28 Julai, 2012

pecah pinggan hancur berkecai

dulu masa kecik2
bila minta sesuatu dr abuya atau mama mesti harapan nak dapat tu tinggi
jadi ketika tempoh nak minta tu berangan da macam2
semuanyan indah-indah
merancang segala yang dingini
seolah-olah itu yang akan berlaku

sampai satu saat masa yang ditunggu-tunggu
mulut ketika nak berkata-kata tu punya lah payah
berkias-kias
akhirnya terucap juga

bila sesuatu yang kita nak dapat
jadi alhamdulillah jawabnya
namun bila tak dapat
dalam hati macam pinggan pecah
hancur berkecai


lepas tu sedih seminggu
nak ambil masa terima bukan suatu yang senang
tapi lama kelamaan berjaya juga perasaan kecewa dicampak jauh2

kata orang kata ibu ayah tu ada hikmahnya
ya percaya pada itu
buat aku lebih tenang

semoga segala yang berlaku
buat aku lebih tenang dan bersabar

tegur andai sayang kamu padaku

dalam hidup ni orang kata tak payah ambil tahu hal orang,
tapi ada juga kata islam sendiri menggalakkan kita ambil tahu hal orang
hem..rungsing bila difikirkan

kadang jadi keliru memikirkan
betul ke tak payah ambil tahu
atau kena ambil tahu juga

lama ku teliti akan hal ni
sampai satu kala hati ni berlawan dengan akal
hati kata memang kena ambil tahu
kalau tak,mana pergi ukhuwah sesama kita
hilanglah konsep islam pada jiwa umatnya
lalu si akal melawan
apa makna ambil tahu kalau hanya cakap belakang
dan tegur sindir yg maksudnya entah kemana hala
hati terasa lalu membalas
alah kalau ditegur sudah tarik muka
apa lagi perlu dilakukan
akal sekadar tertawa kecil..hehe
sekarang ini sudah diberitahu dengan hikmah atau hanya andaian kalau begini..maka begini???
si hati terdiam sendiri

yaa..aku tidak menafikan
nasihat pada yg salah itu perlu
malah ambil berat sesama islam itu sangat2 digalakkan
kerana konsep ukhuwah tidak akan lari pada hubungan manusia yang sentiasa berhubung

namun aku sekerasnya menafikan
pada salah yang hanya disembunyikan
dibelakang si pesalah
berkata tidak setuju begini dan begini
tapi tidak menegur kenapa dan kenapa

hairan
apa sukarkah untuk berterus terang
atau mulut itu hanya ringan apabila tiada si pesalahnya??

tatkala disuruh memberi akan kebenaran
pelbagai alasan diberikan
katanya ahhh malas nanti ada saja yg tidak kena
hai manusia memang begini

lalu kesudahannya apa???
diam sendiri dan timbul kembali selepas sebulan menyepi??
atau buruk bakal berganti baik sekelip mata
dan kita bahagia dengan itu??

fikirkanlah...kita manusia
entah-entah aku sendiri tidak sedar pada salah yang tercipta
atau mungkin khilafku menyembunyikan segala
tapi pada kamu sebagai jalan
untuk yang gelap menjadi terang
yang busuk berganti wangi
tegurlah
tegurlah aku
jangan terus berkata belakang membiar dosa menghanyut diri ini

26 Julai, 2012

sesuatu yg tak pasti

memahami sesuatu yg payah diramal sukar apatah lagi ia melibatkan dua hala ohh tuhan moga kau berikan kekuatan ya rabb

hero

untuk menyukai seseorang itu hak kita tetapi untuk orang menyukai kita itu bukan hak kita .... dalam bab mencari dan dicari aku kira banyak istilah terlambat diguna pakai yee di fikiran seorang lelaki aku kira tidak layak untuk bicara tentang itu namun di fikiran wanita mampu ku ucapkan bahawa mereka ingin nampak lelaki itu hero dipandangan mereka aaargghhhhh berkias pula..hero dipandangan syaraklah...bingung lagi???? biar masa menentukan segala..

25 Julai, 2012

kawan adik akak

adik suka kawan kakak
kawan kakak suka kakak..
pening!!!!benci!!!tak suka!!!geram!!!!

sabar

~sebab sabar itu indah makanya ia diucap dan disebut berulang2 kali~

18 Julai, 2012

hakikatnya aku perasan

kasih syg tu suatu yg sukar untuk kita bahagikan..
kita sangka kita sudah adil
memberi pada semua yg berhak
tanpa ada tercalar hati yg lain

kita rasa semua  sayang tercurah dengan sempurna
yaaa...kita ingat mereka bahagia dengan segala yg tercurah

tapi kita lupa
pada terlebih sayang
dan tersuka kita pada sesuatu yang sama pada suatu kelompok kecil itu

hemmm
hakikatnya aku lihat pada layan lebih kamu
pada sesuatu
adakah itu perasaan diri??
atau bisikan syaitan pada sebelah sisi telinga ini

ahhh
hakikatnya aku perasan akan itu

barangkali mungkin pandangan mata tertipu
namun ditepis laju pada hati yang menilai
sekali lagi ia berkata
hakikatnya aku perasan akan itu

ohhh mungkin nasib begini!!!