04 Jun, 2013

Allah lebih besar dari masalah kita

tadi pagi lepas saja solat subuh,ku capai telefon bimbit dan mengetouch ke paparan yg tertulis ikim,dengan kelajuan internet dari mobinil alhamdulillah berjaya ku buka dan ku pilih motivasi ustaz pahrol mohd juoi sebagai sarapan pagi.

Tak lama pun,sebab sibuk nak studylah konon,jadi aku hadkan masa 5 minit untuk mendengar.

Tajuk Allah lebih besar dari masalah kita buat aku berfikir betapa kadang kita terus jadi kurang waras bila berhadapan dengan masalah.
Betul masalah takkan pernah henti,tapi pernah tak kita tanya diri kita,adakah masalah yg dihadapi dari kecik hingga kini buat kau makin matang,atau adakah anda sudah matang,atau baru belajar nak matang?

Kemudian apa pula tanda yg kita matang?

Persoalan yang tak mampu ku jawab sebaiknya,tapi cukuplah bagiku matang itu adalah bila kita kembalikan sesuatu kepada Allah tanpa kita menyandar kepada manusia,bukan tidak boleh minta pertolongan manusia tapi itulah hakikatnya.

Percaya atau tidak sedikit sebanyaknya ia mampu mengubah proses pemikiran kita...

ok sambung lagi nanti,cukup 5 minit rehat,sambung study hadis,kawan2 doakan ya aku dan yg lain najah,aminnn,ops matang2

tak betul ~*#&/-=%=^"']¥₩$»¡¿®©+@;!?:,()

dari friendster,ke blog then ak baru kenal apa itu facebook..tapi ak kira blog adalah paling terbaik walau kdg2 senyap tanpa apa2 bicara..

kadang menyampah dgn facebook dan ahlinya!sebab jadi tempat luah masalah,ah tensinn dibuatnya,elok nk dpt kan berita bertukar gosip pula!

dah ak pula teremo...jom la solat,suci diri,then study,arggg lusa examm..!!najah aminn

02 Jun, 2013

Allah segalanya...bukan manusia yang sementara

zaman kini dan dulu byk perubahan yg berlaku,sama ada teknologi yg semakin maju dan canggih dan sifat manusia yg semakin agresif mengejar nikmat dunia yg entah bila penghujungnya namun yg pasti tidak kekal seperti kekalnya akhirat destinasi terakhir semua.

Maka apabila manusia mendahulukan emosi berbanding akal yg waras dan hati yg elok dalam berbicara,akan terjadilah sesuatu yg di sana kita katakan musibah pada sudut pandang yg lain.

Menjadikan teknologi semasa sebagai tempat luah bicara,tidak puas hati,marah,dan sedih itu kira aku tidak sesuai mana bahkan akan menambah lagi sifat mazmumah dan menzahirkan kepada si pembuat akan dendam yg sudah lama disimpan dan keburukan pihak lain tanpa kita sedar.

Sedang kita punya Allah tempat bergantung,siapakah yg layak utk menjaga aib hambanya jika tidak tuan yg melahirkannya.

"kita tolong orang,Allah tolong kita..dan kita tutup aib orang,Allah tutup aib kata"

Saat dua kaedah itu aku guna pakai tiada apa yg terlahir pada diri ini,melainkan senyuman dan ketenangan hati yg melanda.

Tidak perlu kepada orang ramai untuk tahu seribu satu masalah kita,cukuplah Allah tempat bergantung...mafhum ayat quran maka siapakah yg dpt menghalang andai Allah memberi pertolongan??

Bagiku,sangat tidak wajar meletak status pelik dan perli dalam diam di muka buku milik peribadi kegunaan umum,di jaja sana sini kisah kamu,apa semua manusia suka??diam dan beristighfar itu lebih baik dan berubahlah serta ditegur pada siapa yang kamu benci,mana tahu dgn teguran kamu si dia berubah,maka pahala yg kamu dapat di saat dia berubah itu lebih tinggi nilainya berbanding kutukan dan macian oleh mu,
Wallahualam...

dari aku yang hina,dan tiada apa2
1.05 am alexandria

26 Mei, 2013

selesai satu...

syukur ku panjatkan segala apa yg telah Kau berikan pada kami hambamu.Alhamdulillah segala puji hanya utkMu..

selesai menjawab madah Alquran...apa pun terjadi hati ku tetap kuat dgn pujukan dan pandangan baik oleh akal waras ini,

sepanjang menghafal surah al-imran,aku sgt tertarik pada satu ayat,maksudnya,jika Allah memberi pertolongan siapakah yg dapat menghalang bantuan itu,dan jika Allah tidak memberi pertolongan siapakah yg dpt membantu selepas tu,dan keatas Allah lah setiapa tawakal org beriman itu,Allah..betapa Dia kasih akan hambanya...

..................

tadi baru saja lepas berbual dgn abuya,tp waktu tidak kena dgn mereka,semua sdg tidur,tak mengapa lah mmg aku saja mahu menelefon kala hati di landa resah,begitu baik abuya melayan bagai aku ini anak yg kecil sedang abuya mungkin sudah bersiap utk tdur,abuya katakan semalam abuya mimpi bintang,byk sgt...Allahhh laju air mata ku mengalir,tidak tahu mengapa tahun ini beitu mudah air mata ini utk jatuh,ku gagahkan juga utk minta doa dlm suara menahan esak yg makin tidak dapat dibendung,abuya kata i.allah najah lah tu,aminn dan terus aku menghentikan perbualan.....

abuya k.yah rindu sgt....moga Allah memelihara mama dan buya seperti mana mereka menjaga ku sejak kecil,kasihilah mereka ya allah,aminnn

30 April, 2013

family

ayahku yg comel!hee


pagi keluar petang masuk,

hari2 di tahun 4 begitu mencabar berbanding tahun yg sebelum,yeke?
sebenarnya sama saja tinggal kita yang menyusun,

pernah suatu hari tika diri terasa lemah ku kirim pesanan ringkas pada mama di malaysia,memang itulah yang ak lakukan tatkala rasa takut,dan sedih menerpa,walau kata mama hanya sedikit tapi cukup terkesan buat aku yg lemah ini,bilang mama,sekejap saja sudah di tahun empat,sikit saja lagi nak habis jangan putus asa.

kalau dilihat manusia itu hidupnya memang akan di uji,tinggal pada kita utk kembalikan ujian itu pada siapa,,

dan kini masing2 sibuk berkuliah dan kelas,ku doakan kamu najah kawan2 ku dan kita dapat berbakti semula utk ibu dan ayh di malaysia,aminnn

30 Januari, 2013

menguap pun lain!

sudah dua hari di sini,makanya sudah dua kali bangun pagi di sini...bak kata saya menguap pun keluar asap.

semalam saja selesai sudah jalan di balad amman.Balad ni dikenali juga dalam istilah melayu pekan.Seperti pekan di kampung-kampung malaysia.Di sini banyak barang untuk di borong.

Usai solat terus kami bergambar di sekitar masjid hussein dan makan di mat'am cairo.Kata adik saya dikenali dengan nama cairo mungkin kerana pekerjanya ramai dari cairo,tetapi makanannya seperti manakan arab yang lain,ada nasi kabsah dan lain serta ayam bakar.

Kekenyangan dengan nasi kami pergi melawat ke tempat peninggalan rom..tempat nya agak luas tetapi yang kami pergi suku tempat yang hampir dengan balad rom.


28 Januari, 2013

Alhamdulillah...

tiba sudah ku kini di bumi syam.sambil menunggu untuk dijemput oleh adik,sempat kira2 menulis sepatah dua berkongsi cerita.

Dari alexandria ke jordan tidak lama perjalanana.Pejam celik terlihat kapal terbang sudah mendarat.

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan barangkali ada betulnya kalau tidak banyak sedikit pasti ada.Tatkala melihat iklan mengenai peraturan di dalam kapal,ada sedikit kelainan yg ditonjolkan.Banyak menarik dari yang pernah ku lihat sebelum ini.mungkin juga kerana watak yang diambil adalah kanak2 bukan orang dewasa seperti kebiasaan.Dan yang paling best flight kali ni ku tidak diberikan makanan,ergg menyanyi ala rocklah jawabnya perut ni.

Sekarang, aku menuggu adik menjemput,moga2 dimudahkan urusanku ya Rabb,aminnn

satu demi satu

alhamdulillah satu persatu berjaya aku hadapi,sebagai hamba fitrah andai aku berasa takut dan sedih saat memikirkan apa akan jd pada masa hadapan,tapi tatkala teringat kembali aku punya tuhan,aku punya Allah sebagai tempat bergantung,aku kini tenang,ya Rabb mudahkan segala urusan ku,aminnn

jordan aku datang!!!


26 Januari, 2013

rancang dulu

manusia ni byk juga berfikir,ramai juga hanya mudah di mulut,dan kadang hanya pandai melihat.
namun kurang beramal,kurang tindakan.

jadi kiranya aku berkata rancang dahulu kemudian pastikan tiap rancangan berjaya,walau hasilnya sedikit mungkin itu yg terbaik!

25 Januari, 2013

kemunculan yang baru

hilang yg lama bukanlah sbb utk kita dapatkan sesuatu yg baru,
tetapi sebenarnya kehilangan itu menjadi titik permulaan kita menerima semuanya apa yg bakal berlaku!