30 September, 2009

Assalamualaikum.............



Alhamdulillah raya di sambut dengan penuh kesederhanaan,agar kita tak melupakan pada mereka yang memerlukan..kalau kita dapat lihat bagaimana masih ada lagi saudara kita yang kekurangan makanan bukan sahaja tidak dapat menikmati makanan malah kadang2 terpaksa mencari makanan di tempat pembuangan sampah...

Dan yang sadis sekali apabila anda berkesempatan ke bumi mesir ni kita dapat lihat rakyat nya yang pelbagai.Jika mereka golongan yang kaya raya dengan ragam mereka yang boleh memakai pelbagai barang berjenama dan kalau yang kurang berupaya dari segi harta pulak lain pulak cerita nya,bukan saja tidak dapat memakai pelbagai barang yang menarik lagi cantik malah terpaksa menjadi muka tembok dengan mengemis sana sini...sedih sekali,manakan tidak yang meminta tu adalah mereka yang tidak sepatutnya untuk melakukan kerja tersebut bayangkanlah anak2 yang masih kecil lagi atau kata mudahnya baby pun sudah mengikut maknya meminta sedekah..bagaikan satu ajaran pulak rsanya.

Bukan kita hendak mengatakan mengemis sepeti ini perlu kita buat malah seandainya dapat kita elakkan dengan kerja2 yang lain,itu adalah yang terbaik........tapi kita di malaysia umumnya tak perlu berbuat begitu...

Oleh itu marilah kita sama2 bersyukur dan berdoa agar nikmat yang di berikan ini terus berpanjangan dan moga kita tak tak riak dan sentiasa merendah diri.wallahualam....

20 September, 2009

ramadhan berlalu.....

BISMILLAH........



Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar
Takbir berkumandang menandakan tibanya hari raya dan berlalunya puasa yang kita harapkan agar kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan....insyaAllah

Kawan2 bagaimana puasa kita yang lepas??o.k atau k.o??harapnya diskaun yang Allah berikan kepada kita telah kita rebut dengan sebaik mungkin namun penulis sendiri sedih dengan diri ini yang banyak terlalai dek diri yang tidak bertanggungjawab menguruskan masa yang telah dianugerahkan Allah pada setiap hamba nya.

Allah telah berfirman "dema masa.sesunguhnya manusia itu dalam kerugian....."
begitu sukar untuk kita memenuhi masa yang pada setiap detik dan setiap saat yang mana ada manfaatnya....namun sebagai manusia yang yang memang asalnya nisyan memang tidak dapat tidak kita akan terlupa amanah yang perlu kita jalan kan...


Ya Allah......sedarkan lah diri ini...moge ramadhan kita yang lepas di terima Allah dan dapat kita bertemu ramadhan akan datang aminnnn.....

13 September, 2009

Renungkan....

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin
Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir
kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang
selalu dirasainya kurang khusyuk..
Pada suatu hari, Isam menghadiri
 majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu
solat, aku berwudhu' zahir dan batin.
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir
sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
 anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-
 * Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah
berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat,
aku faham maknanya kemudian aku rukuk
dan sujud dengan tawadhuk,aku
bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam
dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
 selama 30 tahun."
 Apabila Isam mendengar, menangislah
 dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
 Untuk manfaat kita bersama,insyaAllah

11 September, 2009

dah setahun dah rupanya...

Salam kengkawan...pejam celik,pejam celik rupanya da setahum kami di perantauan patutlah lain macam jer ayah aku sejak akhir2 ni mungkin rindu kot kat aku..yela da setahun kat sini n mungkin teringat time antar anak dier dulu kat klia....ape2 pun moge aku makin thabat dalam perjuangan...kawan-kawan moge perjalanan kita yang masih panjang ni dapat kita manfaatkan dengan sebaik mungkin,andai diri ini lemah dan tidak berdaya bantulah aku..pada mama n abuya kat malaysia doakan k.yah dapat jadi anak,pelajar,dan rakyat yang berguna pada agama,bangsa dan negara...luve u all....

salam ulang tahun kawan2,moge terus thabat dalam perjuangan....aminnnnnn

09 September, 2009

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh
Dalam artikel ini  saya ingin menceritakan tentang   pengalaman seorang bapa terhadap anak kesayanganya yang mempunyai penyakit hati,moge kita sama2 mendapat manfaat dari cerita ini

Saya diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.
Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
 
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”. Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
  1. Hati
  2. Jantung
  3. Paru-paru
  4. Perut
  5. Hempedal
  6. Buah pinggang
  7. Jantung
  8. Buah pinggang
  9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  10. Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah  bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.
Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.
Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :
  1. Elakkan dari makan sebarang organ  dalaman seperti hati dsbnya.
  2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
  3. Elakkan minuman bergas
  4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
  5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
  6. Makan buah delima
  7. Makan epal hijau.
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.
Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.
Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.
Sekian wassalam wallahualam


p/s:kadang kita ni cume ikut jer fakta yang ada tanpa mengkaji...moge lepas ni kita lebih berhati2.

03 September, 2009

ibubapa

Melihat pada masalah sekarang tidk kira di mana sekali pun permasaalahan mengenai remaja sering mendapat perhatian umum sehingga kan membawa kepada masalah besar yang memberi kesan kepada masyarakat setempat.

Kadang2 terfikir juga penulis mengapa ini semua ini berlaku sedangkan jika kita lihat pada zaman nabi dulu remaja ini tunggak negara,malah di sanjung dek kerana mmpunyai buah fikiran yang sangat bernas bagi memimpin sesebuah negara.nabi Muhammad s.a.w sendiri menjadi contoh terbaik sejak baginda kecil,remaja,suami,ayah dan seterusnya atok kepada cucu....selain itu kita juga mempunyai contoh pemimpin yang berkaliber seperti sultan muhamad alfateh, betapa kebijaksanaannya dalam memerintah negara sejak kecil dan banyak lagi contoh yang boleh kita ambil.Namun bukan sekadar contoh itu saja perlu kita ambil malah yang perlu kita teliti dan kita kaji apakah bahan2 yang mereka ini gunakan bagi menghasilkan masakan yang bukan saja sedap malah jika kita merasai makanan tersebut bolah membuat kan kita terpaku seketika.

Penulis melihatkan dalam masalah yang melibatkn remaja hari ini tidak lain tidak bukan ibubapa lah yang menjadi hero dan heroin bagi sesebuah filem,ini kerana jika kita lihat sejak kecil lagi kita dipelihara oleh ibubapa/pengasuh.Yang dikatakan pengasuh ni siapa?adakah semata2 ibubapa?jadi kalau dikatakan begitu bagaimana pula jika anak yang dijaga oleh atuk atau nenek?jadi sebab itu penulis suka mengunakan perkataan pengasuh,tapi kesemua itu tidak penting.

Apa yang ingin dinyatakan ialah bagaimana didikan yang sempurna dari ibubapa ini sendiri bagi melahirnkan ank yang sempurna dari aspek agama malah mampu mentadbir dunia yang amat memerlukan remaja sebagai pelapis kepimpinan negara.
Peranan nya disini adalah ibubapa/pengasuh hendaklah mendidik anak2 mengikut jalan2 yang telah ditetapkan oleh agama secara praktikalnya.Banyak institusi kekeluargaan yang berjaya dalam mendidik anak2 sehingga ke akhirnya dengan menggunakn pelbagai cara yang berhikmah sesuai dengan anak itu sendiri dan selari dengan agama.

Penulis teringat ketika penulis di bangku sekolah dulu guru penulis pernah mengatakan mendidik anak perlu mengikut step2 yang betul mengikut umur anak tersebut,dan
jika anaknya berumur 20tahun dan ke atas sudah boleh dilepaskan dengan selamt namun masih ada lagi kuasaan ibubapa.
Penulis bersetuju dengan pendapat sebegitu,secara amalinya ia telah membawa kesan apabila didikan agama diterapkan dan mampu nendidik anak menjadi manusia dan mampu bergerak di atas kaki sendiri pada tahap umur yang sepatutnya.
Anak2 juga pasti berasa rimas kalau di umur yang perlu untuk mereka berdikari tetapi masih ibubapa yang mengawasi ke semuanya.Lalu timbullah masalah remaja memberontak,melepak,mencuri dan pelbagai lagi isu yang menjadi masalah saban hari.
-DOA-
Doa sebagaimana yang dikatakan oleh sahabat penulis,kalau lah sayangkan anak semata dengan memberi kemewahan keselesaan hidup tanpa mengharapkan doa dri ilahi seperti lah juga seorang anak yang nak duit dari ayahnya namun tidak meminta dan memujuk ayahnya agar memberi wang kepadanya.doa tidak kisah dalam bentuk ayt bagaimana pun namun antara doa yang jelas itu adalah lebih baik seperti“Ya Allah, hamba telah berusaha mendidik dan mengarahkan anak-anak hamba kepada kebaikan, namun Engkaulah Dzat yang maha menguasai hati manusia. Naungilah hati anak hamba dengan kejernihan kasih-Mu, hiasilah hati anak hamba dengan kelembutan cinta-Mu. Patrikanlah dalam qalbu anak hamba semangat untuk selalu menaati agama-Mu. Hanya kepada-Mu-lah kami berserah diri”. Wallahu sami'ud-du’a, dan Allah maha mendengarsetiap desahan doa dari para hamba-Nya.

-KASIH SAYANG-

Selain itu unsur2 kasih sayang amat diperlukan bagi menguatkan lagi hubungan sesebuah kekeluargaan.Penulis berasa kesal dengan sikap sesetengah ibubapa yang melepaskan batuk di tangga.Kita katakan anak itu adalah rezeki,betul jika itu sangkaan dan pandangan kita namun yang menjadi masalah nya sekarang ini ibubapa tidak pandai menggarap rezeki yang Allah berikan agar membuahkan hasil yang nermanfaat bukan di dunia malah di akhirat yng kekal pasti.
Fahamilah kehendak anak2 itu.Namun perlu di ingat jangan terlampau memanjakan sehingga membuatkan anak tidak ada perasaan hormat lagi kepada ibubapa.anak itu sebenarnya perlukan perhatian yang lebih,suka di manjakan dan dihormati pendapat mereka dan bukannya dianggap tidak memerlukan.

-KEYAKINAN-

Disaat anak2 kian menigkat remaja keyakinan diri untuk tampil kehadapan amat di harap kan.Kadang2 mereka tidak akan berkata seperti "mak bagi la dorongan pada kakak" atau pun dengan ayat lain yang lebih jelas namun cukuplah sekadar mereka mengadu masalah mereka dan apabila mereka minta agar didoakan untuk apa2 sebab sekalipun.Menandakan semangat dari ibubapa itu perlu sehinggakan mereka yang sebenarnya tidak pandai pun,tetapi apabila terngiang2 semangat "kakak boleh.mak doakan dari jauh"itu sudah cukup membuatkan semangat mereka berkobar-kobar untuk membuat sesuatuperkara dengan lebih baik.

-ROLE MODEL-
kebanyakan anak-anak yang cemerlang jika di katakan siapa kah role model bagi mereka pasti mereka mengatakan ibubapa lah menjadi contoh terbaik.Tunjukkan yang kita ini mempunyai akhlak yang baik yang mampu mereka contohi seterusnya mampu mereka banggakan dengan apa yang ibubapa mereka tonjolkan.antara contoh yang amat baik ialah hidupkan solat jemaah di rumah sejak membina rumah tangga lagi.

Bagi ibu pula sediakan keperluan yang terbaik.
Sekiranya si anak masih belajar sediakan keperluan secukupnya..dari segi pakaian.alat tulis dan kalau boleh sediakan sekali bekalan makanan anak2 di sekolah selain dapat menjimatkan ekonomi malah dapat merapatkan lagi hubungan ibu dan anak dan mereka pasti akan berbangga dengan pengorbanan ibu mereka(moge kita dapat menjadi seperti itu).
Anak lebih tertumpu pada apa yang orang dewasa lakukan jadi tunjukkan lah contoh yang terbaik agar mereka dapat mempraktikkan di masa akan datang.

Abdullah Nasih Ulwan, dalam bukunya Pendidikan Anak-anak Dalam Islam menyebut bahawa cara-cara berkesan untuk mendidik anak-anak ialah:

(i) dengan memberikan contoh teladan;

(ii) dengan membiasakan si anak mengamalkan perkara baik;

(iii) dengan menasihati dan membimbing;

(iv) dengan memerhati dan mengawasi; dan,

(v) dengan mendenda dan menghukum.

Walaupun beliau ada menyebut tentang perlunya menimbulkan perasaan kecut dan gerun ketika menasihati si anak serta memberi hukuman dengan menakutkan dan menggentarkan, namun, kedua-dua cara ini adalah sebahagian kecil dari puluhan cara lain yang lebih berkesan dalam mendidik anak-anak.

Malah, beliau juga menekankan betapa kanak-kanak ini berbeza antara satu sama lain. Ada yang dapat dibetulkan bila si ibu menjeling atau si bapa berdehem. Ada pula yang perlu ditegur secara lisan. Malah, ada juga yang hanya berhenti buat kelaku setelah tangan ibu atau bapanya singgah di badan. Dalam kata-kata lain, kanak-kanak perlu dididik mengikut keperibadiannya.

Oleh itu segalanye terletak pada ibubapa dalam mencorak anak2..moge anak yang di didik mampu menjadi insan yang mampu meberi sumbangan pada agama bangsa dan negara...wallahualam