16 Oktober, 2010

~berkira walau dengan mimpi???~

persoalan demi persoalan boleh timbul dengan satu demi satu mimpi yang datang..heemmmmm
mimpi satu,mungkin agak serabut otak nak fikirkan apakah jawapan sebenar,tiba2 muncul pula mimpi kedua,lagi bertambah berat masalah..hahaha...lepas tu ada pula mimpi yang bersambung2 bagaikan cerita berepisod plak...hahaha...menonton tv ketika tidur...best kah?????

tetapi mesti orang akan kata mainan tidur jer,so tak yah fikr sgt la...namun berapa ramai yang bersikap acuh tidak acuh sahaja perkara sebegini????
nak tak nak saya percaya paling sedikit pun orang akan fikirkan sebanyak 5% ..dan ia akan berlegar-legar di ruang minda sehingga lah separuh hari selepas perkara tersebut berlaku..huhhh lama jugak kesan diakan..itu jangkaan paling kurang...dan yang paling lama ad kemungkinan 2hari atau lebih

tapi betol ke mimpi ni???nilah masalah sebenar...
ada kala mimpi itu benar dan sebagai petunjuk dan sebaliknya ada yang sekadar sebagai hidangan santai untuk tidur anda...
mimpi yang benar itu saya percaya selepas perkara yang berkaitan mimpi itu benar2 terjadi...
tetapi jikalau disebabkan kita terlampau memikirkan masalah kemungkinan mimpi datang tapi sekadar mengganggu pemikiran kita..atas sebab kita terlalu memikirkan masalah tersebut....

mimpi juga ada yang disabdakan nabi dalam sebuah hadis yang mengatakan bahawa...

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:
”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis: 
(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,
(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, 
(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. 
Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”
 
(Muslim)
 
hakikatnya mimpi yang benar itu pastinya berlaku pada NABI2...sebagaimana Nabi YUSUF,Nabi IBRAHIM apatah lagi RASULULLAH saw...
manakala mimpi bagi kita yang jauh dan lemahnya dari segi keimanan ini adalah banyaknya datang dari syaitan...
oleh itu mahu tidak mahu kadangkala mimpi itu ada benarnya,dan kadangkala kita sendiri tidak pasti kebenaranya..jadi jalan terbaik adalah dengan mengikut segala apa yang disarankan oleh Nabi iaitu bangun dan bersolatlah..

nampak tak disitu two in one kita dapat..hahh ni kalau yang suka berniaga ni molek sangatlah..
pertama kamu semua dapat menghindarkan diri dari perasaan takut disebabkan mimpi,
yang kedua ialah dapat jugak sekali sekala korang bertahajud..nah sapa yang untung sekarang???

dan antara lain bagi menghalang mimpi2 yang tidak kita ingini...amalan2 sebelum tidur itu jadikanlah ia sebagai amalan  kamu seharian..ini juga telah disebutkan di dalam hadis sohih:-
 
syaitan telah menceritakan kepada Abu Hurairah:-
"barang siapa yang membaca ayat_ayat al-kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".
Rasulullah telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"ia telah bercakap benar kepada engkau,walhal ia sendiri sebenarnya penipu"
 
(Riwayat al Bukhari) 
 
moga segala yang terjadi dapat kita sama2 ambil iktibar...dan percaya akan sesuatu itu perlu berdasarkan alquran dan sunah supaya hidup ini tak terpesong kepada benda yang tidak sepatutnya...wallahualam..
 

Tiada ulasan: