17 Mac, 2010

Belajar?Persatuan?tanggungjawab????

“kau pergi la dulu ke kuliah nanti aku pergi…”
Apa pendapat anda dengan petikan di atas?rasa-rasanya pernah dengar tak?atau mungkin anda sendiri yag pernah menyebutnya?bagi mahasiswa baru atau kata mudahnya mereka yang masih di tahun 1 semangat yang masih berkobar-kobar dalam diri membuatkan segalanya mungkin terjadi kata-kata “aku nak jadi yang terbaik” dan "kalau orang boleh kenapa aku tak boleh” pelbagai lagi azam yang tersemat di dalam hati.Tapi seandainya anda di tahun 2,3 dan seterusnya pasti ada jawapan untuk petikan di atas..mari kita muhasabah kembali apa tujuan,hadaf dan objektif kita ke mari?

Kembali pada tajuk kita kali ini study?persatuan?tanggugjawab?acap kali tajuk ini berlegar-legar diminda mahasiswa azhariah kita di bumi ardu kinanah ini.Persoalan bagaimanakah kita hendak bijak dalam belajar di samping kita tidak mengabaikan persatuan dan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli bait yang terbaik.

Pelajar itu bukanlah hanya sekadar menuntut di sesebuah institusi tetapi ia lebih kepada apa saja yang kita pelajari dalam hidup ini.jadi kita sebagai manusia seharusnya perlulah mununtut pelbagai ilmu sepanjang kehidupan kita sebagai hamba.Dalam konteks kita selaku azahariah perkara2 asas seharusnya diketahui,jadi sebenarnya apa yang telah ditetapkan oleh Universiti Azhariah adalah cukup sempurna untuk pengamalan kita sebagai orang islam,dari ibadah,muamalat,munakahat dan akhirnya adalah jenayat.Oleh itu tiada masalah bagi kita cumanya yang menjadi masalah bagaimana pengurusan masa kita?adakah sudah diatur dengan sebaiknya?tepuk dada tanyalah diri.

Belajar tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.Pengamalannya pada diri adalah baik namun bagaimana untuk menyampaikan pada orang lain kerana dengan menyampaikan ilmu itu adalah lebih terbaik.Justeru persatuanlah tempatnya.Ada yang mengatakan aku tidak suka berpesatuan dan menganggap persatuan satu tempat yang menganggu pembelajaran mereka,seandainya begitu mana lagilah platform mereka di bumi ardu kinanah ini untuk menyampaikan ilmu yang ada?tempat sudah ada yang tinggal hanya kita dan cara pemikiran kita untuk sesuatu perkara yang terbaik buat diri dan semua pihak.

Hidup tanpa kawan tiada guna kerana sebaik-baik manusia ialah yang mampu menjaga kawannya sebaik yang mungkin.Lebih-lebih lagi kehidupan kita yang jauh dari ibubapa.Pada siapa lagi tempat kita meluah selain Allah?Ahli bait yang pastinya paling dekat dihati,cubalah jaga sebaik-baik pemberian Allah.Sungguh seronok bila kita mampu menjalinkan ukhwah ni dengan menghadapi segalanya bersama.Kala di rumah semuanya bersama-sama,tidak kira yang tua mahupun muda rumah itu kita jadikan syurga.Andai ada ahli baitnya exco jadi kita perlu untuk memahami,kerana bagi mereka di rumah adalah tempat untuk berehat dan cuba untuk tidak menyibukkan dengan hal-hal luar.ambillah masa bergembira bersama ketika tengah makan,merapatkan kasih sayang dengan solat jemaah dan sesekali tidak salah untuk berjalan bersama.Hargailah setiap detik bersama untuk saling ingat mengingati dan saling berteguran cuba jauhi sifat bermasam muka dan yang penting bersikap postif pada semua pasti kenikmatan akan dirasai.

Kesimpulanya hidup sebagai mahasiswa tidak dapat tidak kita perlu untuk melalui semua ini.kesemuanya lengkap andai kita menggunakan dengan sebaiknya.yang paling penting didiklah diri untuk bersangka baik pada manusia dan jangan dilupa akan niat kita datang ke mari.malu andai kita tidak dapat menyampaikan ilmu yang ada untuk mereka yang dahagakan ilmu di malaysia sana dan ingatlah ibubapa yang telah lama mendidik kita,balaslah jasa mereka janganlah biarkan mereka mengharap dengan balasan yang tidak setimpal dengan apa yang mereka sudah berikan.perbaharui niat kita agar kita sentiasa diredhainya wallahualam

13 Mac, 2010

selamanya kekal abadi untukMU....


saat ati gembira semua yang sukar menjadi senang, yang comot dikata cantik,
yang kotor dikata bersih,
yang gelap dikata putih,
yang buruk dikata baik,
yang gemok dikata kurus,
n pelbagai lagi ayat terrbaik keluar dari dalam mulut...
kerna ati tika senang kadang2 tidak nampak apa yang baik dan yang sebaliknya...

namun tika ati dilanda musibah semuanya bagaikan tidak keruan...
gelisah melanda,
sering memikirkan yang tidak baik,
keseimbangan diri hilang seketika,
dimana kewarasan kita???
dimana akal yang sempurna untuk berhusnu zon dengannya???

itulah pentingnya penyerahan diri kepadaNYA,
kita tak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri,
kita tak upaya untuk hidup tanpaNYA,
kerna kita dijadikan adalah untukNYA,
andai bukan DIA yang menjadi sandaran pada siapa lagi????
wahai hati2 yang berjuang kernaMU,
sedarlah hidup tidak sempurna andai diri sentiasa sombong,
tidak mahu tunduk padaNYA,
sedangkan engkau tidak mungkin berada disini andai bukan keranaNYA,

ati yang terus mengharap itu adalah yang paling disukaiNYA...
doa...doa...dan terus berdoa...
kerna ati tak akan tenang andai diri angkuh dibuminNYA...........

~YANG SENTIASA MENGHARAP~