02 Mei, 2012

Bahagia idaman semua

Baru sudah saja telefon mama abuya n adik-adik di rumah.Selesai telefon huda (adik bawah) hati berbunga riang.Belum sempat hendak mengucap salam pisah antara kami huda minta ruang untuk bercerita perihal mama dan buya dalam pembahagiaan duit untuk angah.Habis bercerita ketawa sakan yang ku hadiahkan,masakan tidak rahsia yang disimpan huda bersama buya bakal terkantoi dek kelalaian buya ketika bercerita...haishh buya memang tak pandan simpan rahsia..heheh

Habis bercerita ku sampaikan hajat pada Huda untuk telefon mama,namun Huda katakan,
"kau ni suka kacau mama time2 ni,habis mama kelam kabut bersiap nanti"
namun ku balas..
"hee aku tahu je tapi biarlah sekurang-kurangnya dapat cakap walau sikit"

Salam diberi pembuka bicara aku dengan mama,mama tatkala aku menelefon,mama sudah berada di sekolah.
Bercerita itu dan ini sampai masuk bab luka di jari manisku.
Sempat lagi mama berceloteh katakan padaku
"habislah 10ribu dah hilang..diikuti dengan tawa yang panjang"
aku sekadar bergelak dan mengiyakan.
Gembira hati tak terkata saat mama gelak gembira sebentar tadi.

Akhir sekali ku panjangkan talian dari Iskandariah Mesir ini ke Malaysia dengan berbual bersama ayahku.
Talian pertama tidak panjang aku kira apabila terputus saat aku bercerita tentang duit,amboi abuya tang2 duit ni pula nak putus..heee
Lalu ku telefon semula untuk minta doa dan abuya ingatkan lagi padaku bahawa mereka sekeluarga akan ke tanah suci Mekah 24.5,dan ku balas bahawa akan ku telefon semula dalam tarikh terdekat supaya bisa ku berbual melepas kerinduan dan moga bisa ku kirimkan doa moga aku dan adik beradik lain sentiasa najah....
dan akhir kalam ku pada buya suapaya "bitaufiq wannajah wa nikah bisur'ah" itu milik aku..heee...sayang mama n buya...

mood : aku percaya kaya kasih sayang itu lebih bahagiaa....alhamdulillah...syukran ya Robb!!!

1 ulasan:

nadiastory berkata...

Semoga mereka selamat pergi dan pulang serta ibadah mereka di maqbulkan Allah s.w.t..insyaAllah..Amin ya Rabb..