17 Disember, 2012

semua pun fb

zaman sekarang aku pun semakin tak fhm,sikit2 fb,perlu ke semua perasaan geram dan marah diletakkan di fb,ok mungkin aku boleh terima andai ia berkaitan doa,atau kesedihan,tp kalau berkaitan marah,mcm tak perlu kot,mcm nampak sangat kita ni tak pandai kawal emosi,hehee itu pendapat aku lah,so diam lebih baik dr segalanya,kan Allah lebih mengetahui,kita kdg geram dgn org tp org geram x dgn kita,so muhasabah balik ok!

smile with love,nadia!

15 Disember, 2012

Love

Susah utk pisahkan 2 hati yang dah sebati huhu sedinyaaa.percaya lah ad hikmah semua ini

14 Disember, 2012

cuba mengelak dr memberitahu perkara yg baik

Ramai manusia mudah memberitahu perkara yg dia suka lakukan,tp jarang memberitahu perkara yg dia tidak suka lakukan.

Menipu perkara baik itu pada orang ramai tp memberitahu lemah kita itu lebih bgus,sekurangnya tiada sifat riak dan bangga dlm hati,hehe,ok sy cuba praktikkan!!

04 Disember, 2012

Luka itu berdarah kembali

Musim sejuk ni bila ada mana2 anggota yg cedera atau terluka,pasti lambat utk sembuh kembali.

Tiba2 teringat kejadian setahun lepas di waktu tahun 3,betapa riuh rendah dibuatnya bila jari hampir putus,penin semua ada.

Akhirnya 6 jahitan aku terima atas kelalaian diri,nadia...nadia..sering cuai!

Kini kejadian tu jadi sejarah buatku..dan peringatan agar sentiasa berhati2 bila bermain dengan pisau.

Memang luka akan sembuh,tp ia tetap meniggalkan kesan dan parut yg mendalam!maka parut itu menjadi simbolik atas apa sekali pun perasaan yg dirasai.

03 Disember, 2012

Sibuk itu hanya alasan

Dulu waktu kecil aku adik beradik sering ditinggal buya ats urusan kerja,abuya kerja sebagai pemandu pelancong,tp untuk umrah dan ziarah.Jadi hampir 3 kali setahun pasti dlm 2minggu abuya tak ada.Hanya kami dan mama yg ada di rumah.

Tp kesibukan abuya bukan alasan utk anak2 nya terbiar.Kami cukup kasih sayang dan penuh dengan gurau senda.

Teringat suatu sedang asyik aku menelaah pelajaran matematik,tiba2 pintu terbuka,jam tika itu hampir 12 mlm.
Lalu aku menunggu wajah di sebalik pintu,rupanya abuya jenguk sekadar utk melihat anaknya barangkali sudah tidur atau belum.Lalu kami bersembang seketika dan abuya keluar turun ke bawah.Senyuman kebahagiaan terpancar di raut mukaku,bg ku itu sudah cukup membahagiakan.

Sangkaanku tiada apa yg akan dtg menegur selepas itu,tetapi buat kali kedua,buya dtg sekali lagi tapi bukan utk berbual,namun hanya utk menghadiahkan sebiji epal sebagai tanda pembuah semangat,aku cukup terharu!

Terima kasih buya,tegasmu mengajarku erti kasih syg..


01 Disember, 2012

Sedih akan pergi andai kau sering berfikir

Tak mampu menipu untuk rasa yang aku sendiri alami dengan pedihnya!

Bak kata kawan semua berlumba untuk kejayaan yang pasti,tapi apa guna jayyid jiddan,atau mumtaz yang kau kecapi atas kejian dan pandang sinis sekitarmu!

Aahhh,persetankan semua.
ALLAH TUTUP SATU JALAN,TAPI allah takkan tutup jalan yang lain,go nadia,gooo....