30 Ogos, 2010

perlukah lelaki tercabar??

entry kali ni agak panas la aku rasa,mungkin sebab tak ada kipas time tengah aku menulis ni..apa2 pun bagi aku tajuk kali ini memang totaly tuju untuk lelaki la kan..well..nanti aku terangkan kenapa ia diberi tajuk sebegitu rupa..

hari ahad yang lepas aku dan adik aku(huda) keluar bersama beli barang sikit senpena nak raya,then tiba2 tengah syok shoping tak perasan jam menunjukkan waktu berbuka semakin hampir..so apa lagi kelam kabut la nak balik..yela bile dah shoping dalam keadaan perut tengah lapar dan badan yang penat mestilah kita nak sampai rumah dengan cepat kan..
tapi tiba2 tengah jalan ada pula mamat 2orang ni wat hal..nak kata tak ada lesen nampak cam da umur30an..tapi stil bawa kereta dalam keadaan yang boleh membuatkan orang naik mara..mana tak nya,bawa kereta senget2..then adik aku yang tengah drive tu pun potong la kan..mesti la kitorang ngat dia nak bagi kitorang jalan..

habis jer,adik aku berada dihadapan sedikit dari mereka..tak sampai seminit kereta kami kembali dipotong oleh mereka..ahaks..sapa tak mara..drive tak betol tiba2 bila ada yang potong mula la rasa tercabar..hemm
senang ceritalah kesimpulan yang adik aku buat ketika dalam keadaan tersebut lelaki memang pantang dicabar,tak kisahlah pakai mulut atau sebaliknya..huhhh susah juga kan,nak kata kita yang salah tak..tapi itulah lelaki..ini bukan cakap atas dasar nak kutuk atau apa..tapi untuk kita beringat2 sebab..perkara sebegini sudah berlaku kepada kami hampir 4kali.

bila mana perempuan memotong lelaki,dan secara automatik lelaki tersebut akan terus melajukan keretanya..seolah2 mereka merasakan diri mereka itu lemah..ooo bagi kami selaku perempuan tak pernah menganggap begitu..cuma kami berkemungkinan dalam keadaan mahu menguruskan hal yang penting..jadi nak tak nak itu pilihan yang kami ada...

apa2 pun nasihat aku,jangan malu apabila ditegur..dan terima sebaik nya..maksudnya..bila dah dipotong oleh aweks buat biasa je da la...hoho jgn mara ye kaum adam...senyum selalu...:p

27 Ogos, 2010

~siapa tahu~

badan sakit
siapa tahu
diri terluka
tak siapa mengerti
hati disakiti
ada mereka peduli???
no one know...
kata kita yang akalnya sempit
kata manusia bila ia kesusahan
kata hamba yang kadang terlupa akan qodo' qadarnya

tak siapa tahu..betulkah???
kau pasti tak siap tahu
kau pasti kau boleh tenang tanpa luahan pada siapa pun
kau pasti diri kuat walau bersendirian
namun tak siapa tahu
kau hanya mengerti
andai kau tahu siapa pencipta kamu

ingatlah wahai manusia
kamu ada yang menjadikan
jangan kamu kembali tika kanu hanya merasa susah
jangan kau lupa sekiranya kau senang akan duniawi ini
tazkirah dirimu itu selalu
agar kau tidak tersesat dari jalanya...
mohon nusrahmu
kerna aku ada kamu...
menanti dengan harapan tinggi melangit
agar aku dibawah redomu
kau mengetahui segalanya~~~~


~melayang~

24 Ogos, 2010

~sudoku vs chess~


anda pernah bermain chess??apa perasaan?best atau memenatkan...
bagi yang tidak berminat ia adalah suatu permainan yang amat membosankan disebabkan terpaksa membuka sedikit minda untuk berfikir agar kemenangan tidak berpihak di sebelah lawan...

lain pula ceritanya bagi mereka yang sudah lama meminati akan sukan seperti ini,ia adalah sukan yang amat menarik untuk kita berfikir dengan lebih jauh..

pertama sekali di awal permainan mungkin ia agak membosankan,tetapi selepas saja langkahan yang kedua maka bermulalah keaktifan minda anda untuk berfikir secara aktif dan bukan agresif.
ini disebabkan permainan seperti ini memerlukan kesabaran yang tinggi,dan jangka masa untuk selesai sesuatu permainan agak lama dan kemugkinan akan menular penyakit kebosanan diantara pemain2 tersebut.heheheehe...sabar ea ketika itu


permainan yang kedua adalah sudoku...emmm
bagi nadia sendiri,nadia baru kenal permainan ini ketika form5..kesian kan,tu pun sebab kawan nadia ni kawan dengan budak mrsm so tau la sikit2
yang sebenarnya pemainan ni memang sudah menjadi benda yang biasa di mrsm atau sekolah2 yang hebat
kadang terfikir jugak nape ye disekolah2 biasa tak diterapkan permainan ini sebagai permainan yang santai tiap2 petang atau hari cuti sekolah???

tentang permainan ini seperti biasa bagi nadia ia sama dengan kaedah kita bermai chess dimana kesueluruhan aspek perlu dititik berat agar kita menjadi cekap..yang membezekan ia adalah kita bermain sorang2 tidak
 seperti chess memerlukan pihak lawan,namun ia bukanlah suatu perbezaan yang amat ketara apabila zaman kini sudah berubah dengan wujudnya pelbagai teknologi yang memudahkan setiap urusan

jadi kesimpulanya kedua2 permainan ini sama dan yang penting kita kena cekap agar kita tak dimakan oleh musuh.....lalalalalalaal...sekian

xperia x10 mini pro...

amacam???ada cantik kaaa.....
agak2 nak nampak ladies silakan beli  yang kaler ni eaaaaaa

yang ini nampak agak mewah gituuu...sesuai sangat2 untuk mereka yang suka akan kemewahannnnn

22 Ogos, 2010

tiap kali datang waktu itu

bagaimana rasanya sebuah kesedihan???pahit?manis?masam?masin?atau ape?
sukar untuk digambarkan..begitu lah juga perasaan yang hadir tanpa diduga.kita percaya adenye tuhan pencipta alam,namun bagaimana keserahan diri kita kepadanya??

memang tidak dinafikan apabila kesenangan dan kebahagiaan diberi pinjam olehnya kadang2 kita hampir terlupa untuk bersyukur...hakikatnya itulah alinsan dan alnisyan,sering alpa dan terlupa...analogi yang cukup mudah,betapa hebat atau tidak kita yang telah dilahirkan dibumi ini adalah dengan mengukur bagaimana kita berusaha untuk sampai dibumi ini apabila berlumba2 di dalam proses penghamilan..nahhh disitu cuba kita bayangkan seandainya kita bukan di kalangan yang hebat mana mungkin kita yang terpilih untuk sampai dan akhirnya wujud di bumi Allah ini.

sebenarnya dengan segala perkara yang berlaku kita ini hebat,dan jangan kita membuat andaian yang tidak baik,kerana apa yang difikirkan oleh kita adalah apa yang difikirkan jua oleh pencipta kita..
tiada istilah aku tak bernasib baik,atau sebagainya...ade seribu hikmah yang mana sekiranya kita memikirkan belum tentu ketepatan pada hikah disebalik kejadian itu benar,kerana akal manusia ini jika dibandingkan dengan penciptanya jauh sekali berbeza kerana,ilmu yang dimilikiNya itu adalah seluas-luas2nya


dan ketahuilah pencipta yang maha kaya dan menjadikan bumi ini iaitu Allah tidak akan mensia-siakan hambanya....

seketika cuma

seketika cuma
kita terlupa akan itu
seakan-akan merasakan ia kekal selamanya
kebahagiaan anugerahnya
membuatkan tertutup segala pintu hati
mata hati yang memancar kebenaran
bak mentari menyinari bumi kala pagi

kala bahagia menjalari kehidupan kini
adakah kau ingat
siapa tuan kamu
yang mencipta kamu
dari kamu mula mengerti kehidupan ini
di mana mata hati kamu

ingatlah mata hati itu bak
kantung yang mengisi segala isi kamu
apa yang kamu isikan adalah persoalannya kini
andai segalanya baik maka itulah yang terlahir dari kamu
dan jangan sesekali kamu lupa akan ianya seketika cuma
yang pasti kamu akan kembali
selesai segala yang tuan kamu ingini

21 Ogos, 2010

kenapa ye????

kenapa ye??/bila kita dah dapat apa yang kita nak kemudian kita nak kecapi apa yang kita tak dapat...hohohhoo...tu la manusia,tak pernah cukup ngan apa yang kita ada...macam nadia sekarang tiba2 rasa rindu amat sangat musim sejuk di alex...padahal bila tiba musim sejuk nadia la paling tak suka sebab tak tahan...

tu lah manusia ni memang gelojoh kan???emm...tak percaya tanya la diri sendiri tu betol tak apa yang nadia kata ni..jadi sebaik2 nya hargai setiap detik yang berlalu...ecececeehhh macam kenal je ayat tu,ahaks...

emm...so biar kita buat yang terbaik untuk setiap saat yang berlalu agar kita tak  terasa rugi coz atleast kita da tinggal kan benda yang kita nak tu dalam keadan kite ade kenangan di situ.....
lalalalalalala

17 Ogos, 2010

nasihat ini buat...

nasihat ini buat diri supaya hati dilembutkan olehnya dan tiada lagi keras dalam segala hal..
emm...sejak akhir2 ni ramai yang menjadikan nasihat sebagai tempat dakwah yang paling terbaik dalam menegur seseorang,namun tak semua orang mudah untuk menerima apa yang diperkatakan....

P/s:tengah2 tulis tbe2 ade yang kacau...so sambungla ea....

16 Ogos, 2010

~miliki rasa keinsafan~

menanti kala mentari tukar berganti,
tika malam hampir ingin berlalu pergi ,
begitu kita,
hampir begini lewat hari,
dimana pengakhiran sebuah cerita tadi???
kemuliaan yang dikejar diri???
atau kehinaan yang tidak berkeinginan untuk dikecapi,
sejenak untuk difikiri,
kadang kala mampu mengubah pendirian yang teguh berdiri,
corak hidup yang disukai dulu kali,
kebanggan idaman hati dan kemewahan dikelilingi,
kadang-kadang tertanya jauh di lubuk hati,
apa yang kamu ingini???
kemewahan ini takkan diam berlalu pergi,
kamu akan disoal kala ukhrawi menanti,
apakah jawapan sudah tersedia rapi??
tidak malukah kamu pada salman alfarisi,
yang takot pada tiga benda duniawi yang dimiliki,
bagaimanakah kita khalifah dimuka bumi dari ilahi?????

07 Ogos, 2010

BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...



Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa


isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu


kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya


lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia


kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya


bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya


mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka


bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa


depan akan pastinya berubah lagi.






Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini


senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning


sickness yang teruk sekali bagi isteri


saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.


Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.


Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,


kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja


solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur


kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.


Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,


sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya


sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang


dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran


sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan


sebelum mengandung pun saya akan membaca


Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur


sehinggalah dia terlelap.






Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya


sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam


kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu


sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan


janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya


ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula


dengan


kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab


'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata


saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin


survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak


berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan


anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada


kemudian hari adalah diluar bidang kuasa


saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.






Saya bercerita kepadanya tentang Allah,


zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali


bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar


email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar


tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya


untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya


yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak


kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?






1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah


waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua


pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub


conscius mind) adalah paling optimum ketika


ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).






2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan


kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke


ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.






3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah


ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al


fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam


hati dan jangan putuskan zikir anda.






4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah


di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah


dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai


mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda


beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati


isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan


berselawat, banyak bersabar.






Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa


sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir


anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat


anda






5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang


menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya


bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan


anda berjaya dengan kaedah ini.






Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An


Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa


Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik


Hanafi


sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam


Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia


dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu


aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang


belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin


disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)


ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga


sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak


dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik


akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih


segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri


kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita


sendiri.






Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang


membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa


berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah


sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya


nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh


Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah


para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu


kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara


saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa


pula kata mereka nanti.






Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak


dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin


disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman


rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi


saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak


yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang


dan


bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri


saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami


akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa


depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.






Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim


piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga


sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini


saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud


salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam


hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan


saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya


biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak


akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu


dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti


saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia


tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu


banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud


menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki


jangan ditumpahkan sia-sia.






Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya


kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya


telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'


dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam


hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan


cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan


muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya


p/s:cerita ini di copy paste dari facebook...moge manfaatnya dapat diperolehi bersama...aminnnnnnnnnnnn

01 Ogos, 2010

~bila diuji~

hidup tak seindah mimpi
kerna ia penuh halangan dan cabaran
kadang2 ade yang tanya kenapalah banyak sangat dugaan pada aku
dan kadang2 ada yang bunuh diri
disebabkan tekanan yang mendatang
tapi kita kena ingat yang
"allah takkan uji hambanya andai kita tak mampu"
memang diakui manusia ini cepat melatah
bila diuji
mulut mudah mengeluarkan perkataan berbaur kesat
mungkin itu cara mereka untuk melepaskan tekanan
tapi lagi baik andai segala yang kesat itu ditukar pada
ungkapan yang lebis manis
benar kata ungkapan manusia itu pelupa
bila senang kita lupa padaNYa
bila susah terhegeh2 kita padaNYA
sentiasalah berdoa agar kita
sentiasa bersyukur dengan rahmatnya dan beristiqomah denganya
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

aku punya kamu

aku punya kamu
andai kau tahu
aku tak perlu siapa2 selain kamu
kau penguat ku
kau jalan yang membuat aku
terus berlari mengejar mimpi

aku punya kamu
aku harap begitu selamanya
jagan ada yang cuba2
memisah kita

aku punya kamu...
dan aku ingin kau tahu
aku mahu ia kekal
hari ini
esok dan selamanya.....

keresahan hati

semalam...
pergi tanpa kata
meninggalkan ku begitu saja
acap kali ku berfikir
kalau2 harapan ku itu
meletakkan sesuatu
dengan harapan yang tinggi
agar ia tidak pergi begitu saja
namun ku bukan malaikat
yang sepenuhnya kepadaMu
apatah lagi nabi yang dikurniakan olehMU
maksum dari segala dosa...
ku hanya manusia yang penuh dengan noda...

hari ini mejengah kembali..
moga yang terbaik
terlaksana untuk kesekian kali..
tapi kuuuuuu
belum pernah berjaya untuk mngibarkan bendera ku
di puncak MU
kupasrah...
dan ku menati esok hari
agar di puncak mu..
terpancar senyuman di wajah...
dan tika itu hanya Kau yang tahu
hati iniiiiiiiiii