31 Mac, 2011

masam manis adik-beradik ramai...


abang jual tudung : ni cantik dik..

adik : wey cantik ke ea nii??

saya : bolehlah sesuai jugak dengan ko..

abang jual tudung : dik cakap kat kawan tu cantik tudung ni untuk dia,sesuai dengan muka..

saya cakap dalam hati...kawan???hahaha...sama muda ke????heee..

ni antara dialong yang sering akan saya dengari tiap kali keluar bersama adik-beradik..tak kisahlah ke pasar malam,kedai makan,atau pun pergi kenduri siap makcik-makcik boleh cakap lagi saya ni adik ke???heee serronok jugak dengar nampak lah muda sikit anyway tajuk kita hari ini tentang adik beradik masam dan manis...

tapi sejujurnya saya mengatakan yang adik beradik ramai ni sangatlah seronok dan banyak kelebihannya,walaupun sering bertengkar mulut tapi itu normal la..kalau tak,tak mesra ye dop?????

MANISNYA RAMAI NI...

seperti rakan sebaya
pertama yang saya nampak ialah bila besar nanti kita tak nampak seperti adik beradik means orang akan anggap kita ni rakan sebaya.
mana tidaknya kalau dah tinggi masing-masing lebih kurang je dan dibuat pula kakak yang pertama rendah comel je..adik-adik semua tinggi bagai galah....heee...so orang akan anggap yang kamu orang memang seperti kawan,lagi-lagi ditambah pula dengan muka yang tak berapa nak sama...
yang lagi best pada kakak pertama la..sebab nampak awet muda gitu...siapa setuju???ahaks...

boleh buat team bola sepak
ramai-ramai ni senang,,ok antaranya bila kamu orang nak main bowling atau futsal ke kan..kamu orang tak adalah asyik bermain bersama kawan je..lagi pun kadang2 payah nak ajak kawan-kawan mainkan..yela sorang kerja sampai lewat malam sorang lagi masih stdy dan lain-lain ada kerja masing-masing so tinggallah yang dua tiga orang jer yang berminat nak main pun ..so kalau ada adik beradik ramai cam saya ni tak susah-susah nak cari kawan ajak jer adik2 main cam dalam gambar ni...seronok tak???


kalau yang laki pulak tak payah susah-susah mahu ajak kawan main bola..ajak je adik-adik laki awak tu main bola..
dah save timed kan..ajak perempuan pun boleh jugak tapi nanti kalau menangis tanggung sendirilah ye,,,,heee


senang buat kenduri
bila kat rumah saya buat kenduri,perkataan yang pasti akan terkeluar walau sekali.kat mana-mana mulut makcik-makcik yang datang ialah...
"senang kak ani (mak saya)  buat kenduri macam ni ada ramai pembantu(pembantu tu kami2 lah yang dah besor-besor ni).."
saya yang kebetulan ketika tu sedang membasuh pinggan tersenyum kecil je..dalam hati kata tak nak buat menantu ke..hahahaha

fungsi ramai adik beradik ni bukan sekadar membuat bising di rumah tetapi dalam bab tolong menolong kami ada caranya..
mungkin yang seorang boleh uruskan bahagian depan yang lagi seorang dapur dan tugas-tugas yang lain dan secara tak langsung menjimatkan tenaga dan duit sebab dah ada tenaga buruh yang secara sukapaksa disuruh untuk membuat kerja...nasibla siapa suruh adik-beradik ramai..haaaaahahaha


rumah jadi meriah
dari kecik sampailah ke besar..perkara yang tak dapat dipisahkan bila ramai ni..mesti rumah jadi meriah...
masa kecik-kecik ni adik-adik la buat bisingkan..tambah pula kalau yang perempuan suka na jerit sana sini..kalau takat kena marah tu biasalah....ramaikan...

bila dan besar..time raya la jadi tempat untuk bising sana sini..wah gamat,tu tak campur yang dah ada anak..huhh poning kepalo..dengan yang menangis..gelak tawa...anak laki dengan perempuannya memang seronok!!!

MASAM APA PULA????
masam dan kelat serta pahitnya...


belajar untuk berkongsi
yee..nama pun ramai jadi kene la banyak kongsi-konsi sebab kalau tiap2 orang nak yang baru mungkin ibu bapa tak punya kos yang banyak..contohnye buku teks sekolah...macam kami.memang akan kongsi-kongsi sampai la buku teks ditukar silibus baru..kalau tak tukar memang alamatnya ke adik yang bongsu pun akan gune buku yang sama..

kalau mengikut pakaian jarang pula mama kami memberikan baju yang sama..paling2 pon mama akan bagi baju raya dua pasang tiap-tiap tahun tu masa kecil lah..bila dah besar ni ekonomi pun makin stabil adik-adik bawah saya lebih banyak dapat keuntungan berbanding kami akak-akak dan abang-abang yang dah tua ini...hemmm


 berjimat-jimat dalam belanja
dulu tak sama dengan sekarang,masa saya kecik belanja harian ke sekolah pagi dan petang ialah dalam rm2 tak pun kadang-kadang rm1.50..hahaha tu pun kira ok lah..sebab saya jenis bawa bekal ke sekolah..tapi adik-adik la ni aishh...rm5 sehari pg petang mak aiii seronok tak seronok la...banyak kot belum masuk pau duit akak diaorang yang dah kerja ni..memang manja...!!!!!
difahami jugalah mungkin peredaran masa banyak merubah segalanya....

kesimpulannya banyak lagi masam dan manis bila beradik-beradikkan ramai ni!!
kalau nak dituliskan memang tak larat..tapi ala kulli hal..seronok tu mungkin lebih banyak dari masamnnya...jadi alami dan rasailah sendiri....

Tiada ulasan: