14 Mei, 2010

~kesedaran kita kepada mereka~

assalamualaikum...
pelbagai masalah dunia yang saban hari melibatkan kemusnahan di muka bumi yang kian tua ditelan zaman.Tiap hari seandainya kita rajin membaca akhbar dan mengikuti perkembangan semasa yang kalau boleh dikatakan masalah jenayah sahaja rasanya hampir tidak cukup untuk dipaparkan di muka surat yang ada,kadang-kadang kita sebagai pembaca pun hampir jemu dengan masalah-masalah yang ada.jenayah buang bayi,,masalah melibatkan isteri dan suami,tak kurang tu masalah tiadanya hormat terhadap ibu bapa seakan-akan sudah tiada sentiviti di kalangan manusia abad kini..dan yang paling meruntun hati saudara-saudara kita di palestin masih terseksa oleh mereka yang hilang sifat belas kasihan dan bersifat kejam sesama manusia..

siapa yang tidak tersentuh hatinya bila hati-hati yang hidup kerana Allah dan sama2 memperjuangkan islam itu sendiri namun tiba2 di robek zahir dan batin oleh mereka yang datang untuk menghancurkan satu pengangan yang menjadi perkongsian semua umat islam...


sedih di hati dan terluah dimulut namun apakah usaha yang kita lakukan???
 tepuk dada tanya iman...apakah sumbangan yang telah kita lakukan untuk mereka??

mereka tidak mengharapkan sesutu yang tinggi nilainya,yang cantik,apatah lagi untuk mereka memilih2 namun apa yang kita berikan,mereka terima seadanya...
oleh itu pelbagai cara boleh kita lakukan.Bagi mereka yang mempunyai rezeki yang lebih sumbangkanlah melalui derma kepada pihak2 tertentu,atau mungkin dapat kita tukarkan bentuk wang kepada makanan,pakaian dan benda2 asas yang diperlukan dalam kehidupan.Namun jangan bersedih bagi yang kurang berkemampuan kerana Allah tetap memberi peluang untuk kita bersedekah tapi bagaimana???
iaitulah tidak lain dan tidak bukan melalui doa yang berterusan selepas solat,atau pun melalui qunut nazilah agar saudara2 kita di sana kuat menempuh dugaan dan moga islam memperoleh kemenangan...aminnnnn