23 Disember, 2010

~sanah helwa sayang~


alhamdulilah bulan december adalah bulan yang sangat aku suka,bukan apa mungkin di sebabkan bulan ni bulan yang banyak masa kita satu keluarga boleh berkumpul merapatkan kasih sayang yang kian dipenuhi oleh bulan2 yang lain..
mungkin juga bulan cuti kalau mereka yang duduk di malaysia,dan yang paling penting adalah disebabkan bulan kelahiran my lovely dad...huhhh
so pada 18december yang lepas satu pesanan ringkas dari telefon bimbit milik peribadi nadiah shafie telah menjalankan peranan sebaik mungkin dengan membantu tuannya menghantar pesanan sebagai tanda memperingati hari lahir ayahanda iaitu shafie bin juri...

mula2 ingat nak kol je..tapi sejak balik dari mlaysia hari tu memang aku tak pernah beli pon smatvoip or lowrate jadi ak ambil keputusan untuk menggunakan jalan lain bagi memperingati hari tersebut...
tak sampai dalam 5minit maka akhirnya aku mendapat isyarat dari telefon bimbit ku menandakan selamat sampai pesanan ku itu..
dalam hati tika itu berharap moga2 ayahanda membaca ucapan sayang dari anakanda yang jauh dari mata ini....(mood:sedih la plak)

aku meneruskan bacaan aku terhadap tafsir ayat ahkam...
saat khusuk dengan apa yang di baca tiba2 lagu the show dari lenka berbunyi memecah kesunyian pagi di rumah kecil akhawat di bumi iskandariah ini...ku fikir kawan dari assofirah yang menelefon,tapi jangkaan ku meleset sama sekali,malah lebih dari itu...
memang ayah ku tiada masalah dalam menelefon aku,sejak aku tahun pertama di sini ayah sering telefon..biasalah anak perempuan katakan,
takot die kadang2 bisa buat aku seolah2 kanak-kanak darjah 3...
aku mulakan perbualan dengan salam pembuka kata,moge barakahnya dapat diambil bersama...
usai  bertanya kabar,
lalu ayah terus ketawa,
aku jadi musykil namun ku diam dan terus melayani insan yang ku sayang itu...
ayah katakan beliau langsung tidak sedar bahawa hari itu adalah hari lahirnya..
ayah katakan lagi terima kasih sangat2 ingat hari lahir ini,dan memberitahu abuya akan ke india bulan 1 nanti....
dari jauh aku kedengaran ayah begitu gembira degan kehadiran pesanan ringkas yang tidak seberapa dari aku itu...
tidak lama kami berbual,
mungkin dalam 15minit,
akhirnya ayah pesan kepada ku jaga diri,
banyakkan doa dan abuya doakan untuk k.yah juga insyallah....aminnnn kata ku penutup akhir bagi perbualan ringkas kami anak beranak...

aku matikan telefon,
niat di hati mahu terus sambung stdy,
tapi ku rasakan jasad dan mataku saja yang memberi perhatian terhadap madah yang di baca,
tidak untuk fikiran ku yang kala itu terbang mengingati pengorbanan ayah sejak aku kecil hingga kini..
ayah memang seorang yang tegas,
siapa yang tidak kenal pekataan garang tu menjadi kebiasaan untuk didengari..
ayah memang begitu,
tapi ayah penyayang,
ayah suka sangat bawakan hagah2 pabila melawat aku di asrama...
yang paling aku suka ayah suka bawakan buah epal dan oren..
sekali bawak bukan main sikit,2,3kilo la jugak..
boleh la kalo nak buat kawan2 disebelah pandang pada tangan comel yang membawa buah tersebut masuk ke bilik...
kalau tiada buah pun paling tidak ayah akan bawa aku kua makan diluar...
hemm...dan yang paling aku tak suka bila ayah nak balik dari asrama...
aku seakan tidak mahu membenarkan ayah pulang...
hemmm...bergenang tiba2 ayat mata ini di pagi hari...
i miss u dad...
moga abuya panjang umur n murah rezeki...
moga k.yah dapat jadi anak yang terbaik buat kamu dunia akhirat....
maafkan anak mu ini sepanjang hidup di bawah jagaanmu..
walau selalu hatimu terluka kerna aku,
sikit pun kasih sayang tidak kau padam dari hati bergelar ayah..
malah kau cuba hilangkan perasaan sakit hati itu dari dalam diri mu...
moge kau diberkahi Allah sepanjang hidup mu...
aminnnn....
love u so much...

Tiada ulasan: