28 September, 2010

mana silapnya??

tiada siapa yang sempurna dalam hidup ini,saat menginginkan sesuatu yang sempurna pasti tidak akan kita jumpa hatta sehingga ke hujung nyawa sekali pun

aku sendiri banyak kelemahan diri..
baru sebentar lepas aku membaca blog seorang teman dalam alam maya ini,kisah sedihnya kadang buat aku terfikir,tiada de seorang pun yang sempurna..

andai zahir kita melihat dia ketawa gembira tanpa duka sebenarnya masih banyak yang kita tidak sedar akan betapa susahnya dia untuk bangun dan meneruskan hidup anugerah tuhan ini.(sebak).

yup..pandang dengan sudut hati,bukan dengan nafsu yang sukar dikawal...
nilai segala anugerah yang DIA berikan,
syukur dengan apa yang ada,
berusaha menjadi yang terbaik di pandanganya...

seorang kawan berkata,bercakap memang mudah..
aku katakan mudah..sebab lidah itu tidak bertulang..ucap lah segala yang kau inginkan..
tiada siapa melarang..tapi pastikan kau tahu betapa bahawa kita hanya pinjaman Ilahi..
entah esok,lusa,tulat mungkin aku tiada....
dan kadang kesilapan itu kita yang cipta...
entah mana silapnya...

Tiada ulasan: