21 Oktober, 2010

~kekerasan yang selalu dalam mengajar.....patutkah???~

masalah pelajar yang kian berleluasa masa kini membuatkan kita semakin dihambat kebuntuan dalam melahirkan remaja yang berkualiti sebagai pemimpin pada masa akan datang...
untuk melihat sesebuah negara pada masa akan datang maka lihatlah belia muda masa kini...
kuantiti bukanlah masalah bagi semua pihak namun yang dipertikaikan ialah bagaimana kualiti sesuatu produk itu...
barang yang berkualiti hasil dari alat yang berkualiti...begitu juga untuk mendidik anak bangsa..
didiklah dengan bahan yang bermutu tinggi...
namun apakah anda ketahui bahan bermutu tinggi yang perlu diadun agar ramuan yang dihasilkan mampu memberi kepuasan dalam segala aspek...????

umumnya kita ketahui bukan mudah mendidik anak bangsa,
saya yakin kiranya kalau seorang guru mampu menegur pelajar yang bermasalah dengan penuh berhikmah dan pasti pelajar itu mudah untuk menerimanya..
ini kerana sejarah membuktikan tokoh agung pertama yang menjadi ikutan seluruh manusia baik islam mahupun bukan islam iaitu Rasulullah SAW mendidik dengan penuh berhikmah...
lihat saja teguran yang diberikan pada musuh2 yang membenci Rasulullah...walau dibaling najis sekalipun tika baginda khusyuk melakukan solat..
tidak pernah nabi membalas segala yang diberikan kepada nabi dengan balasan yang tidak baik,
malah dengan cara yang berhikmah itulah jua yang menarik ramai pihak untuk memeluk islam..
nah..islam itu cantik pada nama dan ajarannya...

jadi bila kita katakan kekerasan yang diperlukan selalu dalam mendidik,
saya pasti ramai yang membantah dan tidak suka akan itu...masakan dengan merotan tiap kali mampu mengubah minda dan sikap pelajar agar berkelakuan baik...???
sedegil-degil murid itu dia juga punya rasa naluri hati yang lembut...
andai dengan isteri pun ada caranya untuk menegur inikan pula murid yang pasti-pastinya umur mentah,
pasti ada jalan terbaik selain merotan atau kekerasan dengan kerap kepadanya....

analogi yang cukup mudah..
katakan seorang anak,apabila di marah emak akan sesuatu kesalahan dia akan bersikap biasa sahaja,
malah kadang-kadang boleh pula ia bersikap selamba walhal syurga itu dibawah telapak kaki ibu..hemmm
namun jika ayah yang bersuara tidak perlu banyak cukup sekali teguran pasti takot dan tidak akan mengulanginya lagi...kenapa???
ini kerana lumrah yang selalu membebel itu adalah emak...jadi nampak jawapannya disini??
benda yang selalu itu akan menjadi biasa..
ok,mari kita sama kan kembali dengan masalah pelajar yang di rotan selalu...bagaimana perasan mereka apabila selalu di buat sebegitu????
tepuk dada...jawabla ia....

kekerasan itu cukuplah dijadikan teguran yang kadang2 bukan selalu2...
nasihat mereka...
cuba psikologi budak itu...
ajar mereka cara berfikir,
ceritakan kisah yang mampu mereka agungkan..
bantu mereka mencari role model sebagai panduan...
selami hati mereka..
bantu mereka menyelesaikan masalah dalam diri..
dan beri kaunseling yang sebaiknya agar hati yang keras itu akan terkesan jua akhirnya...
ingat sempurna itu bukan pada yang satu...
wallahualam......

Tiada ulasan: