30 September, 2010

tak tahan dah!!!!

"ustazah saya nak pergi tandas,
tak tahan dah ni..."

eh..eh...cover sikit yang tengah gelak tu..haha,yang masih tercari-cari apakah maksud bagi pernyataan di atas teruskan untuk memahami ye...
 tapi yang penting saya yang berada dalam situasi tersebut memang rasa nak tergelak sangat,ku cuba juga menahan gelak tawa ini dari terus menerus lancar keluar dari mulut ini.,..hemmmm

kesimpulanya apa ye???

hemm...budak-budak ini memang fitrah mereka jujur amanah dan telus dalam melakukan apa sekali pekerjaan,hatta kalau disuruh mereka membeli barang pun dan kalaulah terdapat baki bagi perbelanjaan sebentar tadi pasti akan dipulangkan semula..tapi itu tidak bermakna tidak ada budak-budak yang menipu diwaktu mereka kecil..mungkin disebabkan beberapa faktor persekitaran yang tidak sihat membuatkan fitrah semulajadi itu hilang dan menukar watak mereka sekaligus...

buktinya jelas terpampang didepan mata saya waktu mengajar subject imlak di kelas tadi...
hendak ke tandas pun masih jujur dalam berkata-kata apatah lagi dalam urusan lainkan..
andai pelajar yang besar sikit dari budak seperti tadi adakah sama ayat mereka???

bagus,,inilah yang kita inginkan..renungkan sebentar sekiranyalah  jujur seperti ini kekal ke akhir hayat dan semua manusia di bumi ini bersikap sebegitu tak kira tua mahupun yang muda..pasti dunia ini aman tenteram hendaknya...amin...

~murid....sayang kamu~

28 September, 2010

argghh tertekan...


"selamat menjawab dengan sebaik yang mungkin"
ucapku pada murid-murid darjah enam  yang bakal menghadapi peperiksaan sijil rendah agama(psra)...

kini musim peperiksaan menjelma kembali..wahh macam lagu ayuh kembali ke sekolah...
jadi guys macamana persediaan awak semua untuk menghadapi peperiksaan yang kedua selepas upsr???
malas???
itu biasalah bagi kamu semua yang sudah berpenat lelah selepas menghadapi upsr,jadi masa nilah nak berehat sekejapkan,tapi jangan lupa akan psra kamu yang tinggal sehari mungkin..

belajar tak pernah kenal erti berehat,tapi andai saya sampaikan ayat sebegini pada mereka yang mampu berfikir sebaiknya berbaloi juga.
tapi disebabkan yang dihadapan saya hanyalah budak2 yang belajar andai tiada yang suruh untuk belajar mungkin juga tak terbuka buku walau sehari...jadi dengan budak2 sebegini kita kena bagi sesuatu yang dia boleh nampak ganjarannya...

kebanyakan ibubapa yang berkemampuan selalunya akan memberi ganjaran seperti duit atau something yang mereka suka bila dapat keputusan yang baik..
dan untuk ganjaran yang kurang baik sekiranya memperoleh keputusan yang kurang memuaskan...
untuk sesetengah pelajar,cara sebegini mampu untuk menjerat mereka dengan umpan2 yang menarik..tapi kalau dah malas juga memang tak kemanalah...berilah apa pun tak dapat punya nak tarik perhatian mereka..

so kekreatifan amatlah dikehendaki dalam mendidik anak..acap kali juga terdengar keluhan ibubapa mengatakan bukan senang mendidik anak sekarang yang pintar2 orangnya..
anak millenium zaman kini memang sukar dididik tapi kalau kena caranya patuh tetap juga patuhkan...

semangat yang berterusan dan sokongan serta dokongan kamu semua terhadap anak itu tidak nampak balasan tika itu juga tapi percayalah kasih sayang yang dipupuk itu mampu membanggakan kamu wahai ayah dan mak yang disayangi anak kamu...

yang penting ingatlah jangan memandang rendah akan anak kamu,kerana manusia tiada yang sempurna dan kitalah pelengkapnya..
jangan berikan mereka ayat.."argghh tertekan" terkeluar dari dalam mulut mereka...
pelajar itu pasti ada targetnya sendiri..

go..go..chaiyok anak muridku,cikgu pasti kamu boleh melakukan..
pastikan pemakanan serta rehat kamu diambil secukupnya,jadual yang cikgu berikan moga kamu dapat mempraktikkan sebaik mungkin dan jangan menonton tv sangat ok..satu je pesanku pada kamu wahai anak murid ku sayang...berkorbanlah sebentar untuk beberapa hari ini..
ya...pesanan ini di copy paste oleh ku sewaktu aku mengambil peperiksaan stam beberapa tahun yang lepas dan ku garapkan kembali untuk anak murid ku agar ia mampu menaikkan semangat kamu semua...

usaha doa dan tawakal anakku sekalian...
~sayang kamu semua~

habiskan juga..



kawan2 hari raya kita dah berapa hari ye???emm...dapat banyak duit raya???dah puas makan kuih raya???
dah mintak maaf ngan semua kawan2 dan sedara mara??dan dah habis puasa raya??hahhh mesti susah nak jawab..


rasa2nya lah kan kenapa ye susah nak puasa???diakui juga faktor utama sebab makanan tu bila time puasa fuhh cam apa pun tak dapat aden nak ceritakan..memang meletuplah kan..tapikan cuba kamu semua buka masa tengah teringin sangat tu,tak payah banyak cukup dengan minum air segelas lepas tu mesti rasa rugi..itulah nikmat puasa,lagilah tak dapat kita bayangkan...tinggi martabatnye...


jom kita tengok berapa hari lagi raya atau bulan syawal ni tinggal...
bagi yang lelaki mungkin tiada masalah,no time untuk cutikan..yang perempuan ni,bajet2lah masa anda supaya sekurang2nya tidak bertembung niat untuk berpuasa dengan abc yang Allah bagi itu..nasihat ini dituju juga kepada penulis yang sentiasa leka ini..


so selagi ada masa jom kita rebut peluang untuk sama2 mengaut keuntungan untuk berniaga dengan Allah...untung taw,yang pasti kamu tidak akan merasa rugi kerana faedah yang diperoleh halal lagi memberangsangkan...heee
ada gaya2 seoarang penjual tak..hukhuk


ok..selamat beramal....

mana silapnya??

tiada siapa yang sempurna dalam hidup ini,saat menginginkan sesuatu yang sempurna pasti tidak akan kita jumpa hatta sehingga ke hujung nyawa sekali pun

aku sendiri banyak kelemahan diri..
baru sebentar lepas aku membaca blog seorang teman dalam alam maya ini,kisah sedihnya kadang buat aku terfikir,tiada de seorang pun yang sempurna..

andai zahir kita melihat dia ketawa gembira tanpa duka sebenarnya masih banyak yang kita tidak sedar akan betapa susahnya dia untuk bangun dan meneruskan hidup anugerah tuhan ini.(sebak).

yup..pandang dengan sudut hati,bukan dengan nafsu yang sukar dikawal...
nilai segala anugerah yang DIA berikan,
syukur dengan apa yang ada,
berusaha menjadi yang terbaik di pandanganya...

seorang kawan berkata,bercakap memang mudah..
aku katakan mudah..sebab lidah itu tidak bertulang..ucap lah segala yang kau inginkan..
tiada siapa melarang..tapi pastikan kau tahu betapa bahawa kita hanya pinjaman Ilahi..
entah esok,lusa,tulat mungkin aku tiada....
dan kadang kesilapan itu kita yang cipta...
entah mana silapnya...

24 September, 2010

~menjadi bukan mencari~


seseorang itu selalunya lebih suka dengan apa yang dilihat..
suka melihat kegembiraan seseorang..
suka dengan apa yang dimiliki orang lain..
suka dengan pelbagai lagi yang menyentuh hati...

persoalan timbul di hati..
takkan hanya suka??
tanpa ada keinginan dihati untuk memiliki???
hemm...

sekiranya jawapan tidak..
seakan2 menipu...
kerana manusia itu bukan malaikat...
yang tiada nafsu...
manusia itu insan biasa
yang hanya dapat dikawal nafsunya dengan iman...

mahu tidak mahu pasti tercuit sedikit di hati..
mahu memiliki...
bila begitu pasti pencarian akan diterusi...
tapi mengapa mahu mencari???
tidak mahu menjadi???

susahkah untuk menjadi??
tepuk dada tanya diri...
kita mahukan yang terbaik
begitu juga mereka yang lain
andai kita berikan sesuatu yang mereka tidak sukai
apakah layak untuk kita dapat semula sesuatu yang baik????

give and take...
memberi dan menerima..
memberi itu lebih baik dari menerima..
bila kita memberi Allah balas yang lebih baik dari itu...
jangan hanya berharap..
tapi berusaha..
menjadi dan bukan mencari...

23 September, 2010

~cerita orang~

seronokkan dengar cerita orang,kadang2 tergelak sendirian..huhhhh
bila gembira tersenyum dan tertawa bagaikan cerita itu kita yang punya dan kala sedih simpati mengundang diri..sama2 berkongsi cerita dan sama2 berkongsi rasa..

kerna kita tak dapat melalui semua yang orang lain rasa tapi kita mampu cuba untuk memahami apa yang mereka alami..

tapi jangan kita rasakan semua yang indah itu hanya untuk mereka sahaja,kadang kita terlupa kita hanya manusia..

sedih,gembira,suka,duka,benci,marah dan 1001 lagi perasaan yang datang di rasai jua oleh orang lain..

jadi andai kita berasa suka dengan kenikmatan yang dialami oleh orang lain,kita juga kena ingat mereka mengalami seperti apa yang kita rasa..

bersyukur dan terus bersyukur kerna tak semua dapat apa yang kita dapat...

mood:gembira dengan orang lain...happy:D

~adik beradik edisi raya~episod3

macamana raya di sini???
soalan yang acap kali singgah di telinga ini..
jawapan yang sama akan di berikan..emmm..macam biasa tak de apa yang best pun..pagi raya pergi rumah encik khalid dan petang ke tasik...sebut pasal tasik jer,orang dah mula gelak,,
belum sebut pasal raya di tempat main bowling..agaknya lagi terkejot kot..gelak tu tak yah cakap la..memang dari awal2 da nampak gigi tu..huhuhu

malam raya di bowling????
yes,sangat menyeronokkan bersama abang dan adik2 yang lain..
dan tak tinggal seorang makcik comel bila dia baling je bola dia terus akan melompat because ingat dapat masuk cantik la..sekali bila tengah bola buat hal dan akhirrrrnya masuk jua ke longkak...hahahah
kami di belakang dah mula ketawa terbahak2..hahahah...makcik yang amat cumelll

makcik tgah tgk bola die...
dan pada malam tu juga masing2 la dok leka nak baling bola...tapi cerita yang paling kelakar sangat bila melihat si makcik yasmin ni baling bola...siap melompat semangatnye ya Allah...sampai orang yang kat sebelah kitaorang ni pun ketawa...

kitaorang cuma main untuk 6orang je,,tak sangka yang yasmin dan ridhwan ni nak main sekali..
tak kurang hebatlah juga mereka ini  sampai buat kitaorang lain kalah...
(dalam hati panas je)

di akhir permainan masing2 dah penat tinggal la.yasmin dengan muka masam sebab kalah di tangan pemenang2 yang handal ini...hukhuk...terbatuk pula..

pemenangnye ialah...angah dan k.yah(aku la)..
sebenarnya ramai gak yang pelik tengok kami malam raya di sana,main pakai baju kurung pulak tu..hadoi..
terus hilang keayuan huda malam tu...

tapi kami ada alasan yang kuat jugak la bagi aku sendiri..ni semua disebabkan along kami nak balik tak lama lagi..sebenarnya dah balik pon malam tadi..
Juga untuk kami semua yang jarang dapat habiskan masa bersama..so sebelum abang kesayangan kami tu kawin dan sebelum saya dan abang saya yang lagi sorang ini pulang ke sana,biarlah kami maluangkan masa bersama..bak kata orang laki ni bila dah kahwin susah skit,tapi tak tahulah apa yang susah tu...

so ini lah sedikit hadiah kenang-kenangan dari kami..

21 September, 2010

~adik beradik edisi raya~episod 2

assalamualaikum..pembuka bicara kita di hari raya ke berapa ini..

macamana puasa enam??ada penuh ka??yang tengah nak habiskan tu gud luck i wish u..yang belum mula lagi,meh kita ramai2 start atleast nanti bila dah tiada masa takdela kita kelam kabut sangatkan..selang sehari pon da ok..terutma kepada girl2 kat luar sana..kang bila da datang bulan mesti lagi susah nak puasa6 ni kan..bak kata pepatah orang melayu sikit2 lama2 jadi bukit yang penting istiqomah seperti mana yang Allah suka,biar tak banyak tetapi perkara yang sikit itu  berterusan...

oklah..kali ini aku nak sambung balik cerita keluarga shafie edisi raya ni..

pulang sahaja beraya di jalan tar pada malam raya,anak2 pak cik shafie balik dalam pukul 3pagi lebih kurang la.atau mungkin hampir pukul 4..balik saja semua terus masuk ke kamar masing2...huhhh dalam hati mereka penatnye!!!tu la sapa suruh pergi..tapi dalam penat2 tu aku yakin mereka merasa seronok sangat2.

masa tidur sesorang itu perlulah cukup,kalau tidak jadilah macam anak pakcik shafie ni..ade yang bangun lambat..nasib solat raya sempat lagi diikut..dah lah setaun sekali jer,kalau tak dapat ikut konfem sedih sangat..tapi memang kelam kabut la mereka pada pagi tu...mama diorang tak ikut beraya malam tadi,jadi slumber je la bangun pagi dan bersiap2 terus pergi dating ngan abuya solat raya di masjid tinggal la anak2 bujang dia  yang terkapai2 bersiap2 ke masjid..sedih kot kena tinggal...

ingatkan dah tak dapat pergi sebab tak tahu nak naik siapa dah..so terus duduk2 kat bilik..tbe abg mereka yang first kata sapa nak ikut..pe lagi melompat la ambik telekung pakai baju raya warna ungu dan terus naik kereta dengan adik beradik yang lain..

akhirnya selesai juga solat raya walaupun tersengguk2 masa khutbah tadi(almaklumlah jarang dengar khutbah ni..hehehe)
dalam perjalanan balik hati ni dok gatai berkata2 mesti boring raya tahun ni,da la tak balik kampung..abuya pulak mimpi apa enta g seven eleven..selalu tak pergi pun..tibe2 pas solat raya terus melencong ke sana..agaknya menghilangkan rasa rindu di dada kot....tapi apa kaitan eh...hahaha apa2 je la

raya pertama mereka berjalan seperti biasa tiada apa yang istimewa melainkan beraya di tasik...wow pengalaman yanga agak menarik,rasanya jarang sekali kot di malaysia orang beraya di tasik,tapi sekiranya di mesir benda seperti ini menjadi kelaziman mereka berbeza raya di malaysia yang lebih mengutamakan ziarah menziarahi sebagai agenda utama ketika musim perayaan..ala kulli hal..

no bad jugak beraya dengan adik2 di tasik..kebetulan tiada siapa2 ketika itu so boleh la main permainan ni walaupun memakai kain...heeee

nampak macam edit kan..heee

 main2 sampai penatlah juga disana akhirnya kami pulang dan petang kami meluangkan masa tidur sahaja..so begitulah hari raya kami yang tak berapa best nak di dengar ini..
huhuh...

12 September, 2010

~adik beradik edisi raya~episod1....

salam aidilfitri buat semua,kullu am waantum toiyibin...kaifa hal???hee.alhamdulilah sudah masuk hari raya kedua kita beraya selepas ramadhan pergi..moge ramadhan kita diterima dan agar kita berjumpa sekali lagi pada ramadhan akan datang,itulah harapan setiap umat islam..

satu pengharapan yang tinggi walaupun dalam masa yang sama keupayaan untuk menunaikannya itu ada kalanya mudah dan sebaliknya namun semangat yang tinggi itu tetap dapat dibanggakan..

bayangkan adik kecil berumur 7 tahun pun sudah berpuasa..wow orang besar pun kadang2 kalah...itulah ragam ketika umat islam menunaikan suruhan yang maha esa ini..biasala manusia punya ragam..hohohoh (da mengarut)

dalam kita menyambut hari raya aidilfitri ini..sebenarnya mepunyai kaitan yang kuat sangat dengan adik beradik ramai..aku tak tahu bagaimana perasaan bagi mereka yang mempunyai adik beradik sikit tetapi  sekiranya disuruh bercerira tentang adik beradik ramai aku punya banyak cerita untuk kamu semua..

mari kita mulakan dengan kemeriahan keluarga shafie dalam menyambut ramdhan di kuala lumpur tanpa ahli keluarga yang lain..jom kita baca...

bermula dengan malam raya,yang sememangnya agak bosan sangat2 bila kitaorang ni yang memang everyear balik kampung n tiap2 malam raya jugak kami bermain mercun bersama2 dan merasai suasana seperti di palestin dengan mercun sana sini..huhhh de best la..tapi malam raya kami tahun ini lagi seronok kot(sedapkan hati),aku dan 4 adik perempuan yang lain beserta seorang hero iaitu ayah kesayangan kami sama2 keluar merayau ke jalan tar pada pukul 12tgh malam...pukul 12 baru bertolak mesti la sejam gak kan sampai kat sana,dah la jem..parking pula tiada..adesss memang agak kesabaran la disana..

hampir setengah jam tunggu punya tunggu tiada juga akhirnya kami parking kat satu bangunan ni,ok la satu jam 2ringgit..

turun je ke jalan tar...mak aihh ramainya orang...ada penjual lelaki pakai tudung lah,ada yang pakai baju kurung lah...macam2..dah macam perempuan dah kami tengok..huhuhu

orang kata malam raya ni best sikit sebab semua baju n barang2 lain dilelong..dan masa aku sampai tu memang orang sibuk melelong bunga,baju tudung pun ada...so siapa yang nak sangat beli barang dengan harga yang rendah sila la datang pada malam raya...memang murah tapi agak sesak..eh bukan agak tapi memang sesak sangat dahh..

itulah pengalaman beraya di jalan tar pada malam pertama raya....menyeronokkan,sebab dapat pengalaman dengan adik2 yang ramai...tu pun nasib la adik2 ramai bayangkan kalo adik2 3 orang...emmm best jugak kot..heee

biasala kalo sikit lain pulak caranya menyambut raya ini.....heeeee
tapii sedih pada keesokkan harinya...sob3

bersambung.....lalalalalala