15 Disember, 2010

jawab dia kerna ilmu

situasi di dalam kelas,seorang pelajar khusuk melihat nota sambil telinga dipasang sebaik mungkin agar tak tertinggal satu pun kalimah yang di berikan oleh dukturah...
pelajar perempuan itu barangkali tidak selesa dengan kedudukan yang berbeza dengan kawan2 yang lain,sewaktu kebanyakan pelajar duduk dengan tenang ada juga kawan2 yang berdiri akibat kelalaian diri untuk tidak berdisiplin dengan datang awal ke kelas...biasalah bila diri tidak di atur oleh sesiapa maka di situ hanya diri yang memain peranan untuk mengatur segala,
tanpa kekuatan iman dan keutuhan jiwa untuk istiqamah dengan janji pada diri maka iniilah yang berlaku...

pada awalnya kedudukan pelajar itu di hadapan sedikit dari ruangan di belakang kelas,namun kini bertukar dalam masa kurang satu muka surat dukturah berhujah,mungkin bersandar di dinding lebih selesa saat kaki mula lenguh berdiri...
hemmm lama ku perhati,cantik juga kalau2 mahu dibuat cover majalah bak kata kawan di sebelah,
lantas membuat aku termenung,mungkin bisa diambil fotonya dan ku simpan jadikan koleksi..pasti klasik sekali.

kelas berjalan diam seperti biasa,fokus terhadap tajuk yang dikupaskan..isu semasa tentang muamalat bertajuk taqsit bunyinya di dalam bahasa arab iaitu ansuran dalam jual beli..
ku fahami satu persatu takrif yang diberikan,dalam hati berkata ohh ada yang mengatakan haram kerana berbentuk muamalat yang dilarang dan seakan-akan menyerupai riba,ada juga berpendapat harus atas alasan ia diperlukan oleh manusia dan bukan bahagian dari riba yang menunjukkan haram syar,an..
leka dengan apa yang di baca tiba2 mataku seolah-olah diganggu oleh pergerakan2 yang berjaya menghilangkan fokus aku terhadap tajuk yang ditelaah..
terus aku curi2 mendengar perbualan perempuan yang asyik menjadi bahan bebola mata saat aku mula2 masuk ke kelas...hemm

mana kau dapatkan nota tu???dukturah bagi ke???tanya seorang gadis arab lembut menutur kata...
oh,tak aku ambil nota tahun lepas,aku eadah...
gadis arb itu senyap sambil membalas pandang seakan-akan ada sesuatu hendak diucapkan...
tiba2 pencuri yang terhendap2 mendengar itu malu seketika pabila tersedar diri dilihat oleh pelajar perempuan...lantas aku membalas pandangan dengan senyuman yang memalukan diri..
3minit berlalu,niatku ingin terus melihat buku sekali lagi terganggu dengan pertanyaan yang diajukan arab tadi kepada pelajar tersebut..
kalau engkau eadah kenapa masih mahu belajar di sini??dalam bahasa arab lagi???aku sendiri pun tak faham apa yang di ajar..huhhh mengeluh gadis arab tersebut,nampak seperti meluahkan sesuatu...
betol juga kalau diikiutkan apa yang terluah itu..tapi aku masih menantikan jawapan,,,
dan akhirnya telingaku di hadiahi jawapan indah penuh berhikmah,tidak sampai seminit namun penuh bermakna...
kerna aku mahukan ilmu itu....sambil mulut mengujir senyuman tanda sedekah yang mampu diberikan kala itu......
kalau aku terdiam sambil otak ligat memikirkan kembali jawapan yang diberi apatah lagi gadis arab tersebut....
arghh...ku biar ia tersimpan barangkali akan aku fikir2kan jawapan matang pembuka minda itu....dan ku lihat gadis arab itu terus bersemangat menyalin nota dan aku mengambil keputusan untuk peka dengan apa yang di ajar.....

Tiada ulasan: