13 Oktober, 2010

~kasih tak sama~


benar kata orang,lain tangan lain rasanya..mungkin cukup jarinya,sempurna bahannya..segar isinya..namun air tangan itu lain rasanya..itu kuasa DIA dan tak siapa mampu menandingi..

teringat akan kata penulis dalam sebuah buku mengatakan walau durian di tanam sebelah cili sekali pun takkan mengubah isi manis padanya,walau sebelahnya itu pedas akan rasanya..besar sekali kuasa yang tak mampu siapa pun menandingi...Allahuakbar!!!
lain pula kalau manusia jika diberi 5 bahan masakan pasti tak lari mana menu yang akan dimasak..
itulah keterbatasan minda kita..tak sempurna itu sifat kita,yang lemah itulah manusia,namun sempurna itu tak datang pada tangan yang satu..

suatu pagi selepas makan bersama kawan di tempat kerja,terdengar akan aku seorang pelajar dimarahi atas sebab kekemasan diri yang agak comot kalau boleh aku katakan..hemmm
satu lagi masalah family yang aku rasa ia mampu menyumbang ke arah masalah disiplin pelajar..
ibu bapa bercerai,anak mangsanya..
kalau aku katakan pelajar itu degil,tidak juga..
budak!!masakan sukar untuk mendengar nasihat..pada mulanya tidak ku ketahui akan masalah family yang dialami,namun bila ditanya mengapa begitu jadinya??satu persatu keluar meniti bibir rakan seperjuangan ku dalam profesion perguruan ini..
hemm...aku mengeluh kecil..seingat aku kebanyakan masalah murid datangnya dari ibu bapa yang kurangnya perhatian mereka pada anak..sayang anak itu..masih kecil...

pagi-pagi anak itu di hantar ke pengasuh,dan jumpa kembali bila semua terlelap dibawa mimpi...
mana masa kamu bersama mereka???mereka rindu belaian seorang ayah dan mak...
gurau senda,
marah manja dari ibu,
kasih ayah dalam garang kamu...ohhh!!!aku yakin ,mereka tidak mengerti semua itu...
dan aku yakin tika mereka membesar dan melihat rakan yang lain begurau manja dengan ibu mereka,bertepuk tampar dengan ayah yang mereka kasihi...pasti terjerit di hati...ibu ayah aku mahu begitu seperti mereka...
aku mahu kalian dan aku ketawa meniti jalanan hidup ini...mengertilah aku...

kasih itu tak sama..tak sempurna ayah tanpa ibu,
tak takot anak pada ibu tanpa ayah..kamu pelengkap mereka,,
dalam lembut emak akan lahir garang ayah..
tika dimarahi ayah emak pengubat luka..
tempat mengadu mereka kamu wahai ibu,
dan kekuatan hidup terlahir dari wajah kamu wahai ayah..
kau ketua keluarga penguat yang lain...

janga sia kan anak itu akibat marah sesama kamu..
harta yang dikejar akan lari entah bila,
kasih yang abadi itu kekal selamanya,
ingat anak rezeki kurniaan ilahi...
kamu pelengkap yang lain..
kasih tak sama walau mungkin bagi kamu sempurna..

luangkan sedikit masa bergurau senda,tanya akan pelajaran mereka,marah sayang kamu amat dihargai anak itu..
tak sempurna andai menagih tanpa ada pemberi..
tak lengkap andai ada pembeli tanpa ada yang menjual..
dan tak sama kasih ayah dan ibu yang dikasihi...
sayang kamu wahai ibu dan ayah..
kasih kamu menuju ke syurga....

Tiada ulasan: