30 Januari, 2013

menguap pun lain!

sudah dua hari di sini,makanya sudah dua kali bangun pagi di sini...bak kata saya menguap pun keluar asap.

semalam saja selesai sudah jalan di balad amman.Balad ni dikenali juga dalam istilah melayu pekan.Seperti pekan di kampung-kampung malaysia.Di sini banyak barang untuk di borong.

Usai solat terus kami bergambar di sekitar masjid hussein dan makan di mat'am cairo.Kata adik saya dikenali dengan nama cairo mungkin kerana pekerjanya ramai dari cairo,tetapi makanannya seperti manakan arab yang lain,ada nasi kabsah dan lain serta ayam bakar.

Kekenyangan dengan nasi kami pergi melawat ke tempat peninggalan rom..tempat nya agak luas tetapi yang kami pergi suku tempat yang hampir dengan balad rom.


28 Januari, 2013

Alhamdulillah...

tiba sudah ku kini di bumi syam.sambil menunggu untuk dijemput oleh adik,sempat kira2 menulis sepatah dua berkongsi cerita.

Dari alexandria ke jordan tidak lama perjalanana.Pejam celik terlihat kapal terbang sudah mendarat.

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan barangkali ada betulnya kalau tidak banyak sedikit pasti ada.Tatkala melihat iklan mengenai peraturan di dalam kapal,ada sedikit kelainan yg ditonjolkan.Banyak menarik dari yang pernah ku lihat sebelum ini.mungkin juga kerana watak yang diambil adalah kanak2 bukan orang dewasa seperti kebiasaan.Dan yang paling best flight kali ni ku tidak diberikan makanan,ergg menyanyi ala rocklah jawabnya perut ni.

Sekarang, aku menuggu adik menjemput,moga2 dimudahkan urusanku ya Rabb,aminnn

satu demi satu

alhamdulillah satu persatu berjaya aku hadapi,sebagai hamba fitrah andai aku berasa takut dan sedih saat memikirkan apa akan jd pada masa hadapan,tapi tatkala teringat kembali aku punya tuhan,aku punya Allah sebagai tempat bergantung,aku kini tenang,ya Rabb mudahkan segala urusan ku,aminnn

jordan aku datang!!!


26 Januari, 2013

rancang dulu

manusia ni byk juga berfikir,ramai juga hanya mudah di mulut,dan kadang hanya pandai melihat.
namun kurang beramal,kurang tindakan.

jadi kiranya aku berkata rancang dahulu kemudian pastikan tiap rancangan berjaya,walau hasilnya sedikit mungkin itu yg terbaik!

25 Januari, 2013

kemunculan yang baru

hilang yg lama bukanlah sbb utk kita dapatkan sesuatu yg baru,
tetapi sebenarnya kehilangan itu menjadi titik permulaan kita menerima semuanya apa yg bakal berlaku!