02 Jun, 2011

bual perempuan tentang si lelaki

tepat pukul sebelas kami sampai ke tempat badminton,court berhampiran dengan rumah.tidak jauh tetapi perlu juga untuk dibawa dengan menaiki kereta supaya sampai dengan selamat.andai berjalan kaki rasanya sempat berpeluh dulu sebelum main...
30 minit berlalu,aku dan huda leka bermain..walau aku rendah dan tatkala bermain nampak sangat kekurangan akan aku,tetapi semangat kuat ku tak pernah menghalang untuk menjadikan permainan kali ini seronok dan mencabar sambil ditemani gelak tawa geram kami semua.
yasmin yang dari tadi seperti orang baru datang bulan terduduk di hujung tempat berehat,tak tahu akan aku kenapa dan sebab apa???
masa pergi beriya-iya tapi sampai di sini,muka masam pula yang diberi,sangat pelik.
tak apa lah aku biarkan dia melayani moody dia sendirian...
ridhwan dan angah rancak bermain,lelaki kalau dah berjumpa huhhh main tak ingat dunia...

hampir 60 minit sudah berlalu...kadang-kadang kami berhenti berehat dan kadang-kadang kami bertukar pemain sesama sendiri..
sedang leka seronok berbalas-balas menghayun raket menampar bola..sekumpulan lelaki datang bersebelahan dengan kami.
mata kecik ini gatal sekali menjeling ke arah mereka..biasalah bila berlawanan magnet maka tak mustahil kekuatannya amat kuat untuk mengikut.
mereka rasaku student tak pun sudah berkerja sebahagiannya dan duduk berhampiran di situ..arghh biarkanlah bukan itu yang aku persoalkan..

belum sempat ku memulakan perbicaraan tentang mereka pabila kami berhenti berehat lalu si huda berkata
huda : wey cuba ko tengok laki tu
aku   : yang mana???
huda : ala yang dekat sana tu..
aku   : oooo..ok aku dah tengok dari tadi
huda : itulah,muka nampak baik dan suci je...aku suka yang pakai baju kuning itu...pakai seluar panjang..nampak cam tak merokok..
aku   : emmm ye boleh la jugak..baik.
huda : betullah baik,sebab kan orang kata kalau nak tengok laki tu macam agak baik ke tak dari segi penjagaan aurat dia,kau tengok je masa diorang bersukan....
aku   : iya ke?????
huda : iyalah...abuya pun kata camtu taw...
aku   : ooo ye...emmm betol jugak kot...
huda : yela betul apa,tengok angah,baik je main pun pakai seluar panjang...

angah yang ketika asyik bermain di intai oleh kami...tentang apa yang diperkatakan oleh huda
lalu aku dan huda pandang sesama sendiri sambil senyuman yang kami lontarkan diakhirnya.

huda : dan laki macam ni jugak boleh nak dibuat suami...abuya lah kata dulu nak tengok laki antaranya macam nilah..masa bermain dorang masih lagi pakai seluar panjang,nampak sopan dan yang paling penting menutup aurat..

rancak huda berbicara sambil mata tak lepas memandang ke arah si pemuda baik pilihan hati huda,dalam hati ku berkata,berkenan la tu...hehehehe

aku yang masih lagi memikirkan apa yang dikata oleh huda hanya tersenyum....agak-agaknya boleh lah cuba macam ni..nak cari suami nanti...hehehe
akhirnya kami menyambung kembali permainan yang tergendala disebabkan bual kami sebentar tadi.....huhhh bual perempuan tentang si laki...

p/s : hanya sekadar bual kosong yang kadang ada logiknya...tapi apa-apa pun agama itu yang lebih perlu dan utama untuk di lihat...wallahualam....

3 ulasan:

E n t o y C a i r o berkata...

seluar panjang klw x china look pon x jadi..hahaha...(joke)

moga adik huda kawen dulu berbanding ko..
ops..lebey suda..haha..

nadiastory berkata...

hahahha..betol la tu..nak cine look jugak tapi seluar panjang ok ka???hhahahaha...aminnnnnn..memang itu niat aku...moge terkabul..tgu aku alamat lambat la lagi....

Tanpa Nama berkata...

haha.aii..nsb bek perbualan aku dgn ko x dirakam.haha..(mean dl blog nie..)