18 Ogos, 2011

"ayah baik anak tak bising"

Tahun ini saya kira adalah tahun yang banyak sekali dugaan dan penuh dengan liku permasalahan dalam sesebuah negara.Memang tidak dapat dinafikan perkataan sempurna itu tidak akan pernah ada dalam diari hidup manusia apatah lagi kita ini memang dilahirkan tidak sempurna melainkan Yang Maha pencipta.

Satu demi satu kita lihat negara-negara di dunia ini mengalami kebangkitan rakyat secara tiba-tiba mahupun melalui perancangan teliti yang telah dilakukan.

Bermula dengan Tunisia,Mesir,Libya,Siria dan kini di London mengalami rusuhan menjadikan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab resah gelisah atas pemerintahan yang dikatakan menindas rakyat secara senyap.

Bak kata pepatah "kalau ayah baik anak tak bising" mempunyai makna yang mendalam serta membuat kita terfikir seolah sama juga "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang".
Bagi pendapat penulis sendiri kebajikan rakyat perlu diutamakan hatta sekalipun mahu memerintah sehingga beribu tahun andai keadilan yang menjadi tunggak dalam pentadbiran pasti tiada suara-suara yang akan menentang.

Hakikatnya penulis lebih terasa manisnya apabila membaca kisah-kisah sirah pemimpin terulung Nabi Muhammad SAW kita waktu dahulu


p/s : ye sejarah akan berulang andai kita lupa pada sejarah dan pengajaran sesebuah sejarah tidak diambil iktibar.

Tiada ulasan: