27 Mei, 2011

Kisah si pemegang tali dan layangnya

anak muda itu jiwanya panas..
Hatinya kuat..
Semangatnya berkobar-kobar..
Pantang dicabar
pasti dibuat
menyerah kalah itu bukan anak muda namanya

anak muda
baik sekali kedudukan mereka
tenaganya gagah
keinginannya saja meronta-ronta minta dikabuli
pertimbangan baik buruknya...??
Arggghh..pedulikan segala..
Asalkan kemahuan hati ini terlaksana
bisik hati berjiwa muda ini..

Kau muda..
Lakukan apa yang kau inginkan..
Muda hanya sekali..
Usah dibazirkan begitu..
Agaknya seperti itukah bisikan iblis
cuba merobek hati
melawan iman
panduan segala amalan...

Anak muda perlu dipegang talinya..
Bagai layang-layang yang terbang meninggi..
Seperti itu jiwa muda
kebebasan bagi mereka jangan cuba dihalang..
Namun kita punya agama,
punya islam hala tujunya..
Punya nabi sebagai idola..
Punya ibu bapa yang memegang tali itu..
Terbangkan layang dari bawah
menyelusuri arah dan syariat tuhan..
Andai layang itu tersangkut di pokok-pokok rendang sepanjang hala itu
maka..
Si pemegang tali..
Bantu ia melepaskan diri..
Jangan ada sekali
perasaan penat,
bosan
tidak suka
dalam melepaskan semula layang kamu..
Kerana bukan selamanya layang itu diatas
dan kerna banyak sekali yang bakal menjadi halangan dalam arah layang kamu
barangkali saja hujan tidak menentu bakal menjatuhkan layang yang belum bisa teguh tinggi di langit
wahai si pemegang tali..
Kuatkan hati kamu lebih dari si layang-layang di atas sana..
Pabila sampainya masa..lepaskan layang itu terbang tinggi mengikut awan mereka..
Namun sesekali lihatlah layang itu bermain dengan awan,
bergaduh dengan hujan,
bermasam dengan matahari..
Dan begelak ketawa dengan pelangi..
Kau si pemegang tali hanya melepaskan satu tamggungjawab..
Tetapi layang itu tetap kau punya..
Landasan yang mengikut arah ilahi itu pasti memberi senyuman saat kau tidak mampu berkata apa..
Saat tiba masa kau bertemu akan pencipta akan kisah si pemegang tali dan layang-layangnya...

4 ulasan:

E n t o y C a i r o berkata...

wowwwww......(nada teruja)

dasyat...

nadiastory berkata...

hahhaa..perlikah itu?????banyak mana tangisan yang mengalir???hehehehe

E n t o y C a i r o berkata...

nadia syafie!!!

nadiastory berkata...

hahahhahahaaaaaaaaaaaa....sabar ustad!!!!