18 Oktober, 2010

~anak itu~

menjadi kebiasaan sebagai seorang guru masalah2 pelajar menjadi hidangan yang biasa didengar..
kadang kesian itu membuatkan kita terfikir apa akan jadi pada budak itu...
hemm..aku terdiam sejenak dan berfikir dan mencuri2 dengar perbualan mereka...

bapa murid:saya tak tahulah ustaz apa nak jadi pada anak saya tu,saya dah hantar dia ke kedah,ke sana ke sini...tapi tetap begitu juga...saya tak tahulah....

ustaz:(terdiam mendengar keluhan bapa pelajar tersebut...)

bapa murid:ada yang suruh saya mandikan bunga,tapi saya rasa tak da guna mandikan bunga kalau dia         sendiri tak nak belajar...saya pun dah putus asa..saya da ceritakan hal ni ke pihak atasan,biarlah orang nak kata ape...saya tak malu,kalau orang nak kata saya dah gagal,biarlah...mungkin saya dah gagal...

ustaz:memang dia tak mahu belajar ye??

bapa murid:memang dia tak mahu belajar,dia tak nak ke sekolah langsung..sedangkan adik2 dia ok je...adik dia baru2 ni ambil upkk...keputusan ok,bila dikatakan pada abang dia begini "abg bodoh"
dia marah..hemm saya tak tahulah..

ustaz:dia anak ke berapa??

bapa murid:dia anak ke dua...

ustaz:anak kedua memang macam ni agaknya

tiba2 mencelah guru yang lain...

guru lain:eh..tidaklah mungkin dia tak boleh bawak..

ustaz:mungkin juga...sayang kat dialah nanti..masa bergerak...pelajaran dia akan tertinggal..

bapa murid:itulah...sekarang ini dia ada di rumah jadi suri rumah...oklah ustaz mintak maaflah banyak2..

ustaz:ye..ye tak pe..doalah banyak2 moge dibuka hatinya untuk terus sambung belajar ye...

bapa murid:insyaallah....

hemm...lepas perbualan selesai..aku termenung,susah kan mendidik anak...
serius aku katakan murid atau remaja kadang tak semua berfikir panjang dalam membuat keputusan...dan kebanyakanya sering mengikut nafsu seronok dalam diri..awas ibu dan ayah sekalian,jangan biar mereka yang menentu jalan hidup mereka sendiri untuk semua keputusan...

bagi mereka itu yang terbaik,,acap kali aku katakan marah sayang itu yang amat di perlukan...
kamu marah akan anak itu pasti mereka akan merajuk dan bermasam muka..itu lumrah,mereka tak akan fikir baiknya tika itu..tapi mereka hanya tahu mereka sudah besar dan mampu menilai baik dan buruk serta hidup tanpa bimbingan orang tua..

apa yang berlaku esok usah peduli..yang pasti hari ini aku jalani dengan gembira...hemm mungkin ini arah tuju mereka..hidup bukan untuk esok tapi cukup sekadar makan...

kawalan mereka yang berpengalaman itu penting..ajar mereka untuk membuat keputusan sendiri waktu mereka remaja segini..andai keputusan dalam sesuatu perkara yang di buat oleh mereka baik maka teruskan..andai sebaliknya,teguran dan nasihat yang sepatutnya harus diberikan...jangan dimanjai anak itu,risau kalau-kalau padah yang dibalasnya..

tetapi masalah tidak mahu belajar seperti ini,suatu kes yang amat berat kalau boleh dikatakan...pelajar yang masih di usia remaja sepatutnya ke kelas harian untuk menimba ilmu,apatah lagi dengan dunia yang penuh mencabar ini..sekiranya ijazah kini tidak dipandang apatah lagi masa hadapan...

peranan ibu bapa amat besar,pertama sekali doa yang berterusan dari ibu dan ayah..doa ibubapa doa yang mustajab...teruskan berdoa walau hati kadang kesal akan anak tersebut..dalam doa mintak akan lembut hati anak itu,doa moge keinginan belajar itu masih ada...

doa tanpa usaha tiada guna...
teruskan memberi kata2 semangat yang membina..memang kalau di ikutkan hati,malas rasanya untuk bagi pada orang yang tidak mahu,seolah2 kita ni yang melebih2...tapi dalam diam anak itu akan berfikir sikit demi sedikit..percayalah...ingat benda yang selalu di ulang itu akan masuk kedalam otak sebagai jangka masa panjang..makanya benda itu akan lekat di dalam fikiran..dan ada kemungkinan anak itu akan fikir hikmah di sebalik apa yang disampaikan oleh ibubapa mereka...

ketiga bantu anak dalam membuat keputusan,ajarkan anak solat istikharah...mahu pun solat hajat...
moge dengan solat istkharah ini sedikit sebanyak mampu meberikan yang terbaik padanya...

cara lain pada pembelajaran..
manusia tidak semua samakan???
jadi bila mana pada bidang akademik itu sukar untuk diikuti..mungkin bidangnya lebih kepada kemahiran...
masukkan anak itu ke sekolah teknik barangkali itu yang bersesuaian dengan jiwa dan apa yang diigini...

hemm....anak anugerah Allah..bagaimana sukar pun mendidik anak,pasti ada jalan yang terbaik buat mereka...cuma kita yang perlu mempelbagaikan cara itu....
pendekatan yang terbaik seiring kasih sayang ibu dan ayah jangan dipisahkan..lain cara didikan ibubapa dan guru..seperti lain masakan ibu kamu dan masakan di kedai,
kalau di kedai sedap pada ajinomoto yang ditambah tetapi tidak pada ibu kerna kasih sayang penambah rasa........kerna kasih kamu tak sama...
kalau guru hanya sekadar mahu anak itu mendapat ilmu,namun kamu mahu anak itu tahu akan ilmu dan kasih yang tak hilang walau hilang di mata....
hanya kerna kamu yang melahirkan mereka.....
kasih sayang kamu takkan hilang walau benci ada dalam hati..
semua kerana ikatan kamu yang kekal abadi........

Tiada ulasan: