06 Oktober, 2012

tangisan itu kekuatan diri

Bila mengenangkan diri ini bakal sendiri apabila di mesir nanti,saya kira itu perkara yang paling sakit dan pedih serta sedih bersangatan yang mahu tidak mahu saya perlu hadapi.

Menjalani kehidupan seharian tanpa siapa menemani pasti seolah di dalam dunia yang makhluknya tidak mampu melihat diri ini.

Barangkali mudah untuk yang memang terbiasa menyendiri,tapi buat saya yang suka mengusik,bergurau dan riuh sana sini...oh suatu yang mustahil!!!

Pasti air mata penguat diri bakal membanjiri bandar cantik iskandariah ini.

Masalah diselesaikan dengan ilmu,dan saya berhadapan dengan perkara itu.
Tidak mudah namun bukan mustahil...kata teman yang berjaya menggenggam segulung ijazah pada tahun ini pada saya,tidak merancang adalah merancang untuk gagal!!ohh

apakah saya sekarang telah merancang untuk gagal??tiada jawapan untuk itu..yang ada hanya saya perlu hadapi segala masalah yang mendatang walau dengan air mata yang mencurah-curah kerana itu saja penguat diri yang sememangnya lemah ini!!

-Allah aku ada engkau dalam menghadapi masalah ini aminn-

Tiada ulasan: