04 Jun, 2013

Allah lebih besar dari masalah kita

tadi pagi lepas saja solat subuh,ku capai telefon bimbit dan mengetouch ke paparan yg tertulis ikim,dengan kelajuan internet dari mobinil alhamdulillah berjaya ku buka dan ku pilih motivasi ustaz pahrol mohd juoi sebagai sarapan pagi.

Tak lama pun,sebab sibuk nak studylah konon,jadi aku hadkan masa 5 minit untuk mendengar.

Tajuk Allah lebih besar dari masalah kita buat aku berfikir betapa kadang kita terus jadi kurang waras bila berhadapan dengan masalah.
Betul masalah takkan pernah henti,tapi pernah tak kita tanya diri kita,adakah masalah yg dihadapi dari kecik hingga kini buat kau makin matang,atau adakah anda sudah matang,atau baru belajar nak matang?

Kemudian apa pula tanda yg kita matang?

Persoalan yang tak mampu ku jawab sebaiknya,tapi cukuplah bagiku matang itu adalah bila kita kembalikan sesuatu kepada Allah tanpa kita menyandar kepada manusia,bukan tidak boleh minta pertolongan manusia tapi itulah hakikatnya.

Percaya atau tidak sedikit sebanyaknya ia mampu mengubah proses pemikiran kita...

ok sambung lagi nanti,cukup 5 minit rehat,sambung study hadis,kawan2 doakan ya aku dan yg lain najah,aminnn,ops matang2

tak betul ~*#&/-=%=^"']¥₩$»¡¿®©+@;!?:,()

dari friendster,ke blog then ak baru kenal apa itu facebook..tapi ak kira blog adalah paling terbaik walau kdg2 senyap tanpa apa2 bicara..

kadang menyampah dgn facebook dan ahlinya!sebab jadi tempat luah masalah,ah tensinn dibuatnya,elok nk dpt kan berita bertukar gosip pula!

dah ak pula teremo...jom la solat,suci diri,then study,arggg lusa examm..!!najah aminn

02 Jun, 2013

Allah segalanya...bukan manusia yang sementara

zaman kini dan dulu byk perubahan yg berlaku,sama ada teknologi yg semakin maju dan canggih dan sifat manusia yg semakin agresif mengejar nikmat dunia yg entah bila penghujungnya namun yg pasti tidak kekal seperti kekalnya akhirat destinasi terakhir semua.

Maka apabila manusia mendahulukan emosi berbanding akal yg waras dan hati yg elok dalam berbicara,akan terjadilah sesuatu yg di sana kita katakan musibah pada sudut pandang yg lain.

Menjadikan teknologi semasa sebagai tempat luah bicara,tidak puas hati,marah,dan sedih itu kira aku tidak sesuai mana bahkan akan menambah lagi sifat mazmumah dan menzahirkan kepada si pembuat akan dendam yg sudah lama disimpan dan keburukan pihak lain tanpa kita sedar.

Sedang kita punya Allah tempat bergantung,siapakah yg layak utk menjaga aib hambanya jika tidak tuan yg melahirkannya.

"kita tolong orang,Allah tolong kita..dan kita tutup aib orang,Allah tutup aib kata"

Saat dua kaedah itu aku guna pakai tiada apa yg terlahir pada diri ini,melainkan senyuman dan ketenangan hati yg melanda.

Tidak perlu kepada orang ramai untuk tahu seribu satu masalah kita,cukuplah Allah tempat bergantung...mafhum ayat quran maka siapakah yg dpt menghalang andai Allah memberi pertolongan??

Bagiku,sangat tidak wajar meletak status pelik dan perli dalam diam di muka buku milik peribadi kegunaan umum,di jaja sana sini kisah kamu,apa semua manusia suka??diam dan beristighfar itu lebih baik dan berubahlah serta ditegur pada siapa yang kamu benci,mana tahu dgn teguran kamu si dia berubah,maka pahala yg kamu dapat di saat dia berubah itu lebih tinggi nilainya berbanding kutukan dan macian oleh mu,
Wallahualam...

dari aku yang hina,dan tiada apa2
1.05 am alexandria