09 Disember, 2010

hadaf itu apa ye bu????

Hadaf itu maksudnya apa ye bu???
adik rasa hadaf tu ape???balas ibu sengaja tidak diberi jawapan sebenar
adik rasa hadaf tu tujuan..sebab adik cari dalam kamus maksudnya sasaran,tujuan,matlamat..tapi yang sebenarnya apa bu????manja anak itu tatkala diletakkan kepalanya di atas paha ibu yang melahirkan.
sambil membelai rambut si anak,ibu itu meneruskan perbualan mereka..begini,hadaf itu maksudnya seperti yang adik katakan tadi,sasaran,tujuan,matlamat.tapi dalam kata mudahnya ibu ambil maksud tujuan dan matlamat..adik faham tujuan dan matlamat itu apa??
emmm...tujuanlah bu,macamana adik nak terangkan ye...diam si anak seakan-akan mati dengan jawapan sendiri..
tersenyum si ibu melihat kening yang berkerut-kerut dari wajah si anak..
adik tanya mak akan soalan ni kenapa???
sebab adik tak tahu jawapan dan sebab adik nak jawapan yang lebih tepat bu.
si ibu bertanya lagi,jadi apa tujuan pagi2 adik ke sekolah???
sebab ibu suruh...
lagi???
sebab nak jumpa kawan..
itu je??takkan tak nak tuntut ilmu???dalam hati si ibu berkata,inilah jawapan anak bila belum matang dalam sesuatu perkara...
mestilah nak ilmu juga bu...

jadi adik faham dah apa itu tujuan???
ooo...maksudnya tujuan tu apa yang kita nak bila kita lakukan sesuatu ye bu..
hemm...pandai pun anak ibu,macam tulah maksudnya,
jadi adik rasa selama ni adik hidup dengan tujuan atau tak???
emmmm...kadang-kadang ye,kadang-kadang adik rasa hidup main-main..
apa adik rasa bila adik tak de tujuan dalam hidup???
adik rasa hidup sekadar hidup,tak de apa yang adik peroleh...
jadi adik rasa penting tak tujuan dalam hidup???
pentinglah bu..kalau tak mesti lepas ni adik pergi sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan dan sebab ibu yang suruh...
berderai tawa ibu dan anak tersebut di pengakhiran cerita mereka.....

2 ulasan:

E n t o y C a i r o berkata...

nasihat di sebalik cerita camni la..kadang2 org dewasa boleh terkesan..good try bitt..=D

nadiastory berkata...

oo,cm2 ea toy,but i thing cm cter die xsmpai mksd,pe pn tanx..;-)