22 Ogos, 2010

seketika cuma

seketika cuma
kita terlupa akan itu
seakan-akan merasakan ia kekal selamanya
kebahagiaan anugerahnya
membuatkan tertutup segala pintu hati
mata hati yang memancar kebenaran
bak mentari menyinari bumi kala pagi

kala bahagia menjalari kehidupan kini
adakah kau ingat
siapa tuan kamu
yang mencipta kamu
dari kamu mula mengerti kehidupan ini
di mana mata hati kamu

ingatlah mata hati itu bak
kantung yang mengisi segala isi kamu
apa yang kamu isikan adalah persoalannya kini
andai segalanya baik maka itulah yang terlahir dari kamu
dan jangan sesekali kamu lupa akan ianya seketika cuma
yang pasti kamu akan kembali
selesai segala yang tuan kamu ingini

Tiada ulasan: