08 Disember, 2010

kerna dia yang menciptanya

sikap manusia itu pelbagai..
baik sehinggakan tak terbalas rasanya pun ada
sederhana itu lumrah
bila yang baik ramai pasti lawannya begitu
jahat sehingga takut kita untuk hidup di dunia ciptaan ilahi....

itulah mainan kehidupan
nafsu jahat,baik,semuanya bergantung pada iman...
bagaimana iman kita ditentukan oleh sikap kita...
hemm...bermuhasabah seketika...
terukkan...
sepatutnya manusia itu perlu bermuhasabah selalu...
kerna kita adalah insan yang pelupa...
astagfirullahalazim....

dalam banyak2 perkara
kita senang terleka kala kita kesenangan..
lupa asal usul diri yang kerdil
terasa besar atas sebab kuasa diri..
walhal semua itu pinjaman semata..
adakah kita ingat semua itu????
atau cuma sekadar laluan udara di tepi telinga????

namun bila kita kesedihan...
siapa yang kita cari sebagai tenang hati kamu???
kawan???
teman????
kekasih????
suami??????
atau siapa??
kamu pasti mereka dapat memberi ketenangan sebaik ilahi????

kata kawan..
bila kita mengambil barang tanpa keizinan
kita berdosa..
ia seakan2 mencuri
jadi kawan bertanya..
awak rasa awak gembira mendapat barang itu
pasti gembira
kerna dapat apa yang aku nak
kalau saya kata kamu bohong kamu percaya???
kenapa awak kata begitu???
dalam hati si kawan berkata,pura2 bertanya..
beginilah andai saya ambil barang kamu tanpa izin
kamu suka tak???
pastilah tidak..
nah sekarang nampakkan sesuatu itu ada tuannya..
bila keizinan tidak di beri
masakan kita mampu bertenang...

jadi bila hati resah
siapa yang patut memberi izin supaya ditenangkan???
siapa tuan punya hati???
siapa yang menganugerahkan hati???
kawan terdiam jauh termenung...
aku pergi meninggalkan suatu persoalan
yang bagi ku
jawapan lengkap terhidang
cuma tinggal ambil dan suap sahaja...
hem...jauh aku bermonolog...

tiada salah berkongsi
dan meluahkan segala yang terpendam pada sesiapa pun
tapi sebaik2 pendengar
adalah pemilik yang menciptanya....
kerna yang menjadikan itu mampu membaiki mana2 yang rosak...
kerna dia yang menciptanya....

Tiada ulasan: