21 Oktober, 2010

~kekerasan yang selalu dalam mengajar.....patutkah???~

masalah pelajar yang kian berleluasa masa kini membuatkan kita semakin dihambat kebuntuan dalam melahirkan remaja yang berkualiti sebagai pemimpin pada masa akan datang...
untuk melihat sesebuah negara pada masa akan datang maka lihatlah belia muda masa kini...
kuantiti bukanlah masalah bagi semua pihak namun yang dipertikaikan ialah bagaimana kualiti sesuatu produk itu...
barang yang berkualiti hasil dari alat yang berkualiti...begitu juga untuk mendidik anak bangsa..
didiklah dengan bahan yang bermutu tinggi...
namun apakah anda ketahui bahan bermutu tinggi yang perlu diadun agar ramuan yang dihasilkan mampu memberi kepuasan dalam segala aspek...????

umumnya kita ketahui bukan mudah mendidik anak bangsa,
saya yakin kiranya kalau seorang guru mampu menegur pelajar yang bermasalah dengan penuh berhikmah dan pasti pelajar itu mudah untuk menerimanya..
ini kerana sejarah membuktikan tokoh agung pertama yang menjadi ikutan seluruh manusia baik islam mahupun bukan islam iaitu Rasulullah SAW mendidik dengan penuh berhikmah...
lihat saja teguran yang diberikan pada musuh2 yang membenci Rasulullah...walau dibaling najis sekalipun tika baginda khusyuk melakukan solat..
tidak pernah nabi membalas segala yang diberikan kepada nabi dengan balasan yang tidak baik,
malah dengan cara yang berhikmah itulah jua yang menarik ramai pihak untuk memeluk islam..
nah..islam itu cantik pada nama dan ajarannya...

jadi bila kita katakan kekerasan yang diperlukan selalu dalam mendidik,
saya pasti ramai yang membantah dan tidak suka akan itu...masakan dengan merotan tiap kali mampu mengubah minda dan sikap pelajar agar berkelakuan baik...???
sedegil-degil murid itu dia juga punya rasa naluri hati yang lembut...
andai dengan isteri pun ada caranya untuk menegur inikan pula murid yang pasti-pastinya umur mentah,
pasti ada jalan terbaik selain merotan atau kekerasan dengan kerap kepadanya....

analogi yang cukup mudah..
katakan seorang anak,apabila di marah emak akan sesuatu kesalahan dia akan bersikap biasa sahaja,
malah kadang-kadang boleh pula ia bersikap selamba walhal syurga itu dibawah telapak kaki ibu..hemmm
namun jika ayah yang bersuara tidak perlu banyak cukup sekali teguran pasti takot dan tidak akan mengulanginya lagi...kenapa???
ini kerana lumrah yang selalu membebel itu adalah emak...jadi nampak jawapannya disini??
benda yang selalu itu akan menjadi biasa..
ok,mari kita sama kan kembali dengan masalah pelajar yang di rotan selalu...bagaimana perasan mereka apabila selalu di buat sebegitu????
tepuk dada...jawabla ia....

kekerasan itu cukuplah dijadikan teguran yang kadang2 bukan selalu2...
nasihat mereka...
cuba psikologi budak itu...
ajar mereka cara berfikir,
ceritakan kisah yang mampu mereka agungkan..
bantu mereka mencari role model sebagai panduan...
selami hati mereka..
bantu mereka menyelesaikan masalah dalam diri..
dan beri kaunseling yang sebaiknya agar hati yang keras itu akan terkesan jua akhirnya...
ingat sempurna itu bukan pada yang satu...
wallahualam......

19 Oktober, 2010

~ada2 tiada~

bila ada buat tiada,
bila tiada baru mahu-mahu ada,
memang mengada...hahahaha

amacam???ada best tak ayat aku ni..hehehe...ni da merepek macam2 keluar la kan..
hemm..sebenarnya tangan da gatal mintak nak post baru kat blog ni,tapi sekarang otak aku tengah jem..so bila da macam ni...apa yang ada je la yer..

ada2 tiada..hem awak semua pernah dengar tak ayat ni,"masa dekat tak rasa apa,tapi bila jauh baru mahu terkenang2.."
ni ayat biasa bila orang tengah rindu2an..hemm
masa dekat tak de pun nak wat baik ke atau lepaskan kerinduan tu tapi bila dah jauh ni macam2 terkeluar....itulah manusia...

tak nampak apa yang Allah dah berikan untuk kita,contohnye la...Allah da bagi kita ni sempurna tubuh badan,lengkap segala yang sepatutnya ada,
ada tangan buat makn,
ada kaki buat jalan,
ada juga kepala,mulut,mata...dan macam2 lagilah..tapi masih ada yang nak lebih lagi..akhirnya bila Allah tak izinkan,tu yang macam2 terjadi...
tu yang pagi tadi aku dengar kes kuruskan badan tapi lain pulak yang jadi..nasib laporan yang dibuat tu diterima,kalau tak hilang camtu jeee...

itu satu hal..yang hal lain ni pulak..saya bukan lah nak kata saya yang terbaik macam iklan air "diamond lah yang terbaik" tu..
tapi cuma nak kata hargailah insan yang sayang kita..
sapa???mak ayah adik abang kakak,kekasih,suami,isteri,n sapa2 jelah..
just hargai mereka..
ada emak layan elok2,
ada ayah dengar ckap mereka,
ada adik beli mainan tuk dorang(botak kepala aku)
ada kakak bagi hadiah,
ada abang ajak main bola...sukatilah nak buat apa tak de sapa pun halang selagi ia tak melanggar agama dan negara..

tapi selalukan kita tak bersyukur..gairah nak macam2..so kita istigfar balik,ingat balik kita ni alhamdulillah dapat apa yang tak semua orang dapat...tak mungkin kita akan dapat semua..sebab kalau kita ada segalanya..maknanya kita ni sempurna,bila sempurna itu bukan sifat manusia...manusia ni lemah jadi smapai kapan pun enggak akan bisa sempurna..kalau bisa aku ngomong begitu...

jom kita fikir dalam masa mungkin 5 minit paling sekejap...kita faham sedalam2 makna bagi ayat alquran yang bermaksud "maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"~arrahman~
syukur akan nikmat itu tanda kasih kita padaNYA
bongkak akan pemberian itu pasti kecewa menanti
riak yang dibenci jangan sekali dalam diri
istigfar pengubat hati semua sukai.....


p/s:moge yang menulis ini lebih mendapat manfaat dengan apa yang kita bacakan ini....

18 Oktober, 2010

~anak itu~

menjadi kebiasaan sebagai seorang guru masalah2 pelajar menjadi hidangan yang biasa didengar..
kadang kesian itu membuatkan kita terfikir apa akan jadi pada budak itu...
hemm..aku terdiam sejenak dan berfikir dan mencuri2 dengar perbualan mereka...

bapa murid:saya tak tahulah ustaz apa nak jadi pada anak saya tu,saya dah hantar dia ke kedah,ke sana ke sini...tapi tetap begitu juga...saya tak tahulah....

ustaz:(terdiam mendengar keluhan bapa pelajar tersebut...)

bapa murid:ada yang suruh saya mandikan bunga,tapi saya rasa tak da guna mandikan bunga kalau dia         sendiri tak nak belajar...saya pun dah putus asa..saya da ceritakan hal ni ke pihak atasan,biarlah orang nak kata ape...saya tak malu,kalau orang nak kata saya dah gagal,biarlah...mungkin saya dah gagal...

ustaz:memang dia tak mahu belajar ye??

bapa murid:memang dia tak mahu belajar,dia tak nak ke sekolah langsung..sedangkan adik2 dia ok je...adik dia baru2 ni ambil upkk...keputusan ok,bila dikatakan pada abang dia begini "abg bodoh"
dia marah..hemm saya tak tahulah..

ustaz:dia anak ke berapa??

bapa murid:dia anak ke dua...

ustaz:anak kedua memang macam ni agaknya

tiba2 mencelah guru yang lain...

guru lain:eh..tidaklah mungkin dia tak boleh bawak..

ustaz:mungkin juga...sayang kat dialah nanti..masa bergerak...pelajaran dia akan tertinggal..

bapa murid:itulah...sekarang ini dia ada di rumah jadi suri rumah...oklah ustaz mintak maaflah banyak2..

ustaz:ye..ye tak pe..doalah banyak2 moge dibuka hatinya untuk terus sambung belajar ye...

bapa murid:insyaallah....

hemm...lepas perbualan selesai..aku termenung,susah kan mendidik anak...
serius aku katakan murid atau remaja kadang tak semua berfikir panjang dalam membuat keputusan...dan kebanyakanya sering mengikut nafsu seronok dalam diri..awas ibu dan ayah sekalian,jangan biar mereka yang menentu jalan hidup mereka sendiri untuk semua keputusan...

bagi mereka itu yang terbaik,,acap kali aku katakan marah sayang itu yang amat di perlukan...
kamu marah akan anak itu pasti mereka akan merajuk dan bermasam muka..itu lumrah,mereka tak akan fikir baiknya tika itu..tapi mereka hanya tahu mereka sudah besar dan mampu menilai baik dan buruk serta hidup tanpa bimbingan orang tua..

apa yang berlaku esok usah peduli..yang pasti hari ini aku jalani dengan gembira...hemm mungkin ini arah tuju mereka..hidup bukan untuk esok tapi cukup sekadar makan...

kawalan mereka yang berpengalaman itu penting..ajar mereka untuk membuat keputusan sendiri waktu mereka remaja segini..andai keputusan dalam sesuatu perkara yang di buat oleh mereka baik maka teruskan..andai sebaliknya,teguran dan nasihat yang sepatutnya harus diberikan...jangan dimanjai anak itu,risau kalau-kalau padah yang dibalasnya..

tetapi masalah tidak mahu belajar seperti ini,suatu kes yang amat berat kalau boleh dikatakan...pelajar yang masih di usia remaja sepatutnya ke kelas harian untuk menimba ilmu,apatah lagi dengan dunia yang penuh mencabar ini..sekiranya ijazah kini tidak dipandang apatah lagi masa hadapan...

peranan ibu bapa amat besar,pertama sekali doa yang berterusan dari ibu dan ayah..doa ibubapa doa yang mustajab...teruskan berdoa walau hati kadang kesal akan anak tersebut..dalam doa mintak akan lembut hati anak itu,doa moge keinginan belajar itu masih ada...

doa tanpa usaha tiada guna...
teruskan memberi kata2 semangat yang membina..memang kalau di ikutkan hati,malas rasanya untuk bagi pada orang yang tidak mahu,seolah2 kita ni yang melebih2...tapi dalam diam anak itu akan berfikir sikit demi sedikit..percayalah...ingat benda yang selalu di ulang itu akan masuk kedalam otak sebagai jangka masa panjang..makanya benda itu akan lekat di dalam fikiran..dan ada kemungkinan anak itu akan fikir hikmah di sebalik apa yang disampaikan oleh ibubapa mereka...

ketiga bantu anak dalam membuat keputusan,ajarkan anak solat istikharah...mahu pun solat hajat...
moge dengan solat istkharah ini sedikit sebanyak mampu meberikan yang terbaik padanya...

cara lain pada pembelajaran..
manusia tidak semua samakan???
jadi bila mana pada bidang akademik itu sukar untuk diikuti..mungkin bidangnya lebih kepada kemahiran...
masukkan anak itu ke sekolah teknik barangkali itu yang bersesuaian dengan jiwa dan apa yang diigini...

hemm....anak anugerah Allah..bagaimana sukar pun mendidik anak,pasti ada jalan yang terbaik buat mereka...cuma kita yang perlu mempelbagaikan cara itu....
pendekatan yang terbaik seiring kasih sayang ibu dan ayah jangan dipisahkan..lain cara didikan ibubapa dan guru..seperti lain masakan ibu kamu dan masakan di kedai,
kalau di kedai sedap pada ajinomoto yang ditambah tetapi tidak pada ibu kerna kasih sayang penambah rasa........kerna kasih kamu tak sama...
kalau guru hanya sekadar mahu anak itu mendapat ilmu,namun kamu mahu anak itu tahu akan ilmu dan kasih yang tak hilang walau hilang di mata....
hanya kerna kamu yang melahirkan mereka.....
kasih sayang kamu takkan hilang walau benci ada dalam hati..
semua kerana ikatan kamu yang kekal abadi........

~berat hati ini~

hidup takkan sempurna tanpa yang satu melain DIA,
sempurna itu bukan pada yang satu...
aku kenang sedalam2nya makna sebenar agar aku mengerti akan erti sebuah kehidupan,
tak selalu gembira,
tak kan selamanya sedih,
dari kecil merangkak besar,
belajar cara membaca...
menganal a,b,c..
kadang tersalah sekali,
teguran emak aku dengari...
kadang aku main dalam serius emak..
akhirnya cubitan manja tapi sakit jadi makanan..
hemm...itulah hidup...
tak selamanya indah andai selalu ceria...
terasa nikmat jika kadang berduka..
lumrah kehidupan..
akhirnya berpisah jua dengan keluarga..
bila berjauhan teman penguat diri...
ketawa bersama,
gaduh bermasam muka..
ah...kadang pedih bila bertengkar..
kadang terlebih tika bergurau,,
teman maaf andai hati terluka kerna aku..
aku insan biasa,
kadang mahu dimanjai,
mahu kamu setia sebagai pendengar aku,,,
aku tahu,satu masa kau akan pergi...
tinggal aku sendirian..
dan aku tau tika itu pasti aku hilang tempat berteduh..
ko penguat aku kala kerinduan memuncak tinggi..
entah kenapa bila berita pemergian mu..
air mata ini bergenang...
aku takot...
takot akan hilang kamu...
takot akan tiada teman mengadu..
aku pasti rindu akan gurau manja itu...
ahh...mampukah aku...
saat pemergian mu tinggal beberapa hari cuma...
aku keseorangan...
dalam sendirian tiba2 air mata ku laju mengalir pergi..
hemmm...aku hanya mampu berdoa,
berdoa akan sedih ni moge pergi..
membiarkan aku kuat meniti hari..
agar akar yang sama kita bina...
terus menjalar tanpa kamu...
tapi aku tak sekuat itu...
hemmm...malam berlalu pergi..
aku terlena dengan tangisan sepi ini...

16 Oktober, 2010

~penyelamat atau tak terselamat???~

something yang berlaku takkan selesai dalam masa sekejap...tu biasa...
sebab ujian tu memang akan datang selalu..nama pun hidupkan if tak de ujian memang tak mencabarlah,,,,beter jadi baby je...memang konfem tak de masalah..

n bila ada ujian pasti ada yang membantu..tu kuasa Allah lah kan..kita just doa sahaja...
so awak korang semua(ayat k.long aku) pernah tak jadi penyelamat???penyelamat orang ketika mereka lemas kah????apa2 jelah...
mesti pernahkan...then apa jadi dengan prob diorang tu???setel ke???atau sebaliknya...???
biasa mesti setel dengan baik punya...
tak kurang juga prob tu bertambah masalah..hemmm sedihkan,niat murni tu tersalah erti...
mereka yang menyalah ertikan tu tak bersalah..mungkin kita yang nak menyelamatkan ni yang salah dalam cara menyelesaikan masalah tersebut...
hakikatnya penyelamat itu yang perlu ada cara yang terbaik....jadi tak timbul lah masalah salah faham ni...

so korang sebelum betul2 nak selesaikan masalah orang tu...fikir dengan semasak-masaknya dan berdoa agar apa yang terbaik itu yang tercapai dan moge segalanya diberkati...hemmm doa uasa tawakal...yakin akan itu kamu pasti akan kuat....
tulah nak jadi penyelamat kan dah tak selamat....


p/s:go..go..chaiyok...
      sori....tak bermaksud macam itu.....

~berkira walau dengan mimpi???~

persoalan demi persoalan boleh timbul dengan satu demi satu mimpi yang datang..heemmmmm
mimpi satu,mungkin agak serabut otak nak fikirkan apakah jawapan sebenar,tiba2 muncul pula mimpi kedua,lagi bertambah berat masalah..hahaha...lepas tu ada pula mimpi yang bersambung2 bagaikan cerita berepisod plak...hahaha...menonton tv ketika tidur...best kah?????

tetapi mesti orang akan kata mainan tidur jer,so tak yah fikr sgt la...namun berapa ramai yang bersikap acuh tidak acuh sahaja perkara sebegini????
nak tak nak saya percaya paling sedikit pun orang akan fikirkan sebanyak 5% ..dan ia akan berlegar-legar di ruang minda sehingga lah separuh hari selepas perkara tersebut berlaku..huhhh lama jugak kesan diakan..itu jangkaan paling kurang...dan yang paling lama ad kemungkinan 2hari atau lebih

tapi betol ke mimpi ni???nilah masalah sebenar...
ada kala mimpi itu benar dan sebagai petunjuk dan sebaliknya ada yang sekadar sebagai hidangan santai untuk tidur anda...
mimpi yang benar itu saya percaya selepas perkara yang berkaitan mimpi itu benar2 terjadi...
tetapi jikalau disebabkan kita terlampau memikirkan masalah kemungkinan mimpi datang tapi sekadar mengganggu pemikiran kita..atas sebab kita terlalu memikirkan masalah tersebut....

mimpi juga ada yang disabdakan nabi dalam sebuah hadis yang mengatakan bahawa...

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:
”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis: 
(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,
(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, 
(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. 
Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”
 
(Muslim)
 
hakikatnya mimpi yang benar itu pastinya berlaku pada NABI2...sebagaimana Nabi YUSUF,Nabi IBRAHIM apatah lagi RASULULLAH saw...
manakala mimpi bagi kita yang jauh dan lemahnya dari segi keimanan ini adalah banyaknya datang dari syaitan...
oleh itu mahu tidak mahu kadangkala mimpi itu ada benarnya,dan kadangkala kita sendiri tidak pasti kebenaranya..jadi jalan terbaik adalah dengan mengikut segala apa yang disarankan oleh Nabi iaitu bangun dan bersolatlah..

nampak tak disitu two in one kita dapat..hahh ni kalau yang suka berniaga ni molek sangatlah..
pertama kamu semua dapat menghindarkan diri dari perasaan takut disebabkan mimpi,
yang kedua ialah dapat jugak sekali sekala korang bertahajud..nah sapa yang untung sekarang???

dan antara lain bagi menghalang mimpi2 yang tidak kita ingini...amalan2 sebelum tidur itu jadikanlah ia sebagai amalan  kamu seharian..ini juga telah disebutkan di dalam hadis sohih:-
 
syaitan telah menceritakan kepada Abu Hurairah:-
"barang siapa yang membaca ayat_ayat al-kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".
Rasulullah telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"ia telah bercakap benar kepada engkau,walhal ia sendiri sebenarnya penipu"
 
(Riwayat al Bukhari) 
 
moga segala yang terjadi dapat kita sama2 ambil iktibar...dan percaya akan sesuatu itu perlu berdasarkan alquran dan sunah supaya hidup ini tak terpesong kepada benda yang tidak sepatutnya...wallahualam..
 

14 Oktober, 2010

~comel dan geram pada budak~

kalau mengajar selama ini tak sabar,memang dah lama rasanya orang tak nak ajar budak2...
memang orang suka budak...siapa tak suka budakkan....budak ni muka comel...manja2 lagi..
tapi sekali dah mengajar dorang,serius bapak singa pun keluar agaknya....(tergelak tika ini)dalam hati ku berkata...kalau orang tengok pun tak nak masuk pinang..garang sangat..
ok u all boleh cakap macam2....if korang pernah masuk dan mengaja budak..lagi2 mengajar budak sekolah agama di tengah kota metropolitan kuala lumpur ini..huhhhh memang mencabar minda meyyy

budak bandar fikiran mereka pun bandar,tak semua parents ok,
ada yang ok dan memang nak suruh mereka belajar agama..
tapi kalau orang yang hantar sebab sekadar syarat jer...anak yang belajar tu pun acuh tak acuh je..

kalau ayat takat macam ni....
"alah sekolah agama bukan penting pun,ada ape??? lagi penting sekolah kebangsaan"
dah selalu dengar..hemm
jadi kita yang mendengar ni pun kadang nak marah pun tak boleh jugakkan..nama pun budak,
so kita ni kena guna psikologi agar mereka ni dapat faham dengan mudah..

tapi yang bestnye kalau dah lama tak jumpa tiba2 rindu kat dorang tu datang..hahaha
macam2 kan..yang penting budak memang comel dan mengeramkan...

~terima kasih semua~

belajar tu bukan boleh pandai dalam seharikan???detik hati ini..
tapi yakin aku akan belajar itu mahu tidak mahu aku akan dan terus menimba pengalaman sebab tanpa pengalaman seseorang itu takkan matang...namun matangkah aku????
teringat pada pesan ayah,
"orang yang berjaya dalam sesuatu bidang itu berapa kali dia jatuh???
kalau orang yang mahir bermain dengan ular tu,pasti banyak kali tubuh mereka di patuk ular..itu bagi mereka mungkin makanan harian yang tidak enak di makan tapi manis sekali rasanya....
kalau orang yang terbang membawa payung itu
rasanya luka penuh di badan..."ah...pesan itu akan aku ingat selalu sebagai tanda hormat,sayang dan patuh aku pada ayah....
jatuh sekali takkan selamanya..
namun aku perlu kamu sebagai tangan menyambut aku yang terjatuh...
pimpin aku yang kelemahan...
aku mahu menjadi seseorang yang berjaya...
dan aku takkan lemah atas pesanan2 yang membina dari kawan aku...
perlu belajar dari bawah...
sedih itu pasti ada,
namun takkan lemah dengan ia...
terima kasih kamu penguat aku....

~mesyuarat maghrib~

hemm...mesyuarat maghrib kamu bagaimana???
cerita apa kali ini???
selalu bermesyuarat???
best???
kali ini cerita nya lain..
kalau semalam tentang mistik...
hari ini barangkali rancak dengan sikap arab yang bermacam2 ragam
namun itulah kelainan dan cabaran kita dalam bergaul
gembira kamu semua...alhamdulillah
gurau tawa
marah sayang
hahaha...tiap hari begini
indahkan...
sambil makan sambil bercerita
dan utama sekali
sambil mengeratkan silaturrahim...
indah pada yang ramai
sunyi pada yang sedikit
andai tidak ada yang bergerak dari tempat asal punggung itu melabuh
pasti setia mereka pada yang satu
tapi tiba2 satu perkara menerpa masuk dalam fikiran ku
aku risau perkara itu..
hemmm
biarlah...
yang pasti aku suka akan mesyuarat ini....

~syukur aku~

terdeti hati mahu membuka fb kegemaran manusia masa kini..tiba2 tersentuh pada sesuatu yang aku lihat..hemm
tersentuh tiba2 jauh di hati ini..
dalam sedar aku bersyukur akan satu perasaan ini..
betol kata orang..
kadang gembira itu perlu tapi jangan selalu..
kadang nagis itu rahmat yang aku syukuri..
kerna saat aku sedih aku tahu ia semua kuasa MU
hemm...jatuh kan air matamu
kenangkan segala pemberian DIA
istigfar aku pada segala dosa lalu...
insan kerdil yang amat hina disismu...
malu aku pada KAU..
lurus pada istiqomah itu amat aku harapkan
jauh dariMU paling aku takuti
ampuni aku pada setiap yang berlaku...
datangkan ia tika aku terleka..
maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan...~arrahman~
aku insan paling hina...ampuni aku...
termenung aku pada segala ciptaanMU....

13 Oktober, 2010

~diam itu ceritanya banyak~


di dalam kereta selesai segala kerja,pulang beberapa orang adik beradik menuju ke rumah,sepanjang perjalanan salah seorang menegur seorang yang lain

adik beradik 1:eh ko ni bole diam tak???asyik potpet je dari tadi rimas aku

adik beradik 2:(terus dengan cerita yang tak sudah2..entah bila akan habis)

yang lain:(gelak dan seakan2 setuju untuk menyuruh yang kedua itu diam)

bising salah diam pun salah...tapi ramai yang akan setuju bahawa berdiam lebih baik dari berkata2..
ye..setuju juga akan kenyataan yang mana ia juga berupakan mafhum hadis dari nabi...lebih baik diam dari berkata2 yang bukan2 kerana ia bisa membawa kecelakaan..hemmm diam ea???

tapi bukan la bermakna bila mak panggil kamu tak menyahut...eh tak baik taw,mak panggil kita kena sahut...
diam pada tempatnya itu yang sepatutnya...

tapi perasan tak kamu akan diam itu sebenarnya banyak cerita akan dia..mungkin tak terzahir dari pancaindera yang satu iaitu mulut..tapi andai pandai menzahirkannya,yang diam itu menarik dijadikan teman..

jangan bersedih mereka yang agak kecoh ala2 makcik gitu,u all pun ada class..cumanya sesekali cuba kamu bersembang dan ajak berkongsi cerita pada mereka yang senyap ini..mahu tergelak sampai tak ingat rumah kan...

aku suka katakan sempurna itu bukan pada yang satu...kamu pelengkap pada yang kurang...jangan dijauh mereka yang senyap...kerna ada mutiara tersimpan jauh berliku yang perlu kamu gali agar sinaran terpancar tanpa ada yang menghalang...

cerita aku cerita kamu..
berkongsi cerita
berkongsi pengalaman
rasa sesuatu yang tak semua rasa..,
manis saat itu pasti terbayang kala kamu berjauhan..
aku ada kala kamu kesusahan
jangan lupa kamu akan aku...
aku rindu segala cerita kamu...
manis..
gembira..
sedih..
lucu..
ahh...aku rindu akan itu...
cerita diam kamu..
buat aku terbayang memoir itu....

~kasih tak sama~


benar kata orang,lain tangan lain rasanya..mungkin cukup jarinya,sempurna bahannya..segar isinya..namun air tangan itu lain rasanya..itu kuasa DIA dan tak siapa mampu menandingi..

teringat akan kata penulis dalam sebuah buku mengatakan walau durian di tanam sebelah cili sekali pun takkan mengubah isi manis padanya,walau sebelahnya itu pedas akan rasanya..besar sekali kuasa yang tak mampu siapa pun menandingi...Allahuakbar!!!
lain pula kalau manusia jika diberi 5 bahan masakan pasti tak lari mana menu yang akan dimasak..
itulah keterbatasan minda kita..tak sempurna itu sifat kita,yang lemah itulah manusia,namun sempurna itu tak datang pada tangan yang satu..

suatu pagi selepas makan bersama kawan di tempat kerja,terdengar akan aku seorang pelajar dimarahi atas sebab kekemasan diri yang agak comot kalau boleh aku katakan..hemmm
satu lagi masalah family yang aku rasa ia mampu menyumbang ke arah masalah disiplin pelajar..
ibu bapa bercerai,anak mangsanya..
kalau aku katakan pelajar itu degil,tidak juga..
budak!!masakan sukar untuk mendengar nasihat..pada mulanya tidak ku ketahui akan masalah family yang dialami,namun bila ditanya mengapa begitu jadinya??satu persatu keluar meniti bibir rakan seperjuangan ku dalam profesion perguruan ini..
hemm...aku mengeluh kecil..seingat aku kebanyakan masalah murid datangnya dari ibu bapa yang kurangnya perhatian mereka pada anak..sayang anak itu..masih kecil...

pagi-pagi anak itu di hantar ke pengasuh,dan jumpa kembali bila semua terlelap dibawa mimpi...
mana masa kamu bersama mereka???mereka rindu belaian seorang ayah dan mak...
gurau senda,
marah manja dari ibu,
kasih ayah dalam garang kamu...ohhh!!!aku yakin ,mereka tidak mengerti semua itu...
dan aku yakin tika mereka membesar dan melihat rakan yang lain begurau manja dengan ibu mereka,bertepuk tampar dengan ayah yang mereka kasihi...pasti terjerit di hati...ibu ayah aku mahu begitu seperti mereka...
aku mahu kalian dan aku ketawa meniti jalanan hidup ini...mengertilah aku...

kasih itu tak sama..tak sempurna ayah tanpa ibu,
tak takot anak pada ibu tanpa ayah..kamu pelengkap mereka,,
dalam lembut emak akan lahir garang ayah..
tika dimarahi ayah emak pengubat luka..
tempat mengadu mereka kamu wahai ibu,
dan kekuatan hidup terlahir dari wajah kamu wahai ayah..
kau ketua keluarga penguat yang lain...

janga sia kan anak itu akibat marah sesama kamu..
harta yang dikejar akan lari entah bila,
kasih yang abadi itu kekal selamanya,
ingat anak rezeki kurniaan ilahi...
kamu pelengkap yang lain..
kasih tak sama walau mungkin bagi kamu sempurna..

luangkan sedikit masa bergurau senda,tanya akan pelajaran mereka,marah sayang kamu amat dihargai anak itu..
tak sempurna andai menagih tanpa ada pemberi..
tak lengkap andai ada pembeli tanpa ada yang menjual..
dan tak sama kasih ayah dan ibu yang dikasihi...
sayang kamu wahai ibu dan ayah..
kasih kamu menuju ke syurga....

genting itu penting kadang kala

senang selamanya tak mencabar barangkali,
namun susah itu ramai ditakuti
mudah disukai,
jalan baru tak jua terbuka dengan itu,
hemm...
ramai yang pasti pergi kepadanya,
ohh..
benarkah ini yang sepatutnya,
diatas yang selalu dilihat,
terlupa seketika akan lawannya..

kita pembuka segalanya,
bayaran itu pada kamu,
tawarkan berapa kamu ingini,
kira ada pembelinya kamu pasti suksess dalam itu
andai tidak terjadi
jalan lain masih terbuka..
ahh..tak semudah itu
tahan tuturmu,
itu jalan kamu,
corong lain perlu kamu jajahi..
masih banyak yang menanti,
masih banyak yang memanggil,

ohh...anak kau harus kuat,
sekuat pokok ditiup ribut angin,
cari akarmu,
lebarkan ia,
kukuh akan tanah itu,
langit terus terbuka,
awan akan cerah pada kamu yang melihat
bila mendung itu datang
jangan biarkan ia terus dengan petirnya
lawan dengan segala akarmu
carilah akar itu
kerna genting itu penting
kerna genting itu pembuka segalanya...

09 Oktober, 2010

~sebab tu banyak~

baru lepas baca blog orang sebentar tadi,tiba2 plak terbaca banyak entri tentang kahwin..
jadi tangan terus menggatal nak tulis pandangan aku tentang hal ni..

kenapa ramai kahwin muda??
mestilah jawapannya tak lain tak bukan sebab dah jumpa calonkan..jadi bila seru dah sampai,duit cukup tak cukup sangat n tujuan utama aku rasa mesti nak jauhkan dari maksiat.
baguslah yang berfikiran macam ni,sekurang-kurangnya niat korang tu murni n semata-mata nak mendapat keredhaan dari ilahi..i like it lah..

dan kenapa ramai tak kahwin??
hah korang jangan la plak terkejot bila dapat tahu ramai lagi rupenya tak kahwin..
eh ramai taw tak kahwin lagi,baik laki mahu perempuan.
katanya jodoh takde..mungkin!!!
tapi aku rasalah memilih tu pun faktor utama juga..nak yang perfect..ishh susahlah kan nak jumpa..atau pun selesa bila bersendirian..yup bagi perempuan seronok juga bersendirian,semua hal boleh urus sendiri,tak yah nak bising2 kena dengar arahan orangkan.
buat plak kewangan dah stabil,rumah dah ade,semua da lengkap so buat pe kahwin??/hahah bole ke camtu...
siap hari tu terdengar cerita pasal awek orang ni lari sebab kejar mamat kaya..huhhh berasap mata(betolke???)
perempuan ni mungkin la takot ape2 terjadi akan datang tu yang pilih laki kaya...kesian je aku tgk mamat yang ditinggalkan ni...takpe2 just sabar n fikir ada lagi yang lebih baik dari die k...

laki pulak kenapa??
semua sebab sama je,tak kira laki atau perempuan,kalau tanya soalan yang sama mesti jawapan lebih kurang je..tapi lain sikit yang kat sini.."tak yah dengar kena bebel"
hahaha...perempuan kan kuat bebel,so dari asyik kena bebel jer baik dok sorang2 lagi best...heee(ni bukan pendapat aku ea)

kesimpulanya??
benda jodoh ni sukar untuk dikatakan...kadang kita pun tak tahu jodoh kita bila..usaha,doa n tawakal..
insyaallah benda baik tu Allah mudahkan lain lah kalau korang memang tak nak kahwin..
eh2...kahwin tu sunnah taw...so fikir2kan dan selamat beramal...huuuu

03 Oktober, 2010

~penawar hati~

hati tawar??
muka masam??
baru lepas gadoh??
many problem??
tension??
emmm...banyaknye persoalankan...
kalaulah boleh...
selalu sangat ayat ni dengar tatkala kita berdepan dengan prob..janganlah macam tu,benda dah berlakukan so biarkan je...ade hikmah yang kita tak tau but Allah tau..

cuma bila problem tu datang i just nak nasihat u all bertenang and yang paling penting buat2lah happy atau cari sendiri ketenangan tu..

teringat suatu hari i pernah masam jer bila jumpa kawan yang  sorang ni..then bila muka i masam jer..terus dia kata:~
"aku tak sukalah orang tak senyum bila ada depan aku"
dan secara spontan terus senyuman i tu terpamer dari muka..serius memang tak tahu kenapa boleh jadi macam tu..tapi itulah kuasa senyuman...yang bisa membuat semua orang bahagia..

itu tentang kuasa senyuman pengubat bahagia..lagi satu pengubat ketenangan..
yup tak lain tak bukan i suka sangat tengok ciptaan ilahi...
deruan pantai...
burung berkicauan...seronokkan...
masa kat alex bila time exam tiap2 hari juga melawat ke pantai...
kat sana tenang ya amat...alhamdulillah yaAllah...
so korang bila ada problem cari lah something yang membuat kamu bahagia...
bahagia itu milik kamu....