30 Januari, 2013

menguap pun lain!

sudah dua hari di sini,makanya sudah dua kali bangun pagi di sini...bak kata saya menguap pun keluar asap.

semalam saja selesai sudah jalan di balad amman.Balad ni dikenali juga dalam istilah melayu pekan.Seperti pekan di kampung-kampung malaysia.Di sini banyak barang untuk di borong.

Usai solat terus kami bergambar di sekitar masjid hussein dan makan di mat'am cairo.Kata adik saya dikenali dengan nama cairo mungkin kerana pekerjanya ramai dari cairo,tetapi makanannya seperti manakan arab yang lain,ada nasi kabsah dan lain serta ayam bakar.

Kekenyangan dengan nasi kami pergi melawat ke tempat peninggalan rom..tempat nya agak luas tetapi yang kami pergi suku tempat yang hampir dengan balad rom.


Tiada ulasan: