29 Ogos, 2012

Kecewa memakan diri

bukan tidak mahu membantu
Tapi risau seperti tikus membaiki labu
Bukan tidak mahu membalas budi
Tapi takut disalah erti
Walau hati ikhlas berbakti
Tapi aku manusia yang lemah sendiri

13 Ogos, 2012

lemah kawanku airmata

mahu bercakap takut terkena batang hidung sendiri,
tidak cakap hati merana sendiri,
kadang tangisan itu lebih baik dari segalanya,
aku juga manusia!!!
lemah aku hanya mampu berkawan dengan tangisan air mata

07 Ogos, 2012

tanda tanya

kalau tak benarkan kenapa kau izinkan?!
ia membunuh benda yg telah sakit!

06 Ogos, 2012

Tawakal

Dari air muka seolah tergambar segalanya,tak perlu berkata itu dan ini kini aku mula memahami,

Terima kasih atas segalanya,tak apa biar Dia menentukan segala,tawakkal alaAllah

01 Ogos, 2012

angan si kecil

masa kecik dulu selalu berfikir seronoknya kalau dapat tahu isi hati orang lain dan dapat tahu apa yang orang lain sedang fikirkan,

itulah angan si kecil,
mengimpikan sesuatu yang mustahil dapat terjadi,

apa pun aku kira angan sebegitu mampu membuat si kecik berfikir tentang kebesaran tuhan,

ok,selamat berbuka