ada wanita atau sayap kiri yang membantu,menolong dan menaikkan semangat dalam apa jua keadaan sekalipun.

nabi muhammad saw sendiri kuat dengan adanye pendorong dalam hidup baginda seperti saiyidatina khadijah yang mengembalikan keyakinan dalam diri baginda saat diri mengigil ketakutan apabila sampai kepadanya wahyu pertama melalui jibril.
kala diri baginda terasa tidak mampu itulah,seorang pendorong yang begitu bijak memainkan peranannya menstabilkan kembali keadaan dan memberi kata2 nasihat bahawa bagindalah yang selayaknya.


sekiranya mereka berkahwin isteri sebagai tempat luahan dan pendorong mereka,tetapi bagi mereka yang bergelar anak pastinya ibu bapa selayaknya menjadi pendorong untuk mereka berjaya dalam segala aspek.
oleh itu pentingnya melahirkan keluarga yang begitu mesra dan memahami antara satu sama lain.
tetapi saya tidak mengatakan mesra itu tanpa ada cubitan atau pukulan yang mengajar erti kedewasaan dan membezakan yang baik dan buruk.malah dengan ajaran sebegitu pasti anak akan ada rasa hormat dan patuh mereka pada ibu dan ayah.

kebiasaanya jawapan yang saya dapati apabila ditanya siapa pendorong anda????
pasti IBU menjadi pilihan ini kerana sifat perempuan yang suka melayan dan mendidik inilah menjadikan anak lebih rapat dan senang untuk bercerita..IBU selalunya akan mendengar segala masalah anak-anak tanpa rasa bosan dan memberi nasihat tanpa rasa jemu..walaupun acap kali kita dengari anak-anak rimas juga apabila sering dibebelkan oleh IBU-IBU mereka...tetapi percayalah pendorong inilah yang akan kamu rindu-rindukan saat berjauhan nanti.

fitrah manusia itu suka berpasangan,kadang bukan IBU sahaja yang menjadi pendorong mereka tetapi ayah juga menjadi pilihan..wah boleh pilih-pilih pula..
tapi tak salah untuk memilih mungkin ada yang lebih selesa untuk menjadi ayah sebagai teman bergurau bertukar pendapat dan yang penting mungkin mudah untuk mereka menerima nasihat dari insan bergelar ayah.
yang pasti kebanyakan mereka yang rapat dan menjadikan ayah sebagai pendorong mereka adalah anak perempuan...kenpa ye?????mungkin kerna lain jantina???atau mungkin anda sendiri ada jawapannya....

fungsi dan peranan sebagai seorang pendorong amat besar sekali impaknya...
pendorong sebagai teman,
pendorong tempat mengadu segala cerita,
pendorong penaik semngat diri,
pendorong menjadi pengkritik terbaik,
pendorong pemberi pujian seikhlas hati,
pendorong segala2nya bagi mereka yang menjadi ia sebagai tempat luahan...

solusinya setiap orang pasti ada pendorong,cume yang membezekan ia adalah bagaimana dorongan itu disampaikan...mahu tidak mahu pendorong itu perlu...jadi siapa pendorong anda?????

21 Mac, 2011

~hargai percikan api yang kian hilang~


hilang mecari ke serata tempat,namun tak jua ditemui..
ke sana ke mari mencari satu tujuan..
tapi ia seakan hilang lari dari anak mata kecil ini..
kehadapan..
kebelakang..
kanan..
kiri...
atas mahu pun bawah...
sikit pun tiada tanda....
mana pergi sesuatu yang ku cari...
hilang tanpa ada kesan yang di tinggali..
pasrah...itu kata hati yang lemah...
dan aku tahu kalau-kalau itu bukan aku..
aku yakin...
bahawa hati milik diri ini..
kuat dan takkan mudah mengalah...
lalu..
kuteruskan jua langkahan
mencari percikan itu..
percikan api yang marak..
semarak api membara...
walau ia sekadar percikan yang sedikit mungkin...
bisa memberi seribu makna...

dalam kekalutan..
aku kehilangan akan suatu yang disayangi
yang telah merobek kuat hati ini..
seakan separuh hati ini hilang bersamanya..
pergi meninggalkan jasad yang masih berdiri atas muka bumi ini..
ouhhh...
kuatkah aku tanpa kamu???
kuatkah aku tanpa percikan api itu???
kuatkah aku lalui jalanan hidup yang masih panjang???
soal hati dan diri mencari jawapan...
hemmmm....
aku pergi hilang tanpa jawapan....
walau tahu ia pasti sukar ditemui saat dan kala ini..
yang pasti aku masih punya KAu...
yang membenarkan percikan api itu mengalir hingga kini...
sekalipun percikan itu tidak semarak dulu...
akan ku hargai setiap percikan yang masih berbaki hingga hujung nyawa ini..
kerna setiap percikan itu...
adalah semangat yang kau beri buat diri agar menghargainya...



:::::percikan api itu tetap tidak akan hilang....percayalah...

20 Mac, 2011

bahagia hidup anak kecil itu...

kebahagiaan itu kata orang hak milik semua,yee aku pegang akan kata semangat yang bisa menjadi penguat tatkala hampir terjatuh...siapa pun berhak untuk merasa bahagia,berhak untuk senyum tatkala celik dari tidur berpanjangan,berhak untuk kejar akan sebuah ketawa milik semua...

bila di kenang kembali,,setiap insan punyai kisah kanak-kanak tersendiri...
dan bagi aku pula sejuta kesyukuran aku panjatkan kepada ilahi kerna sekurang-kurangnya sejarah kecil aku penuh dengan tawa,senyum dan sederhana saat melalui liku2 perjalanan sehingga hampir separuh abad ini...

masih aku ingat dahulu masa aku masih sekolah agama dan kebangsaan seawal umurku 8,9 tahun kebahagiaan yang aku alami sehingga aku masih kenang hingga kini ialah bila mama berada di rumah pada waktu kerja....aku terasa dunia ni milik aku..

mama kerja sebagai guru di salah sebuah sekolah di kuala lumpur...jadi pagi2 lagi dalam pukul 6pg pasti mama dan buya hilang di pandangan mata....andai aku terlewat bangun pasti hari yang akan aku alami terasa kosong,suram dan dunia tidak bererti,dan pasti2nya aku akan terasa sedih yang amat...entah berat sekali untuk melepaskan mama ke sekolah...kadang2 kalau sempat berjumpa dengan mama dan buya sekalipun pasti akan meragam juga anak2 kecil pak cik shafie ni...heee kelakar pula....
bila difikirkan kembali aku pun tidak tahu apakah puncanya,itu cerita andai mama ke tempat kerja...
lain pula bila mama cuti pada waktu kerja...
macam aku sendiri lepas jer habis waktu sekolah agama dalam pukul 10.30 macam tu..terus pecut naik basikal pulang ke rumah tak fikir dah kawan2 atau siapa pun...yang penting kat rumah dah ada orang tunggu....(tersenyum aku sendirian)

seronok gembira dan macam-macam lagi perasaan yang ada di hati ini....itulah cerita bahagia anak kecil yang pernah aku alami...tetapi aku tahu kalau-kalau nasib tak semuanya sama,
barangkali ada yang lebih seronok dari aku,dan mungkin sebaliknya....namun yang pasti hargailah setiap apa yang kita pernah alami..kerna setiap kenangan itu berharga dan tak mungkin dapat dilupakan walau ia sepahit biji kopi.....

06 Mac, 2011

kita ada Allahkan...???

salam..selamat pagi,selamat memulakan hari baru,selamat untuk segalanya..hee...

Apa khabar semua??harap sihat hendaknya...bagaimana pagi anda?bagaimana pemulaan untuk hari ini?dan apa yang anda fikirkan pada pagi mulia penuh berkat ini...adakah sudah selesai tanggungjawab kita sebagai hamba Allah?adakah kebangkitan pg ini diawali dengan bacaan2 doa atau kita terus menerus mengingati duniawi yang tiada sudahnya..

Ayuh kawan2,mari kita istigfar kembali..refresh hati kita dengan perbanyakkan istigfar..
Beri hati itu makanan zikir2 yang dapat menguatkan jiwa kita kembali pada sang pencipta,
jangan sekadar kuat pada luaran tetapi tidak pada dalaman..
Dan ingatlah kita ada Allah sebagai tempat bergantung,
andai punya masalah sebesar apa sekali pun,
carilah DIa sebagai tempat bergantung,
barangkali mungkin kita perlu pada manusia sebagai tempat untuk berkongsi sesuatu,
tetapi ingatlah manusia akan lari pada kita,tetapi DIA akan tetap pada hamba2 yang mengharap kepadANYA,
sama2lah kita bermuhasabah kembali lebih2 lagi pada tangan yang menaip akan semua ini..
Supaya kita senantiasa beringat yang kita tetap dan selamanya akan ada DIA selagi kita dekat padanya...aminn

01 Mac, 2011

lama menyepi...

salam pembuka bicara pg rabu yang indah ini..wah berbunga2 plak ayat kali ni...

Sihatkah kawan2?ish..mane boleh sakit,masing2 tengah happy kat malaysia ni kan,hee...jadi perasaan benci,marah,sedih semua hilang bila dapat jumpa dengan family..apa2 pun saya nak ucapkan selamat berbahagia disamping orang tersayang selagi masih menetap di bumi malaysia yang tercinta ini...suka2 juga tp pelajaran jangan dilupa..

Pada kawan2 di luar sana,maaf banyak saya pinta kerana sudah lama sangat menyepi tanpa berita di kamar ini..bukan sengaja,tp dalam tempoh sy berdiam selama ini pelbagai perkara berlaku,walaupun saya tahu itu hanya alasan kecil yang boleh dibuat2,insyaallah saya akan cuba aktif kn kembali blog saya ini...salam sayang dan ukhuwah sesama kita...