17 April, 2011

fitrah manusia


sejauh mana kita melangkah kita tetap akan balik pada fitrah manusia
fitrah suka akan bahagia
fitrah suka melihat seronok dan gembira
fitrah suka pada tawa panjang tanda ceria
sekalipun kepuasan diri yang  dikejari
walau hati sebusuk dan sekeji-kejinya
fitrah ini,jangan ada yang cuba menafi akan ia
apatah lagi menolak sementah-mentahnya
walau hanya sekadar setitis perasaan ini
ia tetap wujud
namun kita yang cuba menepis segala bahagia milik semua

katakan pada ku
siapa yang tidak sunyi bila dirumah hanya seorang
jalanan hidup sepi tiada harga..
tiada warna-warni bunga-bunga ceria 
kosong dengan jeritan anak kecil yang memecah kesunyian pagi
tiada tangisan meriuhkan hari
siapa yang mahukan hidup sendiri
hatta penuh berharta sekalipun
pasti akan ada niat di hati
untuk hadapi fitrah insani
mahu mendengar akan bebelan sana sini
melihat barang mainan anak-anak berselerak kadang hari
kalau mungkin itu yang menjadi pilihan
tegas aku pada mereka
jangan menolak hadir akan bahagia pada diri kamu
kerna kamu tetap manusia yang punya pelbagai rasa
lontarkanlah sedikit senyuman walau hati sekeras batu di lautan
dan selitkan sedikit ruang di hati untuk rasa dan hadapi akan fitrah ini

3 ulasan:

Odah + One = OdahOne berkata...

itulah fitrah hidup manusia pnuh dgn dugaan & cabaran...hdup ini tak seindah yg kita rancangkan tapi bila bersamamu hidup ini indah semuanya...kalau xdpt terima fitrah hidup sbgai manusia maka jadilah perkara berikut...

AYUH MATI BUNUH DIRI?

nadiastory berkata...

ya btul tu odah..hidup mmg pnuh ujian sebab itu yg akn mematangkan diri...:)

Anisah Ali berkata...

penuh puitis. ku suka.

bahagia itu ada..sentiasa ada.
cari dalam diri, mana hilangnya. :)

Rabuna maan.