29 Jun, 2011

harap doa kamu

aku kira pasti banyak sekali limpahan air mata jatuh saat semua pulang dari kuliah sebentar tadi...susah sangat ke soalan????
aku tak tahu bagaimana hendak digambarkan...bukan tidak berusaha..tapi...entah,
ketika menjawab,dua kali telefon ku bergetar,dalam hati berkata..itu pasti abuya..tak apa la biarkan dahulu sehingga aku betul selesa menjawab...berfikir dan terus menunggu idea tapi tak jua keluar..aku buntu..apa yang dibaca bagai hilang dan..........ya Allah

dalam perjalanan balik segera tangan ku menaip pesanan ringkas kepada ayahanda di malaysia..
"salam,abuya sori tadi kakyah tengah exam.sekarang baru habis..tak tahulah macamana..takut sangat,doakan ya moge najah dan diterima..."
terus tanda send ditelefon aku tekan..
tak sampai berapa minit report mengatakan mesej yang kukirim selamat sampai..pasti abuya tengah membaca barangkali,dan sekarang aku hanya menunggu deringan telefon berbunyi tanda ayahanda tersayang mahu tahu akan keadaan aku.

selesai beras ku beli di markaz mandarah (tempat budak-budak malaysia berkumpul),getaran seiring dengan lagu di dalam beg buruk berwarna hitam berbunyi...
abuya..salam...terus berbual kami anak beranak...

ku nyatakan kerisauan yang tak terhingga...aku takut sekali,takut terkecewakan mereka,walau bukan itu yang dipinta...yup..masih punya doa untuk diusahakan...itulah pesan terakhir oleh abuya tadi,dan abuya menyarankan untuk fokus pada madah lain...dan akhirnya salam aku pada mama ku nyatakan..dan lafaz assalamualaikum tanda berakhirsudah perbualan ringkas kami,,pasti sudah lewat malam disana bisik hati kecil ini.. .

dan aku kembali berjalan longlai..lemah rasa diri ini...
bagai bukan kaki ini yang bergerak..

faiza azamta fatawakkal alallah....
wamakaruwamakarallah...wallahu khoirun makirin....




p/s : kawan doakan ya najah semua madah...sangat berharap doa kamu semua....aminnnn

26 Jun, 2011

kurang mengerti

hari ni aku tak mengerti..
banyak sangat persoalan timbul
sampai rasa seolah
aku ingin pergi di tepi laut
biar ku muntahkan segala disana
atau mungkin
biar aku pergi ke tempat air terjun yang tinggi
bisa aku lompat dari atas melepas segala
atau ingin sekali ditinggal di padang pasir
biar seorang diri megembara
andai mati tiada siapa yang tahu
mungkin itu lebih baik
tapi
ku kenang sekali lagi
aku manusia penuh dosa
ku kenang kembali
hadis nabi pada 3perkara yang membantu manusia
saat hilang tiada bernyawa di dunia
ilmu yang bermanfaat
sedekah
doa anak soleh
huhhh
ilmu yang aku ada apalah sangat
sedekahku rasanya apa boleh buatku tersenyum???
atau punyakah aku anak soleh bisa doa buat aku..
lemah.....
aku makin kurang mengerti
biarlah
biar pergi dan terus hilang akan rasa itu

24 Jun, 2011

bosan....

nota yang comot lagi comot dan comot....tapi inilah yang dibawa kemana-mana...sampai jadi kertas apa sudah...minyak kapak merawat pening yang datang masa exam syafawi hari tu,,,nasib ada,kalau tak kena letak minyak masak saja lah....dan pensil itu adik punya,masa diorang g indonesia sambil-sambil kemas nak balik mesir, tak sempat beli pensel lain dan tangan terus laju je ambil diorang punya
 bila da bosan study inilah yang jadi.....hohohohohohho 
layan komik kadang-kadang dapat hilangkan tension....
 


kemudian baring dan berehat di bilik sepah siapa entah ni...tapi nampak la perempuan punyakan sebab warna pink..tapi lelaki pun ada bilik warna pink kan...kan...kan...??????


sambil makan puding coklat yang tak berapa sedap...(tak boleh kahwin lagi.:(..hahahah)




p/s: macam teringin makan agar-agar mishmish(apricot)..jom beli buah then buat petang ni ok????

soksek soksek sana sini

soksek..soksek,...
sana sini
orang berkata
baik kata kamu
sopan cara kamu
lembut langkahan
tapi tegas dalam pilihan

soksek...soksek..
sana sini
orang juga bicara
tentang kamu
singkat kain tubuh kamu
kasar cara kamu
buruk tutur kamu
langkahan apa lagi

soksek...soksek...
sana sini
semua bual apa???
zahir kita
atau batin tiada???

peduli soksek soksek manusia
jadi kamu apa mahumu...
kita bicarakan soksek soksek kita
semalam
hari ini
sekarang
namun esok belum ketahui...

22 Jun, 2011

usah lena adikku

buat adik-adik diluar sana
belajar sungguh-sungguh
pertama niat kamu untuk agamamu
kedua harapan ibu bapa yang menggunung
lain-lain untuk kesenangan kamu

muda umur kamu
semangat jiwa baru yang datang
usah kau terlepas pandang
itu pendorong tiap kekuatan yang datang
usah terlena
dek kesenangan sebentar
tapi bayangan panjang pada gembira yang akan kunjung
sekira engkau bersabar sebentar
itu lebih baik
percayalah adikku
kataku ini kau pasti ingat
bila mana 5 tahun yang mendatang
kau baca semula puisi nasihat aku ini


usah lena adikku.......

21 Jun, 2011

Maryam,Yusuf,Luqman



Anak anugerah Allah yang saya kira ia mampu mengubah kehidupan suami isteri ke arah lebih sempurna.Perkahwinan itu saja sudah sempurna,apatah lagi ditambah dengan tangisan dan tawa anak-anak pasti lagi menggamit suasana.

Namun mendidik anak-anak itu perlulah dari mereka kecil lagi,bak kata pepatah mendidik anak seperti mengukir diatas batu,ukirannya takkan hilang dek hujan dan panas yang sering menyinggah.Jadinya alat untuk mengukir itu perlu betul dan sesuai dengan ukiran tersebut.

Permulaan yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik, begitu juga bagi si ibu tatkala membawa budak,atau mengandung,digalakkan agar sentiasa menjinakkan diri serta mendekatkan diri kepada amalan-amalan yang memberi impak yang baik kepada janin yang bakal menjadi manusia luar biasa insyallah itulah harapan semua ibu-ibu.Walau ibu itu barangkali biasa saja.Tetapi katakan pada saya siapa yang mahu perkara yang tidak baik terjadi pada kandungan yang dibawa kehulur kehilir itu???

Oleh itu islam sendiri telah menggariskan beberapa jalan antaranya mempertingkatkan amalan berzikir.Islam itu sempurna dan tiada yang lebih sempurna melain dia.Maka cara hidup Islam itu melengkapi segala apa yang kita inginkan.

Diturunkan al-quran itu sebagai panduan dan sunnah itu sebagai contoh yang lebih dekat untuk kita ikuti.Banyak sekali surah-surah yang menceritakan kisah-kisah nabi terdahulu.Dan disini saya senaraikan beberapa surah sebagai panduan kita bersama untuk kaum-kaum ibu (walaupun gelaran ibu itu lambat lagi mungkin untuk diri ini).....

1) Surah Al-Fatihah : Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2) Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat.

3) Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yg cerdik akal dan cerdik jiwa.

4) Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yg cantik rupa dan cantik akhlak.

5) Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

6) Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat.

7) Surah Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara drp maksiat.

8) Surah an-Nahl : Untuk melahirkan anak yg berdisiplin



Surah yang dinyatakan boleh diamal dengan berperingkat atau disusun mengikut kesesuaian diri ibu-ibu.Andai tidak mampu tiap-tiap hari untuk diamalkan,mungkin dalam seminggu pasti ada mulut kita melazimi akan ia.Disamping kita membaca terus dari mulut barangkali dengan menggunakan teknologi yang semakin canggih mampu membantu agar pembetukan janin itu sentiasa dalam jalan yang baik dan diredoi Allah insyallah.

Peringatan ini bukan sahaja saya khususkan untuk ibu-ibu mengandung,malah sebagai peringatan kita bersama.Persediaan yang boleh kita lakukan sebagai manusia yang bergelar wanita,kita boleh mula menghafal surah-surah seperti surah Maryam,Luqman dan Yusuf.Supaya sekurang-kurangnya kita tidak akan terasa berat ketika mengandung.Contohnya sambil menunggu giliran untuk bertemu doktor kita boleh membelai perut yang semakin menuggu masa dengan bacaan suci A-Quran.Kemana kita pergi walau tanpa Al-quran di tangan tetapi kita sudah meletakkan surah ini didalam diri.Bukankah ia akan memudahkan lagi gerak kerja melahirkan baby yang cantik.kacak dan pandai dan yang paling penting melahirkan pemuda untuk menegakkan agama islam...insyallah....

p/s:walau sebenarnya sukar diamalkan..manakan tidak untuk baca bismillah tiap-tiap awal pekerjaan pun payah..huhhh muhasabah bersama..


20 Jun, 2011

akal waras

manusia tidak dapat tidak,pasti punya otak,akal,dan hati.Ketiga-tiga ni sangat berkait rapat dalam menghasilkan sesuatu keputusan selain dibantu oleh deria yang lain,seperti mata,telinga,lidah,hidung,dan apa entah lagi satu.
Jadinya kesemua yang dinyatakan mempunyai fungsi masing-masing walaupun kadang-kadang tanpa kewujudan salah satu dari deria tersebut kita masih lagi boleh hidup didunia ini,cuma mungkin hanya akan melambatkan proses pekerjaan.Misalnya seorang manusia yang cacat matanya,masih lagi boleh berjalan dan bergerak ke sana dan ke sini dengan menggunakan alat bantu yang lain,cuma seperti yang saya katakan tadi pergerakan mugkin tidak selaju manusia yang cukup fizikalnya
Kelemahan fizikal bukan suatu masalah yang besar untuk meneruskan hidup dan menjadi hamba yang taat kepada sang pencipta yang satu iaitu Allahurabbi,tetapi kehilangan akal yang waras sangat-sangat memberi kesan kepada individu dalam menjalani kehidupan yang sangat mencabar masa kini.
Beza kita manusia dan haiwan hanya pada akal,namun akhir-akhir ini banyak sekali manusia seolah-olah hilang anugerah yang satu milik tuhan abadi iaitu akal yang waras.
Kita katakan kita manusia,tapi perlakuan kita tak ubah seperti binatang tatkala megawan,kita katakan kita punya akhlak tapi kasih sayang kita kadang-kadang patut kita tunduk malu pada ibu kucing kepada anaknya.
Allah berikan otak untuk kita berfikir sesuatu agar menjadi khalifah contoh dimuka bumi,namun otak itu perlu bergabung dengan hati yang sentiasa mendahulukan penciptanya dalam apa jua sekalipun,dan kata akhir dalam sesuatu permasalahan perlulah ditentukan dengan akal yang waras supaya hasilnya yang utama sekali ialah redo pencipta pada kita dan kemudiannya moga memuaskan hati manusia yang lain..wallahualam....

19 Jun, 2011

ustazah rainbow


suara serak...

biasalah tu..kali pertama mengajar..lagi-lagi mengajar darjah satu,memanglah suara kalau tak hilang tak sah
dan yang paling dimusykilkan lagi ialah.kenapa bila jerit tadi suara ni macam tak ada..errr memanglah...
takpelah dugaan namanya...seronok tapi geram.....budak2...nasib comel....

gelaran untuk kali ni,ustazah rainbow.....hohoho

ustazah rainbow

suara serak...
biasalah tu..kali pertama mengajar..lagi-lagi mengajar darjah satu,memanglah suara kalau tak hilang tak sah
dan yang paling dimusykilkan lagi ialah.kenapa bila jerit tadi suara ni macam tak ada..errr memanglah...
takpelah dugaan namanya...seronok tapi geram.....budak2...nasib comel....

gelaran untuk kali ni,ustazah rainbow.....hohoho

17 Jun, 2011

ustazah rainbow

suara serak...

biasalah tu..kali pertama mengajar..lagi-lagi mengajar darjah satu,memanglah suara kalau tak hilang tak sah
dan yang paling dimusykilkan lagi ialah.kenapa bila jerit tadi suara ni macam tak ada..errr memanglah...
takpelah dugaan namanya...seronok tapi geram.....budak2...nasib comel....

gelaran untuk kali ni,ustazah rainbow.....hohoho

12 Jun, 2011

jauh

jauh
kita makin jauh
kamu kutub utara
aku kutub selatan
jauh
kamu di atas langit tinggi
aku di bawah lautan
jauh
kamu mencerah seputih-putihnya
aku makin gelap sehitam-hitamnya
jauh
kamu besuara ceria
aku diam membisu
jauh
kamu ketawa riang
aku sunyi tanpa kata
kita makin jauh....
jauh...
jauh...
dan akhirnya jauh....

10 Jun, 2011

kunci mana kau menghilang

Suatu petang selepas waktu persekolahan,Cikgu Ismail meraba-raba dalam poketnya mencari kunci kereta.Sambil mencari sambil itu juga dia mendengar leteran Cikgu Rohana mengenai sikap pelajar di sekolah menengah tersebut.

Sejak akhir-akhir ni,pelajar di sekolah tersebut sering kali melakukan masalah yang hampir saja memeningkan guru-guru di situ.Setakat melanggar peraturan sekolah itu biasa sekali dilakukan malah yang terbaru masalah sikap degil mereka yang tidak mahu mendengar kata.

Cikgu Rohana : Cikgu tak boleh bersikap begitu dengan murid-murid,dia orang tu memang macam tu.Tapi kita mesti kena ada cara,baru budak-budak boleh berlembut dengan apa yang kita sampaikan,kalau salah caranya maka makin keraslah hati mereka nak ikut segala ajakkan kita.Benda baik ni,kena guna psikologi cikgu.

Cikgu Ismail: Alah Cikgu,dia orang tu memang degil susah nak dengar kata,(sambil tangan mencari-cari di dalam beg pula)

Cikgu Rohana : Iya,betul apa yang cikgu katakan.Tapi sebelum kita meletak hukum pada mereka.Kita patut kaji dahulu mengapa mereka jadi seperti itu,mungkin saja permasalahan yang barangkali kita sendiri tidak tahu..mesti ada kunci penyelesaian dalam masalah mereka ini.

Cikgu Ismail : Kunci apanya Cikgu Rohana???Kunci kereta saya yang tak jumpa-jumpa lagi ni...(sambil menambah lagi) dah mereka memang susah nak dengar kata.Budak-budak zaman sekarang tak macam dulu.Susah betul nak dididiknya.

Cikgu Rohana : Jangan macam tu cikgu,apa tugas kita sebagai guru...??kalau tak kerana untuk mendidik mereka,bukan takat mengajar tapi perbetulkan akhlak buruk mereka kearah kebaikan.Cikgu,mana ada manusia yang lahir-lahir terus sempurna.Semuanya belajar,belajar menjadi yang terbaik..baby pun merangkak ni kan pelajar yang dah tahu berjalan tinggal arah mana yang patut mereka ikut..dan kitalah yang kena tunjukkan jalan dan arah mana yang betul cikgu.

Cikgu Ismail : Alah cikgu sama je...haishhh mana pula kunci saya ni...(membebel seorang diri)

Cikgu Rohana : Cikgu cari kunci ke???

Cikgu Ismail : A...ah la dari tadi saya cari kunci kereta ni,tak tahu mana hilangnya...haishhhhh

Cikgu Rohana kemudian membuka beg tangannya.tak sampai 5 minit.......

Cikgu Rohana : Nah cikgu,ni dia..(tangan yang memegang kunci kini bertukar milik)

Cikgu Ismail : Eh mana kamu jumpa kunci ni !?

Cikgu Rohana : Saya jumpa kat bilik guru tadi....lihat cikgu penting tak kunci ni untuk buka kereta yang terkunci rapat tadi????

lama mendiam baru beliau bersuara
Cikgu Ismail : emmmmm..nanti kita bincang kemudian la ye....(sambil menahan malu dari perli yang hampir saja memakan diri)

cikgu rohana : baiklah...assalamualaikum cikgu...

cikgu ismail : walaikumussalam...

09 Jun, 2011

aku tak pandai..tapiiiii


"aku tak pandai"
ohhhh itu lah ayat yang aku ungkap dalam hati kemudian aku menyambung lagi
"tapi aku ada usaha dan aku ada otak dan akal untuk berfikir"
makanya sebentar lagi aku akan menghantar baju yang siap aku potong dan aku reka sendiri walau pada asalnya aku sekadar mahu jadikan ia baju yang biasa-biasa saja,tapi disebabkan tersalah potong jadinya aku tambahlah jadikan baju yang lain sikit.
kemahiran???huhh memang dari segi kemahiran aku tak ada la dalam bab-bab menjahit ni..tapi minat aku untuk mereka sesuatu buat aku tahulah siki-sikit nak mereka dan menjahit baju sendiri.
kebetulan pula mama pun jarang menjahit kat rumah yang ada hanya mesin jahit hadia dari mana entah.

dengan keadaan di luar negara ni nak dapat sesuatu baju yang kita minat sangatlah susah,yang ada hanya jubah..jadi aku ambil inisiatif buat sendiri.
ligat juga otak nak fikir cara terbaik untuk mengukur baju di badan sendiri..hohoho
cuma untuk menyempurnakan lagi kerja ini aku perlu kepada tukang jahit,disebabkan ketiadaan mesin jahit..
hohohoh so awak semua doakan ye ciptaan baju yang tak berapa ni menjadi...
manalah tahu suatu hari nanti dapat buka butik sendiri ke..uwwww heeee

07 Jun, 2011

PAU

pau yang bakal di kukus

aku yang buat tapi tangan anis yang luka???ohhh mengapakah???


dan akhirnya..siap pun walaupun tak la sedap mana,sebab aku memang tak suka inti kelapa..tapi ala kulli hal ahli bait semua suka pun dah kira ok la sekalipun anis kata juzhin tersebut melekat kat gigi lol...hehehe
lain kali aku buat inti kentang tak pun sambal ikan bilis..ada best tak???
so pau pun tengah bermain di atas api sekarang ni(dipanaskan)
selamat bersarapan semua.....yang nak menjawab exam pagi ini aku doakan yang terbaik tuk awak semua ye....

bila teringat....

pagian lagi sudah tersedar bangun
capaian sejadah itu dihampar
doa hamba dipohon
lalu
makanan anak dihidang atas meja empat segi yang tak berapa tepat
enjin kereta kecil lagi sederhana dihidupkan
seakan bunyi orang tua yang tunggu masa
tapi masih gagah batinnya
kenderaan itu dibawanya buat hantar anak-anak kesekolah
si kecil dua orang dihadapan
yang lain duduk selesa di belakang
tangan yang bergerak memandu stereng tidak menganggu mulut untuk berkata-kata
nanti belajar elok-elok
jangan nakal-nakal
duit tak cukup mintak kak ros(kakak angkat)
pesanan biasa setiap hari
tangan kanan disambut cium
pipi juga begitu
tak cukup kanan dan kiri
badan dipeluk
erat..
sangat erat
satu
dua
tiga
sampailah keempat
lagaknya semua seperti sayang sekali
selesai beg digalas
dan mata si pemandu mengekori setiap langkahan anak-anak kecil ke kelas
hingga hilang di pandangan mata....
dan empat roda itu berlalu pergi dalan keadaan semput tua dan batuk enjin yang tinggal masa....

tentang cerita ibu dan anak-anaknya..bila aku teringat akan semua ini...

05 Jun, 2011

dua

dua
jawapan hanya dua
kamu dua
aku dua
walau soalanya sama
tapi jawapan berbeda
mungkin saja menang keinginan semua
tapi tidak pernah ada kalah bagi aku
yang ada hanya syahid dan syurga sentiasa menanti
tidak pada kamu
istilah menang dan tewas tidak akan pernah berubah
kerna beza aku kau pada agama
dan jawapan kita tetap dua
syahid atau tewas!!!

04 Jun, 2011

tuah pada setiap sesuatu

tidur malam 4jam tadi cukup untuk buat aku segar dari penat yang datang menjengah lewat pagi tadi...
ingatku paling tidak pukul 2pagi akan terjaga,namun kepanasan musim panas kali ini mampu menghadkan masa tidur malamku...alhamdulillah

usai aku mengemas diri,kembali aku menyambung menelaah kitab fiqh shafie,masih banyak perlu difahami dam masih banyak perlu dihafal..pagi tadi saja beberapa bab sudah dibaca,tanda dan tulis makna yang tidak difahami..
jadi malam yang berbaki sebentar tadi niat ku untuk membaca kitab nasie terkabul.kurang-kurangnya aku mampu membaca setengah dari tajuk yang sepatutnya(gaya macam banyak je)...aku bukan dari mereka yang pandai tapi keyakinan pada kerajinan itu adalah motivasi kuat dalam diri ini.

penat otak ku berkerja,aku kemudian mencapai novel sejarah yang aku selak sebelum tidur selepas maghrib tadi..sambil baring di fikiranku ligat memikirkan betapa kuatnya semangat Hulagu Khan dalam cita-citanya menyambung taklukan atukknya GenghisKhan..

kata-kata yang aku suka ialah..
"datukmu lahir bersama tuahnya,kamu juga lahir bersama tuahmu"....
wahhh makanya aku juga lahir bersama tuah aku....

kekuatan keturunan mereka ini memang dilahirkan sebagai pemerintah,belum pun sempat aku menghabiskan bacaan yang masih banyak tergendala..mataku terlelap seketika,dan dalam mimpi huda serta adik-adik yang lain muncul membawa manisan mimpi padaku..aku rindu!!!

lalu ku terjaga dek kerana nafas ku terganggu,ye..sejak akhir-akhir ni,badan ku terasa panas..dan aku jangka selesema bakal melanda hidupku pada awal jun ini...oh Allah...kawan-kawan mintak doa akan kamu pada ku ya....moge sihat hendaknya...aminnn
walau pun begitu,setiap yang diberi itu anugerah..alhamdulillah ucap ku....(sambil batuk-batuk lagak nya keuzuran sekali)

maaf pada sapaanku

kamu duduk dihujung sendirian
aku dari jauh hanya melihat
terasa ingin menyapa
tapi malu ku datang
ku biar
sangkaku akan ada yang menegur dari kejauhan
tapi hati ini mendahului segalanya
jauh sudah borak akan segala
dan tawa derai tak hirau siapa
kadang tersilap pada sapaan itu
tapi kau beri maaf semuanya
dan salah itu ku lakukan untuk terakhirnya
dan kau marah dalam sayang
tapi ego kuat pada diri itu datang
dan ia mengalahkan akan lembut sayang engkau
dan kita terpisah kembali
di hujung tempat kamu
di sini tempat aku
aku hanya memerhati dari kejauhan
doa aku titip penguat diri
dan padaNya ku serah yang berlalu..
moge bahagia kamu akan terlahir jua
walau kecewa pada pandangan ini
namun yang pasti
bukan niat aku bermain akan sapaan manis itu


p/s : buat mereka yang tersalah dalam kata2....hoohhohoho...ini tentang karut dua aku di malam akhir2 exam sebegini....

penghuni ditemani alam

berpisah kerana takdir
bertemu semula pada rezeki
pada satu yang menyakitkan
sama merasa pedihnya
kuat kamu lebih lagi
pada diri yang merasa
pegang kuat pada prinsip yang satu
seakan rumah tinggal terbang di bawa ribut yang melanda
namun mampu berdiri gah tatkala matahari menyinar
saat sunyi dan gelap
bulan temanku
dan ombak yang datang kadang sekadar mengusik
terasa tersenyum sebentar
tapi angin yang kuat
meruntunkan lagi jiwa penghuni rumah itu
dan begitulah harian yang berlalu..



p/s:cerita penghuni ruma..karut aku selepas menelaah kitab..hohoho

02 Jun, 2011

bual perempuan tentang si lelaki

tepat pukul sebelas kami sampai ke tempat badminton,court berhampiran dengan rumah.tidak jauh tetapi perlu juga untuk dibawa dengan menaiki kereta supaya sampai dengan selamat.andai berjalan kaki rasanya sempat berpeluh dulu sebelum main...
30 minit berlalu,aku dan huda leka bermain..walau aku rendah dan tatkala bermain nampak sangat kekurangan akan aku,tetapi semangat kuat ku tak pernah menghalang untuk menjadikan permainan kali ini seronok dan mencabar sambil ditemani gelak tawa geram kami semua.
yasmin yang dari tadi seperti orang baru datang bulan terduduk di hujung tempat berehat,tak tahu akan aku kenapa dan sebab apa???
masa pergi beriya-iya tapi sampai di sini,muka masam pula yang diberi,sangat pelik.
tak apa lah aku biarkan dia melayani moody dia sendirian...
ridhwan dan angah rancak bermain,lelaki kalau dah berjumpa huhhh main tak ingat dunia...

hampir 60 minit sudah berlalu...kadang-kadang kami berhenti berehat dan kadang-kadang kami bertukar pemain sesama sendiri..
sedang leka seronok berbalas-balas menghayun raket menampar bola..sekumpulan lelaki datang bersebelahan dengan kami.
mata kecik ini gatal sekali menjeling ke arah mereka..biasalah bila berlawanan magnet maka tak mustahil kekuatannya amat kuat untuk mengikut.
mereka rasaku student tak pun sudah berkerja sebahagiannya dan duduk berhampiran di situ..arghh biarkanlah bukan itu yang aku persoalkan..

belum sempat ku memulakan perbicaraan tentang mereka pabila kami berhenti berehat lalu si huda berkata
huda : wey cuba ko tengok laki tu
aku   : yang mana???
huda : ala yang dekat sana tu..
aku   : oooo..ok aku dah tengok dari tadi
huda : itulah,muka nampak baik dan suci je...aku suka yang pakai baju kuning itu...pakai seluar panjang..nampak cam tak merokok..
aku   : emmm ye boleh la jugak..baik.
huda : betullah baik,sebab kan orang kata kalau nak tengok laki tu macam agak baik ke tak dari segi penjagaan aurat dia,kau tengok je masa diorang bersukan....
aku   : iya ke?????
huda : iyalah...abuya pun kata camtu taw...
aku   : ooo ye...emmm betol jugak kot...
huda : yela betul apa,tengok angah,baik je main pun pakai seluar panjang...

angah yang ketika asyik bermain di intai oleh kami...tentang apa yang diperkatakan oleh huda
lalu aku dan huda pandang sesama sendiri sambil senyuman yang kami lontarkan diakhirnya.

huda : dan laki macam ni jugak boleh nak dibuat suami...abuya lah kata dulu nak tengok laki antaranya macam nilah..masa bermain dorang masih lagi pakai seluar panjang,nampak sopan dan yang paling penting menutup aurat..

rancak huda berbicara sambil mata tak lepas memandang ke arah si pemuda baik pilihan hati huda,dalam hati ku berkata,berkenan la tu...hehehehe

aku yang masih lagi memikirkan apa yang dikata oleh huda hanya tersenyum....agak-agaknya boleh lah cuba macam ni..nak cari suami nanti...hehehe
akhirnya kami menyambung kembali permainan yang tergendala disebabkan bual kami sebentar tadi.....huhhh bual perempuan tentang si laki...

p/s : hanya sekadar bual kosong yang kadang ada logiknya...tapi apa-apa pun agama itu yang lebih perlu dan utama untuk di lihat...wallahualam....

mimpi ku sang penerima

sedang enak dibuai mimpi
ku dihidangi sarapan awal dalam tidur ku
enak sekali
tak ku rasa ia mimpi
segala yang buruk dan kotor
langsung tiada
cuma enak itu dari tetapan sang penerima juga
bukan dari pencipta
ketua segala..
semuanya manis
contengan dimuka
tak pernah hodoh
walau hakikatnya contengan itu sebenarnya comot sekali
hiasan di badan sempurna
buat tatapan mereka yang sama tarafnya
yee
samataraf..
tetapan itu aku suka
aku gembira
aku sedih dalam senyum
tapi ia bukan dari sang pencipta
ia bukan realiti kehidupan
ia bukan hakikat yang kita akan jadi sebegitu

aku suka aturan kamu
tapi aku benci tipuan tetapan itu

saat berhadapan segalanya bisa kau tipu
atas alasan kerja sebagai itu
membuat ramai terpesona akan sifatmu
dalam kaca eletronik empat segi
kau diagung bagai tiada dosa
kau baik bak bidadari di syurga
tertipu semua

mimpi ku terus berjalan..
tak sampai hidangan terakhir
aku terjaga
bayangan baik cantik itu
lesap
hilang tatkala lena ku disedarkan oleh subuh pagi
baru ku tahu lakonan mu menjadi
dan aku
aku antara mereka yang tertipu
dan aku antara mereka yang terpesona
tapi aku bukan antara mereka yang terus dibuai mimpi
kerna mimpi bagi ku..
biar ia terhenti
cukup dengan hanya mimpi mainan tidur ku...

namanya sederhana

manusia yang kuat
adalah mereka yang mampu berdiri walau hakikatnya mereka cacat
boleh bergerak walau kekurangan itu memang zahir pada mereka
mampu terbang walau sayap mereka patah
bisa memandang dunia sekalipun mata tidak terbuka

kadang kita jadi hairan
mungkin saja kagum kita melebihi mereka yang sempurna

yang lemah andai mereka pandang dunia
cantik
indah
penuh makna bagi setiap kekurangan
maka tidak akan pernah ada rasa dunia ini sunyi sepi
walau hakikatnya begitu

namun yang sempurna
walau zahir kaya melimpah akan harta itu
tapi kebanyakannya sunyi akan jiwa mereka

yaaa
memang mereka kaya
kaya harta
kaya wang ringgit
beli saja apa mahu

namun
jiwa mereka miskin
jiwa mereka rindu gelak tawa manja kanak-kanak
mereka teringin riuh rendah bergema saat istirehat bersama

tapi yang namanya miskin harta
namun jiwa mereka kaya kasih sayang
yang namanya miskin harta itu juga
tak pernah sunyi walau sesaat tiada harta...
kamu bisa pilih akan kaya milik bersama..
harta melimpah
atau
fitrrah manusia pada jiwa yang kaya
bagiku saja....
biar sama-sama jadi milikku....
kerna itulah namanya sederhana

01 Jun, 2011

iyakan sayang kamu tak bermakna

kata orang sayang sukar diungkap...
tapi senang dinampak
kita ucap sayang 
tapi enggan laku apa suruh dia
kita lafaz sayang
tapi hanya pada manis mulut akan kamu
kita iyakan pada sayang
tapi tidakkan turut akan segala mahu dia...
sayang kamu itu bagaimana????
iyakan sayang kamu tak bermakna..
jika marah,dan benci dia ada pada kamu
iyakan sayang kamu hanya sia-sia
andai mulut manis itu sahaja yang bisa mengungkap
sedang mata kamu melilau merata menahan tipu segala
sedang telinga cuba ditutup pada kebenaran yang nyata
sayang kamu itu juga bagaimana???
kalau badan kamu tidak turut apa mahu dia...
semakin jauh makna sayang kamu pada dia...
jauh....
dan....
semakin jauh........
sayang kamu hanya kamu mengerti.....