24 September, 2010

~menjadi bukan mencari~


seseorang itu selalunya lebih suka dengan apa yang dilihat..
suka melihat kegembiraan seseorang..
suka dengan apa yang dimiliki orang lain..
suka dengan pelbagai lagi yang menyentuh hati...

persoalan timbul di hati..
takkan hanya suka??
tanpa ada keinginan dihati untuk memiliki???
hemm...

sekiranya jawapan tidak..
seakan2 menipu...
kerana manusia itu bukan malaikat...
yang tiada nafsu...
manusia itu insan biasa
yang hanya dapat dikawal nafsunya dengan iman...

mahu tidak mahu pasti tercuit sedikit di hati..
mahu memiliki...
bila begitu pasti pencarian akan diterusi...
tapi mengapa mahu mencari???
tidak mahu menjadi???

susahkah untuk menjadi??
tepuk dada tanya diri...
kita mahukan yang terbaik
begitu juga mereka yang lain
andai kita berikan sesuatu yang mereka tidak sukai
apakah layak untuk kita dapat semula sesuatu yang baik????

give and take...
memberi dan menerima..
memberi itu lebih baik dari menerima..
bila kita memberi Allah balas yang lebih baik dari itu...
jangan hanya berharap..
tapi berusaha..
menjadi dan bukan mencari...

Tiada ulasan: