03 September, 2009

ibubapa

Melihat pada masalah sekarang tidk kira di mana sekali pun permasaalahan mengenai remaja sering mendapat perhatian umum sehingga kan membawa kepada masalah besar yang memberi kesan kepada masyarakat setempat.

Kadang2 terfikir juga penulis mengapa ini semua ini berlaku sedangkan jika kita lihat pada zaman nabi dulu remaja ini tunggak negara,malah di sanjung dek kerana mmpunyai buah fikiran yang sangat bernas bagi memimpin sesebuah negara.nabi Muhammad s.a.w sendiri menjadi contoh terbaik sejak baginda kecil,remaja,suami,ayah dan seterusnya atok kepada cucu....selain itu kita juga mempunyai contoh pemimpin yang berkaliber seperti sultan muhamad alfateh, betapa kebijaksanaannya dalam memerintah negara sejak kecil dan banyak lagi contoh yang boleh kita ambil.Namun bukan sekadar contoh itu saja perlu kita ambil malah yang perlu kita teliti dan kita kaji apakah bahan2 yang mereka ini gunakan bagi menghasilkan masakan yang bukan saja sedap malah jika kita merasai makanan tersebut bolah membuat kan kita terpaku seketika.

Penulis melihatkan dalam masalah yang melibatkn remaja hari ini tidak lain tidak bukan ibubapa lah yang menjadi hero dan heroin bagi sesebuah filem,ini kerana jika kita lihat sejak kecil lagi kita dipelihara oleh ibubapa/pengasuh.Yang dikatakan pengasuh ni siapa?adakah semata2 ibubapa?jadi kalau dikatakan begitu bagaimana pula jika anak yang dijaga oleh atuk atau nenek?jadi sebab itu penulis suka mengunakan perkataan pengasuh,tapi kesemua itu tidak penting.

Apa yang ingin dinyatakan ialah bagaimana didikan yang sempurna dari ibubapa ini sendiri bagi melahirnkan ank yang sempurna dari aspek agama malah mampu mentadbir dunia yang amat memerlukan remaja sebagai pelapis kepimpinan negara.
Peranan nya disini adalah ibubapa/pengasuh hendaklah mendidik anak2 mengikut jalan2 yang telah ditetapkan oleh agama secara praktikalnya.Banyak institusi kekeluargaan yang berjaya dalam mendidik anak2 sehingga ke akhirnya dengan menggunakn pelbagai cara yang berhikmah sesuai dengan anak itu sendiri dan selari dengan agama.

Penulis teringat ketika penulis di bangku sekolah dulu guru penulis pernah mengatakan mendidik anak perlu mengikut step2 yang betul mengikut umur anak tersebut,dan
jika anaknya berumur 20tahun dan ke atas sudah boleh dilepaskan dengan selamt namun masih ada lagi kuasaan ibubapa.
Penulis bersetuju dengan pendapat sebegitu,secara amalinya ia telah membawa kesan apabila didikan agama diterapkan dan mampu nendidik anak menjadi manusia dan mampu bergerak di atas kaki sendiri pada tahap umur yang sepatutnya.
Anak2 juga pasti berasa rimas kalau di umur yang perlu untuk mereka berdikari tetapi masih ibubapa yang mengawasi ke semuanya.Lalu timbullah masalah remaja memberontak,melepak,mencuri dan pelbagai lagi isu yang menjadi masalah saban hari.
-DOA-
Doa sebagaimana yang dikatakan oleh sahabat penulis,kalau lah sayangkan anak semata dengan memberi kemewahan keselesaan hidup tanpa mengharapkan doa dri ilahi seperti lah juga seorang anak yang nak duit dari ayahnya namun tidak meminta dan memujuk ayahnya agar memberi wang kepadanya.doa tidak kisah dalam bentuk ayt bagaimana pun namun antara doa yang jelas itu adalah lebih baik seperti“Ya Allah, hamba telah berusaha mendidik dan mengarahkan anak-anak hamba kepada kebaikan, namun Engkaulah Dzat yang maha menguasai hati manusia. Naungilah hati anak hamba dengan kejernihan kasih-Mu, hiasilah hati anak hamba dengan kelembutan cinta-Mu. Patrikanlah dalam qalbu anak hamba semangat untuk selalu menaati agama-Mu. Hanya kepada-Mu-lah kami berserah diri”. Wallahu sami'ud-du’a, dan Allah maha mendengarsetiap desahan doa dari para hamba-Nya.

-KASIH SAYANG-

Selain itu unsur2 kasih sayang amat diperlukan bagi menguatkan lagi hubungan sesebuah kekeluargaan.Penulis berasa kesal dengan sikap sesetengah ibubapa yang melepaskan batuk di tangga.Kita katakan anak itu adalah rezeki,betul jika itu sangkaan dan pandangan kita namun yang menjadi masalah nya sekarang ini ibubapa tidak pandai menggarap rezeki yang Allah berikan agar membuahkan hasil yang nermanfaat bukan di dunia malah di akhirat yng kekal pasti.
Fahamilah kehendak anak2 itu.Namun perlu di ingat jangan terlampau memanjakan sehingga membuatkan anak tidak ada perasaan hormat lagi kepada ibubapa.anak itu sebenarnya perlukan perhatian yang lebih,suka di manjakan dan dihormati pendapat mereka dan bukannya dianggap tidak memerlukan.

-KEYAKINAN-

Disaat anak2 kian menigkat remaja keyakinan diri untuk tampil kehadapan amat di harap kan.Kadang2 mereka tidak akan berkata seperti "mak bagi la dorongan pada kakak" atau pun dengan ayat lain yang lebih jelas namun cukuplah sekadar mereka mengadu masalah mereka dan apabila mereka minta agar didoakan untuk apa2 sebab sekalipun.Menandakan semangat dari ibubapa itu perlu sehinggakan mereka yang sebenarnya tidak pandai pun,tetapi apabila terngiang2 semangat "kakak boleh.mak doakan dari jauh"itu sudah cukup membuatkan semangat mereka berkobar-kobar untuk membuat sesuatuperkara dengan lebih baik.

-ROLE MODEL-
kebanyakan anak-anak yang cemerlang jika di katakan siapa kah role model bagi mereka pasti mereka mengatakan ibubapa lah menjadi contoh terbaik.Tunjukkan yang kita ini mempunyai akhlak yang baik yang mampu mereka contohi seterusnya mampu mereka banggakan dengan apa yang ibubapa mereka tonjolkan.antara contoh yang amat baik ialah hidupkan solat jemaah di rumah sejak membina rumah tangga lagi.

Bagi ibu pula sediakan keperluan yang terbaik.
Sekiranya si anak masih belajar sediakan keperluan secukupnya..dari segi pakaian.alat tulis dan kalau boleh sediakan sekali bekalan makanan anak2 di sekolah selain dapat menjimatkan ekonomi malah dapat merapatkan lagi hubungan ibu dan anak dan mereka pasti akan berbangga dengan pengorbanan ibu mereka(moge kita dapat menjadi seperti itu).
Anak lebih tertumpu pada apa yang orang dewasa lakukan jadi tunjukkan lah contoh yang terbaik agar mereka dapat mempraktikkan di masa akan datang.

Abdullah Nasih Ulwan, dalam bukunya Pendidikan Anak-anak Dalam Islam menyebut bahawa cara-cara berkesan untuk mendidik anak-anak ialah:

(i) dengan memberikan contoh teladan;

(ii) dengan membiasakan si anak mengamalkan perkara baik;

(iii) dengan menasihati dan membimbing;

(iv) dengan memerhati dan mengawasi; dan,

(v) dengan mendenda dan menghukum.

Walaupun beliau ada menyebut tentang perlunya menimbulkan perasaan kecut dan gerun ketika menasihati si anak serta memberi hukuman dengan menakutkan dan menggentarkan, namun, kedua-dua cara ini adalah sebahagian kecil dari puluhan cara lain yang lebih berkesan dalam mendidik anak-anak.

Malah, beliau juga menekankan betapa kanak-kanak ini berbeza antara satu sama lain. Ada yang dapat dibetulkan bila si ibu menjeling atau si bapa berdehem. Ada pula yang perlu ditegur secara lisan. Malah, ada juga yang hanya berhenti buat kelaku setelah tangan ibu atau bapanya singgah di badan. Dalam kata-kata lain, kanak-kanak perlu dididik mengikut keperibadiannya.

Oleh itu segalanye terletak pada ibubapa dalam mencorak anak2..moge anak yang di didik mampu menjadi insan yang mampu meberi sumbangan pada agama bangsa dan negara...wallahualam

2 ulasan:

abnaulharaki berkata...

salam..mabruk nadia;)hope blog ni dapat jadi salh 1 medium utk berdakwah..moga terus thabat..good post..

AinRoFa berkata...

salam..waa.kecil2 berisi adek akak ni..huhu..
keep writing 4 ummah!! wslm