21 Jun, 2011

Maryam,Yusuf,Luqman



Anak anugerah Allah yang saya kira ia mampu mengubah kehidupan suami isteri ke arah lebih sempurna.Perkahwinan itu saja sudah sempurna,apatah lagi ditambah dengan tangisan dan tawa anak-anak pasti lagi menggamit suasana.

Namun mendidik anak-anak itu perlulah dari mereka kecil lagi,bak kata pepatah mendidik anak seperti mengukir diatas batu,ukirannya takkan hilang dek hujan dan panas yang sering menyinggah.Jadinya alat untuk mengukir itu perlu betul dan sesuai dengan ukiran tersebut.

Permulaan yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik, begitu juga bagi si ibu tatkala membawa budak,atau mengandung,digalakkan agar sentiasa menjinakkan diri serta mendekatkan diri kepada amalan-amalan yang memberi impak yang baik kepada janin yang bakal menjadi manusia luar biasa insyallah itulah harapan semua ibu-ibu.Walau ibu itu barangkali biasa saja.Tetapi katakan pada saya siapa yang mahu perkara yang tidak baik terjadi pada kandungan yang dibawa kehulur kehilir itu???

Oleh itu islam sendiri telah menggariskan beberapa jalan antaranya mempertingkatkan amalan berzikir.Islam itu sempurna dan tiada yang lebih sempurna melain dia.Maka cara hidup Islam itu melengkapi segala apa yang kita inginkan.

Diturunkan al-quran itu sebagai panduan dan sunnah itu sebagai contoh yang lebih dekat untuk kita ikuti.Banyak sekali surah-surah yang menceritakan kisah-kisah nabi terdahulu.Dan disini saya senaraikan beberapa surah sebagai panduan kita bersama untuk kaum-kaum ibu (walaupun gelaran ibu itu lambat lagi mungkin untuk diri ini).....

1) Surah Al-Fatihah : Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2) Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat.

3) Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yg cerdik akal dan cerdik jiwa.

4) Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yg cantik rupa dan cantik akhlak.

5) Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

6) Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat.

7) Surah Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara drp maksiat.

8) Surah an-Nahl : Untuk melahirkan anak yg berdisiplin



Surah yang dinyatakan boleh diamal dengan berperingkat atau disusun mengikut kesesuaian diri ibu-ibu.Andai tidak mampu tiap-tiap hari untuk diamalkan,mungkin dalam seminggu pasti ada mulut kita melazimi akan ia.Disamping kita membaca terus dari mulut barangkali dengan menggunakan teknologi yang semakin canggih mampu membantu agar pembetukan janin itu sentiasa dalam jalan yang baik dan diredoi Allah insyallah.

Peringatan ini bukan sahaja saya khususkan untuk ibu-ibu mengandung,malah sebagai peringatan kita bersama.Persediaan yang boleh kita lakukan sebagai manusia yang bergelar wanita,kita boleh mula menghafal surah-surah seperti surah Maryam,Luqman dan Yusuf.Supaya sekurang-kurangnya kita tidak akan terasa berat ketika mengandung.Contohnya sambil menunggu giliran untuk bertemu doktor kita boleh membelai perut yang semakin menuggu masa dengan bacaan suci A-Quran.Kemana kita pergi walau tanpa Al-quran di tangan tetapi kita sudah meletakkan surah ini didalam diri.Bukankah ia akan memudahkan lagi gerak kerja melahirkan baby yang cantik.kacak dan pandai dan yang paling penting melahirkan pemuda untuk menegakkan agama islam...insyallah....

p/s:walau sebenarnya sukar diamalkan..manakan tidak untuk baca bismillah tiap-tiap awal pekerjaan pun payah..huhhh muhasabah bersama..


Tiada ulasan: