28 April, 2012

Kuasa Perkataan

Kuasa Perkataan

Sejak kecil
Kita terbiasa difahamkan
tentang mesra itu
Lebih rapat dengan bahasa tubuh

Saat kita dimeriahkan
Dengan suara anak kecil menangis
Ibu bapa begitu mudah untuk mengerti
lebih senang untuk memahami
Tanpa perlu terang segala yang dipinta

Tangisan si kecil
Tetap satu
Namun punya maksud yang pelbagai
Itulah tanda bahawa
Mereka sedang lapar
Dahaga
Marah
Geram
Sakit
Dan seribu satu rasa
Namun
Kita tak pernah ingkar pada setiap keinginan mereka

Berbeza tatkala mereka membesar
Ada saja kata mereka kita bantah
Apatah lagi berselisih pendapat
Mak ayah kata Ya
Tapi dibalas Tidak oleh anak
Bila tidak dipihak orang tua
Namun beriya si anak mahu ditunai segala mahu mereka

Salahnya apa?
Silapnya dimana?

Adakah makin betul
Makin banyak salahnya
Atau
Kuasa perkataan telah hilang tempatnya?

Ingat!!!
Mendidik itu bukan hanya pada tindakan
Tapi lebih mesra dengan perkataan
Marah kita jangan tertewas dek geram yang melanda
Tapi kawallah dengan kuasa kata yang berharga

P/s : Ohh,rasa takut mula melanda..


Tiada ulasan: