13 September, 2009

Renungkan....

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin
Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir
kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang
selalu dirasainya kurang khusyuk..
Pada suatu hari, Isam menghadiri
 majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu
solat, aku berwudhu' zahir dan batin.
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir
sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
 anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-
 * Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah
berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat,
aku faham maknanya kemudian aku rukuk
dan sujud dengan tawadhuk,aku
bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam
dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
 selama 30 tahun."
 Apabila Isam mendengar, menangislah
 dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
 Untuk manfaat kita bersama,insyaAllah

1 ulasan:

nadiastory berkata...

tujuh perkara tu tertinggal satu iaitu
*BERTAUBAT
wallahualam