25 November, 2010

~masih adakah yang ketiga????~

tanpa suka manusia tidak mengerti apa itu sedih,
dan kala sedih baru kita mngerti betapa kuat suka dan gembira terkesan di jiwa...
ye..manusia itu punya pelbagai cerita
kalau hari ini aku mampu ketawa seakan dunia ini diwarnai pelangi lewat hujan pergi..
tapi aku risau,andai mentari tidak selamanya menyinar seperti tawa aku hari ini...
fitrah kita,bumi pasti basah selepas kering tanah dibuat matahari...
ahh...bermadah puisi aku pagi ini...

sudah...aku mahu bangkit dalam dunia baru
subuh tadi saksi azam ini
tertitis air mata saat melihat embun pagi sejuk dan suci..
usai zikir ku pada ilahi
aku usap akan titisan itu...
dalam hati terdetik adakah embun ini selalu tenang
tanpa ada seribuan masalah
adakah embun ini selamanya ketawa
tidak pernahkah mereka bertitisan seperti manusia...
lama aku menugkan...
argghh...hampir tidak betul di buatnya...
masakan punya masa makhluk ilahi selain manusia berfikiran segala
bukankan waktu mereka hanya pada zikir memuji ya rabbi
hah...tertunduk aku
malu...
layakkah aku menjadi makhlukmu...
ampuni aku ya allah...

yang maha mendengar...
masihkah ada yang ketiga,
bila mana pertama dan kedua..
terlepas pergi.....
hemmm....
sujud syukur aku akan anugerahMu ilahi....

16 November, 2010

~manis pahit raya aidiladha di mesir~

hemm...raya indah tak???
jawapan aku,sangat indah...tapi kalau raya kat negara orang best jugak???
yeee,...best juga..
pelik la..macam mana boleh best,sedangkan mak ayah adik abang kakak nenek atuk moyang opah dan segala macam kerabatlah tak de dengan kita...still seronok juga???
yup,masih seronok..kita dapat raya dengan kawan2,raya dengan lembu sana sini,dan tak lupa darah lembu..
wah memang terbaiklah,jalan kat mesir pada pagi hari raya aidiladha ini dipenuhi darah2 yang mengalir bagai sungai..
best ke tu???

kalau orang kata cantik itu subjektif,aku katakan juga seronok dan bahagia itu juga subjektif..
mungkin sedih bila keluarga tidak bersama kita,tapi gembira bila tempat itu diganti kawan dan kerenah yang pelbagai..
jadi takkan kita nak teruskan hidup ini dengan kesedihan je kan,sedangkan raya itu hari kegembiraan umat islam..
muliakan hari bersejarah itu yang membuatkan kita saban tahun meraikannya...

ewah2 macam2 dah merepek ni,sebenarnya aku baru balik dari pulang beraya ke rumah kawan2
hampir lima buah rumah juga dapat aku luangkan masa bersama.Kesemua rumah memberikan servis yang terbaik kepada tetamu,dan di rumah keempat kawan ku 2 orang telah tumbang dan tak dapat teruskan perjalanan ke rumah yang terakhir..

apapun hari ini aku seakan-akan seperti melihat setiap umat islam suci dan bersih,apatah lagi orang arab di sini masing2 memakai baju baru dan bersih je waktu solat raya,jadi aku namakan hari ini hari suci sedunia(boleh pula macam tu ye)
dan sebenarnya dalam banyak2 pakaian yang aku suka tgk ialah pemuda memakai jubah warna putih tika hendak menunaikan solat raya,wah sangat terasa suci dan murni di wajah mereka....

aku nak tanya kamu semua pernah tak kamu di beri kurma tika di dalam super market???pernah tak??
atau pun soalan lain yang aku nak bagi ialah apa perasaan kamu semua kiranya diberi kurma tika mencari barang di dalam super market???
terkejut??atau suka??atau buat tak tahu???

hahah...mestilah ad sebabkan kenapa aku tanya macam ni,sebenarnya sehari sebelum raya,maksudnya semalam la kan,aku telah diberi kurma,masa dia bagi tu agak terkejut juga,tapi lama aku tenung pemuda arab tu aku tiba2 tersedar,la hari ni kan puasa sunat,patutlah mereka semua seakan2 buka puasa...
bukan seakan2 da memang tgh berbuka pun,ape pendapat korang teruja tak???
hem..ni lah pengalaman yang tak dapat aku lupakan,bayangkan ea,dorang wat islam tu jadi mudah..kalau kat malaysia mungkin susah nak nampak kot...
orang ramai2 berbuka kat super market...memang best kan...


jadi kepada semua kullu sanah wa antum bikhoir...harapan dan doa kita moge kita dapat berkorban lagi untuk raya aidiladha yang akan datang....:)