28 September, 2010

argghh tertekan...


"selamat menjawab dengan sebaik yang mungkin"
ucapku pada murid-murid darjah enam  yang bakal menghadapi peperiksaan sijil rendah agama(psra)...

kini musim peperiksaan menjelma kembali..wahh macam lagu ayuh kembali ke sekolah...
jadi guys macamana persediaan awak semua untuk menghadapi peperiksaan yang kedua selepas upsr???
malas???
itu biasalah bagi kamu semua yang sudah berpenat lelah selepas menghadapi upsr,jadi masa nilah nak berehat sekejapkan,tapi jangan lupa akan psra kamu yang tinggal sehari mungkin..

belajar tak pernah kenal erti berehat,tapi andai saya sampaikan ayat sebegini pada mereka yang mampu berfikir sebaiknya berbaloi juga.
tapi disebabkan yang dihadapan saya hanyalah budak2 yang belajar andai tiada yang suruh untuk belajar mungkin juga tak terbuka buku walau sehari...jadi dengan budak2 sebegini kita kena bagi sesuatu yang dia boleh nampak ganjarannya...

kebanyakan ibubapa yang berkemampuan selalunya akan memberi ganjaran seperti duit atau something yang mereka suka bila dapat keputusan yang baik..
dan untuk ganjaran yang kurang baik sekiranya memperoleh keputusan yang kurang memuaskan...
untuk sesetengah pelajar,cara sebegini mampu untuk menjerat mereka dengan umpan2 yang menarik..tapi kalau dah malas juga memang tak kemanalah...berilah apa pun tak dapat punya nak tarik perhatian mereka..

so kekreatifan amatlah dikehendaki dalam mendidik anak..acap kali juga terdengar keluhan ibubapa mengatakan bukan senang mendidik anak sekarang yang pintar2 orangnya..
anak millenium zaman kini memang sukar dididik tapi kalau kena caranya patuh tetap juga patuhkan...

semangat yang berterusan dan sokongan serta dokongan kamu semua terhadap anak itu tidak nampak balasan tika itu juga tapi percayalah kasih sayang yang dipupuk itu mampu membanggakan kamu wahai ayah dan mak yang disayangi anak kamu...

yang penting ingatlah jangan memandang rendah akan anak kamu,kerana manusia tiada yang sempurna dan kitalah pelengkapnya..
jangan berikan mereka ayat.."argghh tertekan" terkeluar dari dalam mulut mereka...
pelajar itu pasti ada targetnya sendiri..

go..go..chaiyok anak muridku,cikgu pasti kamu boleh melakukan..
pastikan pemakanan serta rehat kamu diambil secukupnya,jadual yang cikgu berikan moga kamu dapat mempraktikkan sebaik mungkin dan jangan menonton tv sangat ok..satu je pesanku pada kamu wahai anak murid ku sayang...berkorbanlah sebentar untuk beberapa hari ini..
ya...pesanan ini di copy paste oleh ku sewaktu aku mengambil peperiksaan stam beberapa tahun yang lepas dan ku garapkan kembali untuk anak murid ku agar ia mampu menaikkan semangat kamu semua...

usaha doa dan tawakal anakku sekalian...
~sayang kamu semua~

Tiada ulasan: