09 April, 2011

seronok dan semangat!!!!

syukur itu banyak caranya untuk diucapkan,
syukur kita pada tuhan, kita zahirkan dengan menguap alhamdulillah dan amalan2 ibadat yang lain
syukur kita pada manusia, melakukan kebaikan kepada mereka sambil mendoakan kesejahteraan mereka
begitulah seterusnya pada makhluk-makhluk yang lain

alhamdulillah ucap aku tatkala keluar sahaja dari masjid amru assofirah
selesai dari kelas talaqqi syeikh ala
sekurang-kurangnya aku mampu senyum bahagia kerna berjaya menjejakkan jua kakiku ke kelas ini
ikutkan hati lama sudah ingin sampai ke sini
tetapi disebabkan sebab-sebab yang tak dapat dielakkan
jadi tadi akhirnya,
berjaya juga menjejakkan zahir badanku ke sana walau batin hatiku kala itu merewang-rewang juga ke tempat lain atas kelemahan diri ini dalam bersikap profesional...hemmmm

seronok dan semangat!!!!
itu yang boleh aku ucapkan bila sampai saja di sana...
meriah bila melihat pelajar wafidat ni membaca bersama-sama syeikh
tapi aku yang datang buat kali pertama ini sedia dari awal terkunci mulut..
masakan tidak kuncinya itu belum siap ditempa
jadi harusnya selalulah untuk aku sering menghadiri majlis ilmu sebegini..
mohon istiqamah darimu Ya Robb...ameeennn

di pengakhiran majlis aku terus menuju mendapat ke Sara
katanya mahu menunjukkan tempat membeli kitab
sampai saja ke tempat tersebut terus aku tanyakan harga bagi kitab yang diguna pakai sepanjang kelas...
murah dan berbaloi
ye buku-buku di sini memang murah dan berbaloi
rasanya urusan pembelian tiada masalah
sesiapa pun mampu,
namun persoalannya adakah semua orang membacanya???
kerajinan yang kuat dari dalam diri sangat-sangat diguna pakai saat ini
kerna bukan kitab sahaja yang dibuka malah mungkin sekali berserta ibu yang menjadi panduan iaitu kamus
alhamdulillah dengan harga 18genih aku berjaya mendapatkan dua buah kitab
yang satu besar yang satu lagi comel seakan-akan aku..huhh gelak kamu ye membaca ayat aku tadi...

istimewanya di masjid ini sering memberikan bungkusan-bungkusan makanan untuk mereka yang hadir
semalam saja barangkali di fikiranku adalah rezeki dari Allah
baru datang pertama kali sudah mendapat sebungkus daging lembu dan beras arab
kira untung sangatlah
dengan harga daging yang agak mahal
bukan tidak mapu namun seronok dan puas lagi rasanya membeli ikan..
semua yang hadir tersenyum riang gembira tatkala pulang membawa sesuatu untuk dijadikan kawan buat sang peti ais di rumah..
dan aku meneruskan langkahanku dengan beribu persoalan yang bermain di benakku...
aku rindukan pelangi di awan biru....
melayang~~~~

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

so good...haha.nice kata2 dari hati yg ditulis menjadi ayat.hidup mmg perlu istiqamah..

nadiastory berkata...

heee..tanx syita atas komen syg ko..ngeh2...

E n t o y C a i r o berkata...

tanpa nama berkata lagi:

rajinmu itu buleh buat ustaz-ustaz PMRAM cair tau enggak??..hehe.

(nasib baik aku bukan u.pmram)LOL

nadiastory berkata...

hahah lol la ko ni toy...takpe nasib ko bukan ustaz pmram kalau tak dah cair kah???hahahaha

Unknown berkata...

salam sahabat
jadi tahu seronoknya bagaimana dan semangatnya bagaimana hehehe oh iya lam kenal sekalian saya follow thanks ya

nadiastory berkata...

dhana:hee semangat seorang pelajar..iye tanx follow...:)