22 April, 2012

jari aku kenapa???

Sambil tgn kiri memegang daging burger untuk dipotong,tgn kanan sedia dengan pisau untuk menolak supaya daging tercerai antara dua..tiba-tiba...ouhhhh anissss!!! kuat aku menjerit nama sahabat serumah yang berada di bilik...
Tidak tahu apa yang ingin dikatakan saat darah merah mengalir laju keluar dari jari manis ku...terkejut dengan apa yang berlaku dan seolah mimpi..walhal baru sebentar tadi pisau yang tajam lagi besar menghiris hujung jari belah kiriku...ouhh...apa yang berlaku ni!!
Anis mula gelabah melakukan apa yang sepatutnya sedang aku hanya mampu melihat kulit terkoyak dan daging ku sendiri..
lalu kain kecik berwarna sudah mula menutupi luka yang masih disaluti darah..
"Anis lagi apa nak buat ni?hahhh gamat-gamat..cepat nis.."
"ouh..ok..eh gamat kat mana..?? anis mula meraba-raba di dalam almari..sedang aku menahan kesakitan yang dialami..
Sebenarnya aku tak merasakan sakit yang teramat sangat sedang psikologi itu lebih memberi kesan bahawa merah itu tandanya sakit..sedang waktu itu aku hanya merasakan yang perkara ini tak pernah terjadi..huhhh

Setengah jam berlalu,gamat sudah setengah botol dituang ke tempat luka,tapi darah masih tidak henti-henti keluar..aku mula bimbang...
"Anis macam mana ni,darah tak henti-henti ni..nak buat apa ni?"
"emm...kita pergi hospital ya nanti"
"emm..ok tapi nis betul ke tangan aku ada lagi ni,jari ni tak putus kan..ke aku mimpi nis?"bermacam-macam lagi yang keluar dari mulut orang yang baru bergelar pesakit ini.
Anis sekadar melayan kerenah..
"Nadia cuba bawa istighfar,selawat ke apa ke...dari cakap benda bukan-bukan tu bukan dapat faedah pun.." kata anis.
"tahu.." balasku,lalu istighfar dan selawat mula menjadi mainan bibirku..
namun hanya untuk seketika aku mula dilanda risau dan bimbang...

Selepas makan dalam keadaan mulut ku yang bising sana sini..aku dan Anis bersiap ke hospital.Nasib hanya 5minit berjalan kaki lalu kakiku muka menjejak bangunan hospital..elok sampai di sana tiada pesakit barangkali kerana senyap sunyi membuat aku berfikir sebegitu,tambah pula doktor siap tidur di tempat sakit..ketika aku sampai barulah dikejut untuk merawat diriku yang dalam kesakitan ini.

Ketika dirawat aku tersangat yakin bahawa luka itu akan dijahit..tak banyak yang ditanya doktor,sekadar berbasa basi bertanya nama dan studi di mana..
Tiba waktu untuk dijahit,jariku dibius,huhh takot pula rasa hati ni,tak pernah seumur hidup dijahit pada badan ini apatah lagi dibius..inilah kali pertama..inilah juga dinamakan pengalaman.

Satu persatu jahitan diselesaikan,ketika doktor menjalankan tugasnya disuruh juga untuk aku tidur atau baring,namun ku tolak dengan baik,bagiku inilah waktu yang ditunggu-tunggu.Ketika jari yang hampir terkeluar isi ini dijahit semula dan sekaligus menghentikan aliran darah dari terus keluar.

Sampai jahitan keempat doktor bertanyakan pada ku,cukup ke empat jahitan.Dalam hatiku eh..aku pula doktor hee
Ku balas dengan baik,mungkin lagi satu jahitan.Doktor hanya mengikut kehendak ku tambah pula memang sepatutnya ditambah.
6jahitan kini siap dijahit tidak berapa kemas ditangan ku..=)...
Jururawat mula mencuci sedikit kekotoran yang melekat dijari dan membalut luka dari terdedah dek kuman yang melata.

Aku menarik nafas lega sekurang-kurangnya darah berhenti walau aku tahu bius yang akan hilang ini bisa buat aku tidak duduk diam..ya aku mula melangkah ke alam baru dari yang sebelum ini..terima kasih banyak sahabatku anis yang sudi melayan karenah macam-macam dari diri ini..moga najah milik kita bersama,doakan ana juga dapat fokus walau jari yang tidak sempurna seperti biasa ini bakal buat mu susah selepas ini......thanks anis n diniy serta kawan-kawan lain...

3 ulasan:

nadiastory berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

terharu..... terharu sebb sudah lama namaku tidak ditayangkan di dalam blog enti yang dah lama bersawang...hehe

sahabat ku kembali aktif selepas 6 jahitan di mulutnya (senyap sbb jari dah berjahit) ..huhu ..hal ini berjaya juga mengaktifkan dirinya untuk kembali berbloger..

"ubat paling mujarab adalah PANTANG" ..jaga pantang yer syg..

moga ini kifarah dosa yang lalu.. dan rahmat Allah bg rehat dr buat kerja berat..huhu

moga ini juga tanda Allah nak bg najah sebb kejadian ini berlaku juga sbb enti kelam-kabut menyiapkan sarapan ana sblum ke rumah dini...

Thanx dear..moga Najah Nadia...serta kawan2..
luv u all...n aku akan jaga kau shbis mampu sblum aku pergi mnggalkan kau...sob2..

(haha..pjg mcm buat blog plak..)

Tanpa Nama berkata...

terharu..... terharu sebb sudah lama namaku tidak ditayangkan di dalam blog enti yang dah lama bersawang...hehe

sahabat ku kembali aktif selepas 6 jahitan di mulutnya (senyap sbb jari dah berjahit) ..huhu ..hal ini berjaya juga mengaktifkan dirinya untuk kembali berbloger..

"ubat paling mujarab adalah PANTANG" ..jaga pantang yer syg..

moga ini kifarah dosa yang lalu.. dan rahmat Allah bg rehat dr buat kerja berat..huhu

moga ini juga tanda Allah nak bg najah sebb kejadian ini berlaku juga sbb enti kelam-kabut menyiapkan sarapan ana sblum ke rumah dini...

Thanx dear..moga Najah Nadia...serta kawan2..
luv u all...n aku akan jaga kau shbis mampu sblum aku pergi mnggalkan kau...sob2..

(haha..pjg mcm buat blog plak..)